Pages

Saturday, February 2, 2013

KERASNYA BATU

Semoga ALLAH kuatkan semangat saya

(T_T)

YA ALLAH...Kau keraskanlah hati ini seperti kerasnya batu agar hati ini tidak disakiti untuk perkara yang sia-sia...Aamiin....



Friday, February 1, 2013

Hebatnya Rasulullah sebagai suami.....

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ‎ adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.Jangan kita lupa Baginda juga adalah seorang suami...seorang suami yang begitu hebat..

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

  

 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

 


3) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

4) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s.. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'


 
5) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


 

............................................................

Assalamualaikum....

Tangan..(T_T)

menggigil lagi....

terketar2....

nak ikutkan cerita...ain tengan salin sesuatu kat whiteboard...tangan ain terketar2...rase nak menangis...air mata dah bergenang...ain kuatkan semangat jugak nak tulis...tapi ttbe pen maker terlepas dari tangan...ya ALLAH..(~_~) tapi ain ambek semula maker dan salin balik...ade anak murid ain tegur "kenapa dengan tangan ustazah?." ain mampu tersenyum je...(~_~)..

nak kemas umah...nak jemur baju...nak wat ape2 pn teketar2...(~_~)...ain tahu ni faktor ubat...kesan ubat...doktor cakap cam 2 sebelum bagi ubat 2...ok2 ain besabar...nak abehkan ubat 2 cepat....(~_~)...nak sehat2 betul2...mungkin ain sehat nanti ade orang nak dekat dan kawan ain ke..tapi mase sakit sekarang tak da seorang pun....semua hilang entah kemana...handset ain sunyi dan sepi...(xpe jimat kredit ain)....

tak pe la ain tak mengharap orang jaga ain...atau ambek berat tentang ain...
cukup la...ALLAH yang jaga ain....
sebab ain tau...
manusia ni sekejap je...
tetapi ALLAH adalah yang abadi...
(-_-)

 

Ain mintak maaf kalau ain penah jadi kawan dan seseorang yang cukup merimaskan...
seseorang yang banyak melakukan kesalahan dan kesilapan....
ain pun tak de hak nak halang orang tak kawan dengan ain...
semua orang ada hak nak pilih yang terbaik....
pilih la kawan dan seseorang yang terbaik untuk berkawan ataupun berteman...
memang dari dulu lagi..
ain ni hanya tempat persinggahan bagi orang yang boring dan ada masalah..
(~_~)

ain tak nak cakap ape2...sebab ain tak sempurna

salam maaf.....

(T_T)