Pages

Saturday, January 28, 2012

Cinta Shirah (Part 3)

    "Sayang..abang sayang sangat-sangat sayang..kenapa sayang buat macam ni pada abang.." kata Ashraf. Ashraf tidak henti menangis. Berkali-kali mencium tanganku.  Aku tidak pernah melihat Ashraf menangis begitu sekali.
     Aku tahan air mataku daripada keluar. Aku tidak mahu Ashraf semakin kuat menangis jika melihat aku juga menangis. Aku gagahi untuk bercakap. " Abang...sayang pun sayangkan abang..sayang sangat-sangat..abanglah suami yang paling baik dan soleh..sayang mintak maaf...tiada niat sayang untuk melukakan hati abang..sayang nak abang happy..sayang nak lengkapkan hidup abang dengan memberikan abang zuriat....abang..." aku berkata sambil tersenyum.
     Ashraf mencelah. "Sayang...kehadiran sayang dah pun melengkapi hidup abang...kan abang pernah cakap pada sayang dulu..". Ashraf menangis lagi.
     Aku berkata sambil menyapu air mata dipipinya."Abang...sayang minta maaf...". Aku masih menahan air mataku.
     Azan subuh berkumandang.
   "Ain..awak tau tak siapa yang azan subuh pagi tadi?.." tanya aku pada Ain. Ain adalah kawan baikku. Kemana aku pergi mesti ada dia. Orang kata seperti kembar tetapi tidak serupa. "Eh...tak kan awak tak tau,  tak tengok ke jadual di musollah..?" jawab Ain bersahaja. Aku membalas. " Saya tak perasaan pulak..ada jadual ke?. Aku menggaru kepala yang tidak gatal menandakan aku betul tidak mengetahuinya. Ain terus ketawa. "Punyalah besar jadual tu, awak boleh tak perasan?..". Ain berkata lagi. " Kalau tak silap saya, Ashraf, kalau jadual tak tukarlah..Ashraf...tapi saya yakin Ashraf..memang dia sebab saya kenal suara dia". Sejak aku mngetahui Ashraf yang melaunkan azan subuh, sebelum subuh aku sudah pun bangun, bersiap-siap untuk pergi ke musollah solat berjemaah. Ain terkejut akan berubahanku kerana aku bukanlah kaki musollah. Kalau pergi pun solat maghrib dan isyak sahaja. Pernah aku ditanya oleh Ain akan perubahan aku ini. Jawapanku adalah aku mahu solat bersama Ashraf bakal imamku. Aku berkata sambil ketawa. Aku sekadar bergurau. Aku tidak sedar apa yang aku katakan. Ternyata gurauanku adalah benar.
     "Sayang...sayang...sayang..." Ashraf memanggilku. Aku tersentak. Kenangan dahulu lenyap." Ye abang " jawabku.  "Sayang...abang pergi solat dulu ye..nanti abang bawakan air untuk sayang berwuduk ye..." Ashraf mencium dahiku. Aku hanya tersenyum. Dia tidak menangis lagi. Aku tahu Ashraf akan menyambung tangisannya dihadapan ALLAH. Ashraf pernah berkata padaku bahawa sebaik-baik tempat mengadu adalah DIA, DIA sahaja yang mampu menenangkan diri kita. Sebaik sahaja Ashraf melangkah keluar,  aku melepaskan air mataku. Aku menangis sepuasnya.


Bersambung.......

Thursday, January 26, 2012

Cinta Shirah (Part 2)

    Sejak Ashraf mengetahui kehamilanku, Ashraf tidak membenarkan aku melakukan kerja-kerja rumah. Hatta masak sekalipun. Setiap keinginanku dipenuhi oleh Ashraf.
    Pernah sekali aku meminta buah durian yang datang dari sarawak. Puas Ashraf mencari kesana kemari, tetapi dia tidak menemuinya, akhirnya aku merajuk, aku mengurung diri di dalam bilik, aku menangis seperti anak kecil, puas Ashraf memujukku. Akhirnya aku tertidur.
     Di tengah malam aku terjaga daripada tidur. Aku lihat di atas meja solekku ade sehelai kertas. Hatiku risau. Baru aku teringat  aku merajuk gara-gara Ashraf tidak dapat menemui buah durian itu. Aku belum membacanya lagi tapi aku sudah menangis, aku kira Ashraf telah meninggalku kerana perangai aku. Lalu surat itu jatuh daripada tanganku. "Sayang abang...abang minta maaf..abang dah jumpa durian tu..abang gurau je...". Aku segera kesat air mataku dan terus menuju ke dapur. Aku lihat Ashraf sedang berusaha membuka buah durian itu. Ashraf tidak menyedari kehadiranku. Lalu aku terus memeluknya. "Abang...sayang minta maaf" kata aku sambil membenamkan mukaku ke dada Ashraf. "eh...sayang abang kenapa menangis? dah dapat durian pun menangis juga.." kata Ashraf sambil menahan tawanya. "shirah ingat abang nak tinggalkan shirah..shirah minta maaf...lepas ni shirah tak buat lagi...shirah tak akan merajuk lagi..." balasku. Tangisanku semakin kuat. "Sayang..abang tak akan pernah tinggalkan sayang..sudah ye sayang...jangan menangis lagi...jom kita makan durian..dari sarawak ni tau" jawab Ashraf sambil mengesat air mataku.
    Kandunganku sudah genap 8 bulan, aku lihat Ashraf begitu gembira untuk menyambut kelahiran anak kami. Pada suatu hari, Ashraf baru pulang dari kerja, aku lihat Ashraf membawa bungkusan plastik yang penuh dengan permainan. Aku tersenyum. "Sayang...abang beli permainan untuk anak kita..." kata Ashraf sambil mengeluarkan permainan daripada plastik, Aku masih lagi berdiri didepan pintu. Ketika aku berjalan menuju ke Ashraf, tiba-tiba keadaan menjadi gelap lalu aku rebah.

Bersambung......

Monday, January 23, 2012

Cinta Shirah (part 1)

    "Ibu...Shirah tak nak...ibu tolaklah...please ibu.." pinta aku. Aku lihat muka ibu. Ibu semacam kesal dengan keputusanku. Ibu bangkit daripada kerusinya dan terus ke dapur. Tiada kata walaupun sepatah keluar daripada mulut ibu.
     Hatiku berkata adakah keputusan aku ini betul ataupun tidak. Ashraf terlalu baik, seorang mahasiswa yang cemerlang di UIA, setiap semester dia merangkul anugerah dekan, dia juga seorang aktif dalam program berkaitan dengan agama, sentiasa menjaga pergaulannya dengan akhwat di kampus. Berbanding dengan aku, seperti langit dan bumi.Tidak layak sama sekali  Aku bukanlah baik sangat, kadang-kadang sahaja pergi ke program agama, itupun tengok pada tajuk proram itu, kalau menarik aku pergi, kalau tidak aku lebih suka duduk didalam bilik layan facebook dan blog.
    "Ashraf!!..tunggu....buku awak" aku berkata dengan tercungap keletihan. Aku hampir terjatuh akibat mengejarnya. Buku Ashraf tertinggal di maktabah. Aku kira semacam diari kerana aku lihat Ashraf sentiasa membawanya kesana kemari. "Terima kasih.." jawab Ashraf. Dia tidak senyum sama sekali. Aku menggurutu dalam hati " ceh..terima kasih je....tak senyum lak tu..hmmm".
    Ashraf mencium dahiku. Ungkapan yang pertama yang menggentar hatiku. "abang dah jumpa bidadari abang, inilah bidadari abang...Nur Shahirah binti Musa" dia berkata sambil tersenyum lalu dia cium dahiku sekali lagi. Itu adalah senyuman pertamanya yang aku lihat. Manis.
     Perkahwinan kami sudah hampir 2 tahun. Sehingga sekarang kami tidak dikurniakan zuriat lagi, Aku semakin risau. Aku lihat Ashraf biasa sahaja. Dia sentiasa memujukku supaya bersabar. Aku teringat akan kisah Nabi Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya. Adakah aku perlu menjadi seperti Siti sarah. mencadangkan suamiku berkahwin lagi.   
     Di tengah malam, air mata aku tidak henti mengalir tatkala aku meluahkan perasaanku padaNYA. Selepas aku berkahwin, Ashraf mendidik aku supaya bangun malam, menunaikan solat-solat sunat, kata ashraf malam seperti ini sesuai dan selesa jika mahu mengadu perasaan kita padaNYA, selalunya aku akan bangun menunaikan solat sunat bersama Ashraf, tetapi aku lihat Ashraf agak keletihan, tidurnya lena sekali, tidak sampai hati aku untuk mengejutkannya. Ashraf seorang uztaz di sebuah sekolah rendah. Letih melayan karenah anak-anak muridnya. Ashraf sentiasa menceritakan gelagat anak muridnya, ada yang manja dan ada yang nakal. Mungkin anak-anak muridnya dapat mengubati hatinya. Tetapi aku fikir anak-anak muridnya tidak akan sama dengan anak sendiri. Air mataku semakin banyak keluar. Badanku terhenjut-henjut menahan tangisku. Aku takut Ashraf mendengar akan tangisanku. 
    Semakin hari, aku tiada selera makan, berat aku menurun mendadak, tekakku sentiasa rasa loya. Ashraf risau akan kesihatanku. Lalu dia membawa aku ke klinik. Aku berasa sungguh lemah, aku sandarkan kepalaku ke bahu Ashraf. Ahsraf meramas-ramas tanganku. Selesa.  "Puan Nur Shahirah binti musa.." namaku dipanggil. Aku berdiri. Ashraf memimpinku masuk ke ruang bilik doktor. Sampai ke pintu bilik doktor, aku pinta pada Ashraf supaya tunggu di luar sahaja. Pada mulanya Ashraf tidak mahu tetapi akhirnya dia akur setelah aku memujuknya.
    "Tahniah Puan nur shahirah...anda hamil.." kata doktor. Aku seakan tidak percaya. "Betul ke doktor?..." tanya aku untuk lebih kepastian. "Betul Puan...tapi...." raut wajah doktor bertukar muram. Aku keluar dari bilik doktor. Aku lihat Ashraf menuju kepadaku. Aku tersenyum. "Shirah hamil.." kata aku. Ashraf terus melakukan sujud syukur. 





Bersambung............

Sunday, January 22, 2012

Tolong-menolong(peristiwa 3)

Sampai je kat BTS..aku terus nk g beli tiket..sampai je kat tempat kaunter...tutup lak...cam ne ni...nasib baik ade seorang kakak ni...dia pun tekejut gak..dia terus tanye dak cina kat situ...huhuhu...upe2nya kaunter dah tukar tempat...kihkihkih...aku pn g la atas semula ngan kakak 2...kakak 2 tanye...nak balik mane ni...aku jawab la balik temerloh...(huhuhu...aku tak tanye lak akak 2 nak lek mane lak...cam 2 la aku...aku ni TAK PERAMAH..sori ye kak....)...sampai kat atas....erkkk...alahai kene beli kat mesin lak...mane aku pandai...aku cakap kat akak 2...akak 2 pn kate.."xpe akak ajar nanti...."...fuhhh...nasib baik la...aku pn g beratur ngan akak 2...destinasi kami same je..TITIWANGSA...tak yah nak susah2...kakak 2 pun belikan untuk aku...so aku pun tak yah la beratur sekali...^_^....dh dapat tiket...aku ucapkan terima kasih kat kakak 2...kami pun naik same2 dalam LRT..perghhh...ramai giler orang....aku ngan akak 2 tepakse bediri...sebab tak de tempat duduk dah...sampai je slh satu destinasi...(aku tak ingat lak kat mane...)...ramai yang turun....so ade  1 tempat kosong depan aku...aku pn bagi la kat akak 2...lgpun akak 2 nampak cam letih je...smapai ke TITIWANGSA kami pn berpisah menuju destinasi masing2... ^_^


 ::  "sesiapa yang tidak tidak mengasihi manusia nescaya ALLAH tidak akan mengasihinya" -(Mutaffaq' allaih) ::

Saturday, January 21, 2012

Jangan tinggal daku

Sedihnya...dia nak tinggalkan aku...aku puas pujuk dia...tapi dia tetap nak pergi...kuputusan dia muktamat...aku tak boleh nak buat ape2..rupanya dia "sakit" sebab tu dia nak tinggal aku...dia langsung tak nak tunjuk diri dia...sedih sangat2...(-_-)... aku mintak tolong "Dr Adam" supaya rawat dia...akhirnya dia dapat diselamatkan...syukur pada ALLAH dan terima kasih juga pada "Dr Adam"...(^_^)...huhuhu...aku janji akan jaga dia betul2...sayang dia sangat2............................................oh blogku....sayang awak tau...


::skang url blog aku dah tukar...skang------> http://sayakaherah.blogspot.com/ (^_^)::

Thursday, January 19, 2012

Jangan menilai orang dari luaran(peristiwa 2)

Aku tgh duk sorang2 tggu train dtg….aku tengok kat sreen kat c2..RAWANG 1454…uit…train ni ke..?…aku dah takut dah….kat sebelah tempat duduk  aku de seorang pompuan ni…hmmm…aku rase takut lak nak tanye…dia cam len je…dah la tak kai tudung…aish…tak nak la tanye…aku pn terus hantar mesej kat kawan aku… “ainal…nek KTM ke rawang ke,,?”…aku tunggu punye tunggu…kwn aku tak balas2…aisey…cam ne ni…..arghhhh…train dah sampai….nak tak nak aku tanye je la…”kak…ni train ke BTS ke..?”.. “haah…ye la…”…kate akak 2 dengan lembut…sebenarnye banyak lagi aku tanye akak 2...akak 2 still jawab dengan lembut dan tersenyum…aku pn masuk la kat train 2 n terus duduk…(dalam hati aku beristighfar…aku teringat pesanan sahabat aku…~~ sntiasalah brsangka baik trhadap org lain,walaupun dia lebih hina dr org lain~~

::KISAH DARI RASULULLAH SAW::

Baginda Rasulullah saw telah menceritakan kepada kita sebuah kisah berikut:

"Ketika mana seorang bayi sedang menyusu susu ibunya, tiba-tiba lalu seorang lelaki yang menunggang kenderaan yang mewah dan penampilan yang hebat.

Si ibu berdoa "Ya Allah jadikanlah anakku ini seperti lelaki ini."

Lalu bayi tersebut meninggalkan puting susu ibunya dan melihat ke arah lelaki tersebut, seraya berkata " Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya."

Kemudian itu menghadap kembali puting susu ibunnya dan meneruskan menyusu.

Kemudian lalu sekumpulan manusia yang memukul seorang hamba wanita sambil berkata " Engkau berzina , engkau mencuri." Perempuan itu hanya berkata حسبي الله ونعم الوكيل .

Si ibu yang sedang menyusukan anaknya berkata "Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya."

Bayi itu sekali lagi meninggalkan puting susu ibnunya dan melihat ke arah perempuan itu , seraya berkata "Ya Allah jadikanlah aku seumpama perempuan itu."

Kemudian berlaku perbincangan diantara siibu dan sianak yang masih bayi.

Si ibu berkata "Tadi apabila lalu seorang lelaki yang elok penampilannya, aku pun berkata "Jadikan anakku seumpamanya." Engkau pula berkata "Ya Allah jangan jadikan aku seperti lelaki ini."

Bila manusia memukul seorang wanita sambil berkata "Engkau berzina , engkau mencuri."

Aku pun berdoa " Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Namun engkau berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya." Kenapa engkau menyalahi doaku?

Si anak menjawab:

"Sesungguhnya lelaki itu sebenarnya adalah seorang jahat, lalu aku berdoa "Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya."

Adapun perempuan ini yang dilemparkan kepadanya tuduhan "Engkau berzina, engkau mencuri.

"Sedangkan dia tidak melakukan semua itu. Oleh itu aku berdoa

"Ya Allah jadikan aku sepertinya (bebas dari melakukan maksiat)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim - sahih)

Persahabatan (peristiwa 1)

(“Eh ain, ainal tak balik ke?...”..sapa seorang kawan…aminah namanya…seorang yang comel apabila tersenyum… “dia balik esok…” jawabku ringkas.… “ooo…selalunya awak ngan dia”….aku hanya balas dengan senyuman… )<--------- huhuhu…skemanya ayat ni…ermm..mula2 aku sorang je ke ktm…tapi nek seb bek ade 2 orang member aku nip n nak ke ktm….xde la aku rase takut sangat….sampai ke ktm…kitorang pun beli  la tiket…kene guna mesin..kaunter tutup lak…aish…lecehnye..huhuhu…akhir tiket dpt gak dikeluarkan dari mesin 2 setelah beberapa kali duit masuk kuar…xmo masuk2…huhuhu…aku pn angkat beg  nak nek tangga…. “ain!!..”..terus aku toleh… “selamat bercuti…bye….”…sahut aminah …aku pn terus  melambai sambil tersenyum…( wah…ttbe aku rase teharu…xtau nape…^_^)



::pesanan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang mana baginda telah mengatakan, antara tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri ialah dua orang yang saling mencintai kerana Allah yang mana mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah):: ^_^

Alhamdulillah


 Assalamualaikum...ALHAMDULILLAH..syukur pada ALLAH...aku leh bedikari dah...aku lek umah sorang2 je...yeeaahhhh...huhuhu....(yep...tak kan asyik nak begantung ngan orang len kn kn kn kn....) banyak peristiwa yg belaku mase pejalanan aku 2..hehehe..... n hari ni hari ke-2 aku duk kat umah...^_^..bestnye.....exam dah abeh...last paper cukup 'senang' sampai aku nak nangis rasenye...tp pe2 pun aku betawakkal pas dah usaha sebaik abeh...^_^..hehehe...

::Nanti aku citer kan peristiwa2 dalam pejalanan aku 2 ye..(macam ye2 je ade yg bace blog aku ni kn kn kn )

Friday, January 13, 2012

Aku tidak minta seseorang yang sempurna

Ya Allah…Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisi-Mu,tidak ya Rabb…kerana Engkau Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,,tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,Maka,aku meminta pada-Mu seorang yang tak sempurna ya Rabb,Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya kerana-Mu

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi kerana kesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…wahai Tuhan yang memegang rahasia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,Andai Engkau berkehendak lain,Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,Maka jadikanlah kehendak-Mu,bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui,sedangkan Engkau Maha Mengetahui,

Takdirkanlah kebaikan bagiku,dan jadikanlah hatiku meredhainya…
 
(copy&paste&edit semula..kihkihkih)

La Tahzan for love

Sahabatku yang terluka hatinya,Cinta itu kesabaran karena anda mudah terluka justru oleh orang yang anda cintai.Semakin besar cinta anda padanya semakin terasa perih dan terluka hati anda akibat perbuatannya.Allah membentuk dan melatih anda melalui luka & derita,bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan & kesabaran yg anda miliki utk menjalani kehidupan ini.

Oleh Karena itu Cintailah sesuatu ataupun seseorang dgn sewajarnya saja..“Janganlah kamu mencintai seseorang dengan cara yang berlebihan,karena bisa jadi suatu ketika nanti kau akan malah balik membencinya.Begitu pula dengan benci,janganlah kamu membenci seseorang dengan mendalam,karena bisa jadi pada suatu hari nanti kamu malah balik mencintainya”..(Ali bin Abi Thalib ra)...

Jadikan cinta yang utama dan terbesar Hanya kepada Allah..cintamu kepada-NYA pasti terbalas & takkan tertolak.
 
(copy&paste)

Cinta dalam diam


Ya Allah..Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini,terkadang Hatiku merasa rindu pada dia insan yg ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb..Biarlah ku simpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,,,agar kelak Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut bertahta dan bersemi indah kerana Redha-MU….

Ya Rabb…Tuntunlah Hati hamba agar hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar2 Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku.

Ya Rabb,,,Bila dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,bisa membimbing dan membawa aku lebih dekat pada-Mu,Maka dekatkanlah diriku dengannya & satukanlah kami dalam pernikahan yg sakinah,mawaddah,warrahmah..Tapi kalau bukan dia yg terbaik,Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta,Jadikanlah kekagumanku seperti orang lain kagum padanya,,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati Maka kami titipkan rasa ini,kami serahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..Aamiin
 (copy&paste&edit smula...kihkihkih)
 

Thursday, January 12, 2012

Inilah namanya jodoh

Taktik tiru yang berkesan..

Mase aku dok temenung pikirkan jawapan...aku suka tengok n perhati orang2 sekeliling aku...orang meja sebelah...depan...n belakang??...eh tak bleh2...nanti orang kate aku nak tiru lak..padahal tak de niat nak tiru...(tiru cket2 je...hehhehe..gurau je..)..ermm citer sal tiru ni...aku ade gak tepikir cara nak meniru..(aku pikir je tapi tak de la sampai nak tiru..)...tapi sebelum aku bagi tau korang... korang kene menari ala2 michael jackson dulu...kuikuikuikui....aku gurau je....korang cek la yg mane satu cara tiru yang korang penah wat kat dewan pekse...^_^...

**PERTAMA **

Cara ni dapat konfius kn orang len...teutame ngn 'akak2 n abg2' yg jage pekse 2..diorang ingat korang tdo tp sbenarnye korang tak tdo..korang sdg cuba usha2 kwn sebelah korang 2..(mggune isyarat mate)...agak2 korang penah tak wat taktik@cara ni...?...^_^ (kalau penah jwb dlm ati je ye..)


**KEDUA**

cara kedua..duduk sebelah pmpuan...korang usha2 la...kenyit2 mate ke...wat cam bunyi tikus 2 ke...wat bntuk love gune tangan ke..wat smpai dak pompuan 2 cair...kalau xcair2 gak cube la sebelah kanan korang lak..(kalau td belah kiri la)..klau diorang xcair2 gak...korang menangis je la kat c2...kihkihkih...cara@taktik ni mesti korang penah wat kn...??..(aku tanye dak laki je...yg dak pmpuan jwb 2 nape...kuikuikuikui..)

**KETIGA**

yg ni taktik xmalu cket...korang pura2 bediri pas bila ditegur dek pngawas pekse..korang ckp la..."kak@abg...maaf..sy xleh duk lame2...sy ade...buas*r...harap maklum ye..." wakakakaka.....yg ni aku xnk tanye la..msti korang  jwb..."ye penah"...kihkihkihkih...

**KEEMPAT**

kihkihkih...cara yg terakhir ni...korang xyah susah2 nk wat isyarat ape2 pn...korang jenggil je mate korang 2...kalau bleh korang korek je bijik mate korang 2...pas 2 buang kat atas meja orang yg korang nk tiru 2..n dengan selambernye korang mintak la balik..."awak..bleh bg tak mate sy..kat atas meja awk 2?.."..hahhaa...korang penah wat tak taktik@cara ni?...penah ke...?...(yeke penah?...tipu la 2..)



P/s: entah ape2 je aku ni...jgn la ikut cara2 kat atas ni..ni sekadar gurauan..buat sesuatu biar la berkat...n ingat la...kat dunia mmg kiter telepas...tp kat pdg masyar nnt...ade screen besar...yg akan tayang sume ape kiter wat kat dunia ni hatta skecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara...n lagi satu..mungkin kita ingat orang len tak nampak...tapi DIA sentiasa perhatikan kita 24 jam ok..n xlupe malaikat kanan dn kiri yg tak akan pernah sesekali rase jemu mncatat setiap ape yg kita lakukan....huhuhu...ingat2 n muhasabah diri ye..^_^

Tuesday, January 10, 2012

Hensem ke?....

Di sebuah makmal komputer, pertemuan aku dan dia, sehingga terjadilah dialog antara aku dan dia....tapi sebelum tu tengok dulu gambar ni......

Okey..ini dialog aku dengan dia.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 
Dia: wei sape ni...hensemnye...^_^
Aku:hensem ke...bese je..
Dia: hensem la....sape ni??...
Aku:...ade la...
Dia: ckp la sape...hensem...^_^
Aku: abang aku la...



:: tak tau ape motif aku post mende ni...argggghhhh...tension exam...!!!!!::



Monday, January 9, 2012

Zauji

Berkata SUAMI kepada ISTERINYA: 



::Agak2 bila nak dengar kata2 ni...^_^::

Saturday, January 7, 2012

Ujian IRA

IRA.....
kenapa kau begitu lemah..
begitu mudah menangis...
kau harus kuat....
kau ada ALLAH...
jangan menangis lagi ...
Allah empunya segalanya...
mengetahui apa yang terbaik buatmu...
jangan menangis lagi...
ingatlah IRA..kau harus kuat...
supaya disekelilingmu akan turut kuat..
jangan menangis lagi...
ujian yang datang untuk kuatkan kau lagi...
bukan untuk melemahkan kau...
jangan menangis lagi....
tidakkah kau ingat ujian yang datang dahulu...
mengambil "ayahmu".. tatkala kau masih memerlukannya..
kau tahu siapa yang kuat masa itu?...ibumu..
tidakkah kau cuba berfikir bagaimana kuatnya ibumu..menjaga 4 orang anaknya..
dan seorang dalam kandungannya..sehingga kau berada dimana kau duduk sekarang...
tidakkah kau cuba berfikir begitu kuatnya ibumu..??...
suami paling dicintainya pergi meningalkannya buat selama-lamanya...
jangan disebabkan ujian "sekecil ini" yang menimpa kau sekarang...
kau sudah mengalirkan air mata..
sudah lemah tidak berdaya...
tidakkah cuba kau bandingkan ujian kau dan ibumu...??
sehingga kau mengalirkan air mata yang aku anggap..
air mata "kelemahan" dan "sia-sia"...
MUHASABAHLAH DIRI KAU IRA...WALAUPUN SEKETIKA...
INSYAALLAH KAU AKAN MENJADI TENANG...DENGAN IZIN ALLAH...