Peristiwa yang membuat aku terharu…
~~~“Mak! Ain nak pergi kerja dah… “ ain terus bersalaman dan mencium tangan dan juga kedua2 belah pipi serta dahi ibunya yang tercinta. Setiap langkahan menuju ke kereta…ain tidak berhenti berdoa kepada ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayan karenah anak-anak muridnya….. “Assalamualaikum!” ain memberi salam dengan suara agak kuat supaya anak-anak muridnya menyedari akan kehadirannya. “waalaikumussalam ustazah” jawab anak-anak muridnya.Seperti biasa seusai membaca doa, anak-anak muridnya terus menyemak bacaan Al-quran. “Kenapa ni?...kamu bergaduh ke?” Tanya Ain kepada anak-anak murid perempuannya. Salah seorang daripada mereka menjawab “ye ustazah…” sambil menundukkan kepala kebawah. Ain mengangguk, tanda memahami apa yag telah berlaku. “ustazah nak lelaki duduk dihadapan sebaris, dan perempuan duduk dibelakang sebaris…”. Tanpa berlengah lagi, anak-anak muridnya mengikut arahan ustazahnya. “uztazah nak cakap sedekit dengan kamu semua..jika kita tidak betegur sape dengan saudara kiter lebih daripada 3 hari, maka tertutuplah pintu syurga baginya......adakah kamu semua tidak mahu masuk syurga?..ketahuilah..syurga itu tiada tandingan nikmatnye…” . Ain berhenti seketika.. “ ..anak-anak murid yang ustazah sayang…kiter berkawan la dengan semua orang..kerana kiter tidak akan mengetahui siapa akan menolong kiter mase kiter susah…mungkin mase kiter susah kawan yang paling kiter benci itulah akan menlong kiter…bersabarlah dengan sikap kawan2 kiter…dan sentiasa bersangka baik dengan mereka..selepas baca doa ni ustazah nak kamu semua bersalaman dengan kawan2 kamu dan mintak maaf…bayangkan jika kamu gaduh dengan kawan kamu..dan keesokkan kawan kamu tu telah meninggal dunia…kamu tidak sempat nak mintak maaf...bagaimana dosa kamu terhadap kawan kamu tu?..anak-anak murid ustazah paling ustazah cintai…ajal itu tidak kiter ketahui bila ia akan tiba…”. Ain melihat mereka menundukkan kepala mereka dan ada yang mengesat air mata. Seusai membaca doa balik, anak-anak muridnya bersalaman antara satu sama lain. Ain menuju ke kereta dan melihat anak-anak muridnya yang bergaduh tadi berpelukkan. Wajah mereka begitu ceria….. “Alhamdulillah….” ~~~
PIC ANAK2 MURID AKU...COMEL TAK DIORANG??....HEHEHEHE... ^_~
aimi, abby, ardilla, syakirah, nazatul dan nabilah.. ^_^ |
No comments:
Post a Comment