Pages

Thursday, August 25, 2011

Siapakah yang lebih berhak??

Sebut sal kekasih nie..ramai yg ske…ce kiter tanye member2 kiter..’’dah ade kekasih hati ke?”..kiter takyah lah tunggu jawapan kuar dari mulut diorang 2 sebab gerenti diorang tak nak jawab..buang mase kiter je…lagipun mase itu kan emas…kiter tengok reaksi diorang..kalu malu2 + senyum2..korang rase ape jawapannye?..hehehe….time 2 kiter leh tengok orang yang dah di mabuk cinta ni len sket…diorang ni ibarat…makan tak kenyang…mandi tak basah…tido pun tak lena….bejalan lak kaki 2 tak rase pijak atas tanah…rase terapung2…rase diri itu ringan macam kapas…huhuhuhu….



 Bila dah ade kekasih..mesti ade perasaan rindu…kalu sehari si dia tak anta mesej…ibarat macam dah seminggu…seminggu lak rase cam dah sebulan….sebulan cam dah setahun…punyalah rindu sangat2….itu baru kes tak anta mesej…kalu tak jumpa lak cam ne la agaknye 2…orang kate kalu tak dapat jumpe si dia..atap umah pn jadi la….betul ke?...aku rase tak betul sebab atap ngan si dia jauh bezenye…kalu muka si dia macam rupe atap leh lagi timer…kuikuikui….ni pendapat aku la…. Tp tak leh bla..kalu sehari tak cakap “aku rindu pdmu”…kat si dia…rase tertekan…yeke?...aku tak tau…korang jawab sendiri la…hehehe….





Yang pelik…setiap kate2 si dia mesti  ikut…si dia larang jangan pegi…tak pegi…punya la patuh dan taat..hehehe…hatta nak pegi bandar jalan2 ngan member2 pn tak bagi…katenye bahaya…yeke?...ke sebenarnya ade maksud len….sekali lagi korang kene jawab sendiri…dan kadang2 sanggup wat ape saje untuk si dia…si dia suh beli itu ini…sanggup je… kate ‘’untuk orng tersayang ape salahnye’’ tapi yang bestnye si dia….rase ni cam kuli je…betul tak?....satu lagi ade diantaranye sanggup bersalaman ngan si dia sebab nak hormat si dia…macam 2 ke cara nak hormat?...pelik2….huhuhuhu..

Ce korang pikir…berbaloi ke pe yang korang wat????
Korang penah tak tepikir…sape yang lebih berhak sebenarnye untuk ‘rindu’ korang , ‘sayang’ korang , ‘patuh’ korang 2 daripada si dia?????....
Dan ce pikir sape gerenti akan balas rindu , sayang , patuh korang 2…yang lebih berhak ke si dia?????
Tepuk dada tanye iman…jangan tanye selera lak…jawabnye binasa la…huhuhuhu….

p/s : untuk yang belum berkhawin….

Mereka menangis?...

Minggu ini adalah minggu terakhir aku  mengajar..rase sedih sangat2….sekali lagi aku terpaksa meninggalkan anak-anak murid tersayang…kenangan bersama mereka akan aku pahatkan di dalam hati yang paling dalam…pertemuan dan perpisahan kerana ALLAH… itu yang aku pegang erat selama ini…^_^…InsyaALLAH  kita akan bertemu sekali lagi ye….. =)


Peristiwa yang membuat aku terharu…


~~~“Mak! Ain nak pergi kerja dah… “ ain terus bersalaman dan mencium  tangan dan juga kedua2  belah pipi serta dahi ibunya yang tercinta. Setiap langkahan menuju ke kereta…ain tidak berhenti berdoa kepada ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayan karenah anak-anak muridnya….. “Assalamualaikum!” ain memberi salam dengan suara agak kuat supaya anak-anak muridnya menyedari akan kehadirannya. “waalaikumussalam ustazah” jawab anak-anak muridnya.Seperti biasa seusai membaca doa, anak-anak muridnya terus menyemak bacaan Al-quran.  “Kenapa ni?...kamu bergaduh ke?” Tanya Ain kepada anak-anak murid perempuannya. Salah seorang daripada mereka menjawab “ye ustazah…” sambil menundukkan kepala kebawah. Ain mengangguk, tanda memahami apa yag telah berlaku. “ustazah nak lelaki duduk dihadapan sebaris, dan perempuan duduk dibelakang sebaris…”. Tanpa berlengah lagi, anak-anak muridnya mengikut arahan ustazahnya. “uztazah nak cakap sedekit dengan kamu semua..jika kita tidak betegur sape dengan saudara kiter lebih daripada 3 hari, maka tertutuplah pintu syurga baginya......adakah kamu semua tidak mahu masuk syurga?..ketahuilah..syurga itu tiada tandingan nikmatnye…” . Ain berhenti seketika.. “ ..anak-anak murid yang ustazah sayang…kiter berkawan la dengan semua orang..kerana kiter tidak akan mengetahui siapa akan menolong kiter mase kiter susah…mungkin mase kiter susah kawan yang paling kiter benci itulah akan menlong kiter…bersabarlah dengan sikap kawan2 kiter…dan sentiasa bersangka baik dengan mereka..selepas baca doa ni ustazah nak kamu semua bersalaman dengan kawan2 kamu dan mintak maaf…bayangkan jika kamu gaduh dengan kawan kamu..dan keesokkan kawan kamu tu telah meninggal dunia…kamu tidak sempat nak mintak maaf...bagaimana dosa kamu terhadap kawan kamu tu?..anak-anak murid ustazah paling ustazah cintai…ajal itu tidak kiter ketahui bila ia akan tiba…”. Ain melihat mereka menundukkan kepala mereka dan ada yang mengesat air mata. Seusai membaca doa balik, anak-anak muridnya bersalaman antara satu sama lain. Ain menuju ke kereta dan melihat anak-anak muridnya yang bergaduh tadi berpelukkan. Wajah mereka begitu ceria….. “Alhamdulillah….” ~~~

PIC ANAK2 MURID AKU...COMEL TAK DIORANG??....HEHEHEHE... ^_~


aimi, abby, ardilla, syakirah, nazatul dan nabilah.. ^_^

Wednesday, August 17, 2011

WANITA SUKA MENGUMPAT SUKAR DIKAFANKAN

Cerita ni saya terjumpa dalam 1 blog ni....cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa pun tetapi saya copy untuk dikongsikan kepada yang menziarahi blog saya....saya berharap janganlah hanya sekadar membacanya tetapi ambillah iktibar dan pengajaran daripada cerita ini.... ~~~~

****Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.

     Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus. Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah. Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar. "Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.

       Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja. "Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan bertanya-tanya di mana silapnya. Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela. Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat di atas rohnya. Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas
.
       Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung. Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula.

       Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa? Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan.
Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela, kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil. Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya. 
       Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara- perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri.
Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian. Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50- an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.
"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan. Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. 

       Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya. Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamt didunia dan akhirat..******

Monday, August 8, 2011

ragam pose...

ni la anak-anak muridku....macam2 ragam diorang dalam kelas.....

aiman penat sangat pose....sampai dah tebaring dah....



walaupun penat bepose...tetap ceria mase ambek pic...(^_^)
letihnye afiq.....

afiq saket pale ke....hehehe

p/s: sebenarnye banyak lagi pic2 diorang...tapi aku letak cket je tok bagi korang tengok....huhuhuhu

Sunday, August 7, 2011

abang aku.......(^_^)

Assalamualaikum.... selamat menyambut bulan ramadhan..marilah kita mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi amalan kita di bulan ramadhan yang mulia ini.... hari ini dah masuk 7 ramadhan...makin cepat mase berlalu....hargailah setiap detik kerana detik yang telah berlalu tak akan kembali....peringatan bersama ye.... =)...hehehehe....aku dah tau abang aku ade blog...dia pernah tunjuk blog dia...tapi aku lupe nak bukak blog dia...sebok dok bukak blog orang tapi blog abang sendiri leh lak lupe....hehehehehe...( maaf ye abangku.....)...best gak blog dia....kalau korang rajin ziarah la blog dia... ataullahanas.blogspot.com...

ni la abang aku....hensem tak....hehehehehehehe..... (^_~)

Monday, August 1, 2011

MUST READ!!!!

AYAT2 Yg mmbuatkn WANITA sering TERPEDAYA Dgn Tipu Helah LELAKI...

Tanda2 Lelaki Yang Tidak Baik:
Bila laki tu cakap,
“Awk...walaupun dah berbelas tahun bersama awk...sya tak penah ada org lain...
hanya awk sorang sj...”
Then girl tu tntu jawab, “awk tak borink, ek??”
Laki tu tntu balas,
“saya tak penah borink ngn awk...awk cute...dr dulu smpai skrg..”.
Dlm msa yg sma, laki tu angkut girl tu ke hulu ke hilir cam bini dia..mmg ar dia mngaku tak borink...puas hati asalkan ada girl yg tman dier. Girl tu tak cute pown..sj puji spy dia rsa syok nk lyan....then sbnarnya waktu girl tuh tak ada...dah rmai dah girl lain yg dia usha.....
       then, laki tu ckp,
“Saya rasa kn, awk lebih cute kalo pkai bju nih, tak apa..tkar ar bju...lg slesa..tak pnas. (bju yg mmudahkan proses mngintai)”
Dlm hati girl tuh, “wokey....ni akn jd bju favourite akuh, ni..”.
Sbnarnya tak comel pown, girl tu pkai cam tu...sj je...sng skit boy tu nak lpaskan nafsu mata...dpt tgk sj pun ckup ar..tak dpt pegang pun tak apa..imagine jew sndiri..
bila boy tu sembang...dia cuit bahu girl tu..
dgn slamba, “kita kan kwn....”.
Pd hal....dlm hati... “wah....lmbut giler bahu minah ni...kalo ak dapat pluk nih...gerenti esok dpt baby....”.
Come on la girl...prmpuan jnis apakah anda andai sng2 dpt dipegang sana sini???
Bila cintanya ditolak, laki tuh ckp..”its ok... I always waiting for you. Hope still dpt jd bestfrend awk..”
Dlm persahabtan tuh, dia slalu jln2 ngn girl tu mrata-rata tak knal siang mlm...Biasa la...member, kan.....????
Pd hal, kalau btul dia cintakan girl tuh, dia akn cuba jg maruah girl tuh.
 ok....this boy mmg baik ar..dimata pmpuan... Ayat dia ckup harmoni...
“wak...jom jalan2...borink giler. Dah beku otak nih, study...”.
Girl tu ckp... ”ok...tapi saya bwak kwn bley tak?takut nnti org pikir apa plak.”
Dgn pnuh gntleman... ”apa slhnya...sgan la plak, kalo kita berdua je..”
girl tu mmg terharu n dlm hati, "so sweet....really understanding..".
Kat sini mmg slalunya girl terpedaya n cair hbis ar...pd hal sbnrnya dlm hati laki...
sj jew...tnjuk baik....nampak ar cam hormat dia...bdak u*** la ktakan...hah,hah,hah...”
Mmg nampak SEPERTI rekaan n agakkan smata2... Girl akn ckp,
“tak smua laki cam tu, kowt...”.
Dan kalu tny llaki, llaki tntu tak akn mngaku. Tapi ingt2lah pesanan Rasulullah.. Apakah ciri plg jelas tuk knali lelaki yg baik... Siapa lbih bnr, Rasulullah ke..bf anda???
Wahai saudari...sbnarnya anda jarang sdar...mudah sgt nk knali n bezakan antara llaki yg baik dgn yg jht...mmg anda tak bleh bca air muka kami...jd Rasulullah ajar anda..Anda sj yg tak prasan...
Rasulullah pernah berpesan,
“wahai lelaki, tundukkanlah pandangn mu...jagalah mata mu”.
Lelaki yg baik akn sntiasa menjaga pndangn matanya..
Cirinya sgt mudah dilihat, tapi sangat sukar ditemui...
Girls...cuba fikir balik...apa hadiah istimewa yg mampu anda brikan kpd suami anda nanti.. hadiah yg mampu bezakan antara dia dr lelaki2 lain, andai tubuh anda dah pernah disentuh oleh rmai lelaki...
Lelaki mana pun...akn terasa andai dia tahu,
ok...dlu bini aku ni pnah kluar dgn this guy...this guy tahu apa favourite dia...slalu shopping n jln2 dia suka jln dgn this guy kt skian2 tmpat..suka mkn apa..dia ketawa cam mana.....
“Lelaki...pikir2 ar skit bro...kalau kamu nak bwak anak dara org n wat dia cam bini kamu, kahwin ngn dia...ko angkut dia kesana kemari... esok dia tu jadik bini aku...walaupun aku tak jangka n ikutkan tak nak pown, tapi dah itu takdir aku! aku tak nak hampas beb. Sape nk bekas ko??walaupun ko tak pnah sntuh dia!”...
Ok....alright..alright.....smua llaki akn ckp cam tu..for sure..kalo kita dah tahu n nmpak sorg mamat nih ber'romantic' dgn girl yg akn jd istri kita... Mmandangkan kita tak tahu siapa yg akn jd isteri kita, so...jgn buat mcm tu kt ank org...fikir2 ar sndiri... Kita ni Islam....Nak ke...kna cam tuh? B4 kahwin...ada jantan mna2 ntah bwa isteri kita ngn pnuh drama mcm bju dia??
Wahai gadis....ingatlah..sesi perkenalan sblum perkahwinan hanyalah sewaktu dalam pertunangn..
Dlm Islam, tak penah wujud istilah “cop”, “couple”, “dating”, dsb..yg wujud hanyalah pertunangn n pernikahan...
Jgn skali2 anggap,
“k...aku mmg jahat, so ssuai ar ngn mamat nih. Keluar sma2 pown tak pe ah..dah dua2 jht...lg pown nanti ak nk kawin ngn dia jg..”.
Ssungguhnya jodoh pertmuan i2 di tangn Allah...
Once andai anda dpt suami yg baik....menyesal pun tak guna...yg pasti...anda cuma akn rsa kesal dan bersalah seumur hdup....Pasti tak ada seorg pn manusia rela hdup dgn rasa ksal..
Stiap insan itu pernah mlakukan kesalahan...andai telah terlanjur...bersamalh kita bertaubat kpdNya.. Allah sntiasa bri pluang tuk kita brubah slagi Dia izinkan jantung kita berdenyut.. Kita tak tahu bila ia akn berhenti...Disaat denyutan itu berhenti..maka tamatlah masa yg Dia bg tuk kita...
Girls.....jdlah mutiara asli...sgt sukar ditemui..apatah lagi ditatapi....Wallahua'lam..

PESANAN : MEREKA YG SEDANG ASYIK BERCINTA DAN BERCOUPLE BERDUA-DUAAN...SEELOKNYA BACA ARTIKEL INI SEMOGA DIRI ANDA TIDAK MUDAH TERPEDAYA DAN AKHIRNYA MENJADI REBAH DIPANAH CINTA YG TIDAK DIIKTIRAF DLM ISLAM...SEORANG WANITA YG SOLEHAH TIDAK AKAN MUDAH TERPAUT DAN TERTARIK DENGAN AJAKAN SERTA PUJUKAN CINTA DR SEORANG LELAKI YG BUKAN MUHRIM UTK DIJADIKAN COUPLE...

"hidup BERLANDASKAN dakwah"

sumber:FB/BLOG SAHABAT

p/s: peringatan ntok korang dan aku gak..