Pages

Wednesday, October 5, 2011

Khas untukmu


Tak ada manusia yang terlahir sempurna...
jangan kau sesali segala yang telah terjadi....
kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat...
seakan hidup ini tak ada ertinya lagi...
syukuri apa yang ada...
hidup adalah anugerah...
tetap jalani hidup ini...
melakukan yang terbaik...
TUHAN pastikan menunjukkan kebesaran dan kuasaNYA..
bagi hambaNYA yang sabar dan tak kenal putus asa...

JANGAN MENYERAH!!!


P/S: lagu jangan menyerah dari DMASIV.....untuk bakal suamiku kelak....(^_^)..(sape agaknye yang dah tetulis name untuk aku..)

Monday, October 3, 2011

muhammad fahri

muhammad fahri azhan bin muhd pairul...comeynye...^_^


Alhamdulillah...akak aku telah selamat melahirkan anak sulungnye....anak saudara yang pertama...n cucu sulung pertama dalam kuarge kitorang pd 3/10/2011......insyaALLAH.....menjadi ulama yang terunggul di masa akan datang dan menjadi penyejuk hati ibu dan abahnye...(^_^)


P/s: waaaa....skang xdpt balik tgk fahri....cedihnye...=( kene tunggu hari raye haji nnt baru dpt tgk fahri....tggu mak de ye.... (haaa..."mak de"...cam x caye je....aku dh jadi mak de skang)...hheheehheehhe

Saturday, October 1, 2011

Cinta & Nikah

Aku BELUM tentu akan menikahi orang yang aku cintai tapi aku akan MENCINTAI orang yang aku NIKAHI..semoga diriku bakal menjadi PENYEJUK MATA kepada seorang LELAKI yang BAIK suatu ketika nanti..insyaAllah..
 p/s : jodohku masih JAUH..andainya dirimu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa KASIH dalam hatiku juga hatimu. Itu JANJI Allah..

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan IKATAN yang SAH, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai HAK untuk membuat begitu.
 
p/s: copy kat fb...hehehhehehehe....

Sunday, September 25, 2011

Senyum ^_^

TAMAN TASIK TITIWANGSA


Aku dah lupe bila kali terakhir aku g tasik ni..rase2nye mase kecik2 dulu kot..huhuhu...dah lame tak g situ...rasenye aku g ngan pak sedare aku...dia bawak aku, mak, n adik beradik aku g jalan2...sebab ayah aku dah tak de..kalau dia ade mesti dia bawak kitorang g jalan2...tapi ALLAH lebih menyayangi dia...^_^ InsyaALLAH... jumpe di syurga ye ayah!!!

kawan2 terbaik aku....(^_^)



kitorang singgah jap..jalan2...beli makan buah sekuang...member pelik aku beli buah 2...tapi aku suka...huhuhuhu...tangkap gambo...n macam2 lagi la....hepi sangat... ^_^




P/s: aku tak ske begambo sebab aku bukan seorang yang pandai senyum...dengan makne len TAK RETI SENYUM....heheheheh...


Geng kartunis usim

(GENG KARTUNIS USIM)
  
~~~Bengkel Kartunis d'art 2011~~~
Bengkel Lukisan bersama SAHABAT ALFITYAN PMRAM


kartunis farid sedang mengajar kami cara2 melukis... (^_^)

time kene lukis katon....huhuhu.... ni kak shahirah...perrrghhh dia lukis skejap je tp dia lukis mmg terbaik la!!!!!...cantek sangat2....


~~~~ALHAMDULILLAH PERJALANAN BENGKEL BERJALAN DENGAN BAIK...TERIMA KASIH KEPADA KARTUNIS2 YANG DATANG MENGAJAR KAMI TEKNIK MELUKIS DAN MEWARNA...KORANG MEMANG TERBAIKLAH!!!!!! ^_^  ~~~~~

Saturday, September 24, 2011

Buku yang menakutkan

Aku ni suka kat buku2...bila ade je pameran buku...secare automatik mate n kaki aku ngan buku2 2 cam ade magnet je...huhuhuhu....teruja bukan men lagi....^_^



Mase aku syok2 tengok buku2...aku jumpe satu buku ni.....cam menarik je..... tajuk buku 2... APABILA HATI RINDU MENIKAH... (wah!!!...nak beli la........) aku abeh bace buku dalam  2 3 hari je...bila dah abeh bace...aku rase cam ade perasaan pelik...macam rase bedosa je...hmmmm..(hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI).... =(



P/s:Buku ni khas untuk orang yang xnk, akan xnk, memang xnak KAWEN!!!....

Sunday, September 18, 2011

Betul2 kawan

Kawan2 aku sepanjang program elsp.....sweet memory.... (^_^)


aku panggil dia siti...name penuh dia....entah la..aku xingat kot...huhuhuhu...dia dak junior aku....hehhehe...dia tanye aku kos ni susah ke senang..dengan muka seriusnye n penuh yakin...cewaaahhh...aku jawab SUSAH SANGAT2... hahahhaha...


name diberi sabilah...orangnye kelakar....aku asyik ketawe dok sebelah dia...xhenti2 nak ketawa...naseb bek ade dia...xla boring sngt program 2...huhuhuhu





P/S : thanks sebab sudi jadi kawan ain... ^_^  pe2 pun korang memang de best la....heheheheh

Saturday, September 17, 2011

Kau Mencintaiku...(sajak Ayatul Husna dalam ketika cinta bertasbih)

kau mencintaiku..


seperti bumi...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menanggung beban derita...
tak pernah lelah menghisap luka...

kau mencintaiku...
seperti matahari...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membagi cerah cahaya...
tak pernah lelah...
menghangatkan jiwa...

kau mencintaiku...
seperti air...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membersihkan lara...
tak pernah lelah...
menyejukkan dahaga...

kau mencintaiku...
seperti bunga...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menebar mekar aroma bahagia...
tak pernah lelah...
meneduhkan gelisah nyala...





Surat Hawa Untuk Adam



Ohh Adam...

                    Adam......... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

              Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
       Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

          Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

         Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
 
Namun......... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

         Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

          Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

      Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

      Adam..... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


  Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

          Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
         Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.



        Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...





Friday, September 16, 2011

Hebatnya RASULULLAH sebagai suami

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ‎ adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.Jangan kita lupa Baginda juga adalah seorang suami...seorang suami yang begitu hebat..

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

  
 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

 3) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


4) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s.. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

5) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.