Pages

Tuesday, May 24, 2011

Hisham.....

Assalamualaikum…dulu aku pernah menjadi guru kafa , macam2 dah berlaku, pahit dan manis… tapi 1 peristiwa yang tak dapat aku lupakan,bila aku ingat..aku rase nak nangis… ceritanya macam ni......

~Tahun ini hisham sudah berumur 12 tahun, tetapi tahap pemikirannya masih lagi seperti kanak-kanak kecil, Hisham seorang pendiam , sukar untuk melihat dia berbual dengan kawannya, susuk tubuhnya kurus, siapa yang melihat pasti akan  simpati dengannya, kadang-kadang dia datang ke sekolah dihantar oleh kakaknya, kadang-kadang berjalan kaki, Hisham kurang pandai membaca, sebab itu dia diletakkan di kelas darjah 1, tetapi aku pernah mengajarnya, memang perlu banyak kesabaran apabila mengajarnya, hisham sentiasa lupa, dan setiap kali dia lupa  aku memarahinya, bukan niat aku nak marah dia tapi itu untuk kebaikan dia..(hisham, ustazah minta maaf ye…ustazah kene tegas dengan hisham…ustazah nak hisham pandai..bukan hisham marah kerana benci tetapi ustazah sayang hisham, hisham pelajar paling istimewa bagi ustazah…maafkan ustazah..) seperti biasa sebelum balik, pelajar-pelajar akan menyusun semula meja-meja mereka ke tempat asalnya, dan mereka akan duduk bersaf-saf,  selepas itu membaca doa, apabila selesai membaca doa, mereka akan bersalaman dengan ustazah, pelajar-pelajar lain terus pulang ke rumah, tetapi tidak hisham, dia menolong ustazahnya membersihkan kelas, semasa dia hendak menutup tingkap, tiba-tiba cermin tingkap itu pecah, lalu tangannya berdarah, hisham tidak menangis, hisham berkata “cket je ni ustazah…takpe..”, hisham cuba menyembungi tangannya, tanpa fikir panjang..ustazahnya membersihkan luka dan menyapu ubat. Ustazahnya terlalu risau kerana darah semakin banyak keluar  lalu terus memberitahu kakak hisham , tidak lama itu kakak hisham datang, riak wajah hisham ketakutan  dan kakaknya terus memarahi hisham, ,kakaknya berkata” kenapa ni?”. Jawab hisham “ tadi tolong ustazah tutup tingkap, tiba-tiba cermin pecah”. “awak gi sibuk tolong ustazah tu buat pe, ustazah boleh tutup sendiri..” kata kakaknya penuh dengan kemarahan,  hisham hanya tunduk,  puas ustazahnya dan aku memujuk kakaknya supaya jangan memarahi hisham dan menjelaskan perkara yang sebenar. “kak…hisham nak tolong saya tutup tingkap, jangan marah dia kak…jangan pukul dia..ni semua salah saya kak..” kata ustazahnya. Tetapi pujukan kami sia-sia sahaja, kakaknya tetap memarahi hisham, tidak dapat kami katakan lagi, akhirnya kami berdua menangis dan berdoa agar ALLAH melindungi hisham dan memberi kesedaran kepada kakaknya.  Dalam sudut hati kecil aku berkata..”kenapa kakaknya tidak melihat niat baik adiknya untuk membantu ustazahnya...andai aku punya adik yang punya sifat seperti itu…aku pasti bangga..”. selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku kepada hisham..~~TAMAT~~


Cket kate2 : perlu ke budak tu kene marah sebab nak tolong ustazah dia (ce kiter  pikir jap..pelajar-pelajar normal yang lain terus balik je…tak macam dia…seorang pelajar yang istimewa…)

1 comment:

  1. citer yg agak tragis huhu ciannyee Hisyam tuh ...
    sgt x patot akknnye marahkan die plak huhu...

    ReplyDelete