Pages

Thursday, February 23, 2012

SubhanALLAH!

(Gambar Hiasan)

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Wednesday, February 22, 2012

Cinta Shirah (Part 5)

   "Abang..boleh tak abang janji dengan sayang?" Aku berkata dengan lembut. Lalu aku meramas tangannya. Aku letakkan kepalaku ke dadanya.
   "Janji apa sayang?" Ashraf agak terkejut. Aku mengangkat kepalaku. Aku senyum lalu mencium tangannya. "Janji dengan sayang..bila sayang dah tiada nanti...." Aku tidak sempat menghabis kata-kataku, Ashraf memelukku. "Sayang...kenapa sayang cakap macam tu..abang sayang sangat sayang".
    Aku leraikan pelukkannya. "Abang...janji dengan sayang...abang akan didik anak kita menjadi anak yang solehah ye..". "Kita sama-sama didik anak kita nanti ye...solehah macam ummi dia" Ashraf mencubit pipiku. Aku tersenyum lalu meletak semula kepalaku kedadanya.
    Ashraf terduduk. "Mana anak saya?" kata Ashraf. "Anak Encik Ashraf ada diruangan bayi, mari ikut saya" balas doktor.
  "Sayang buat apa tu?" Ashraf memelukku daripada belakang. "Shirah baca buku ni.." kata aku sambil menunjukkan cover hadapan buku.
    Ashraf melepaskan pelukkanya lalu duduk disisiku. "Oh..buku nama-nama si comel, sayang nak bagi nama apa anak kita nanti?" Tanya Ashraf sambil mengusap perutku. "Fatimah Azzahrah..boleh tak abang?. Tanyaku. "Boleh sayang..." Ashraf mencium pipiku. "Terima kasih abang" aku memeluk Ashraf.
    Ashraf memulas tombol pintu, langkahannya terhenti, dia mengangkat si kecil lalu melaungkan azan ditelinga si kecik itu. "Fatimah Azzahrah..anak abi yang abi sayang......" Ashraf tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Dia terdengar suara memanggilnya. Dia begitu kenal suara itu. Lalu dia menoleh.


Bersambung....

Monday, February 20, 2012

Temuilah wali saya

Temuilah wali saya, ia lebih berharga daripada sejuta kata cinta & segunung harta

Bismillah....

IMAMKU
Tak ku minta butiran permata
Tak juga ku minta berlian di mata
Cukuplah hanya iman & takwa,dalam jiwa raga
Untuk membawaku ke Syurga

IMAMKU
ingin ku titip sedikit ingatan
Supaya dapat dijadikan pedoman
Jadikan Al-qur'an sebagai teman
Agar kelak menjadi haluan

IMAMKU
Tidak ku pinta putra khayangan
Bukan pula Raja hartawan
Namun cukuplah ISLAM menjadi landasan

IMAMKU
Aku tidak sehebat Khadijah
Bukan juga setabah Sarah
Ataupun seteguh Sumayyah
Namun hatiku ingin setia seperti Fatimah
 
 

Friday, February 17, 2012

Exam Result & New Semester

Jalan-jalan jumpa hantu kum kum,
Assalamualaikum....

Alhamdulillah...exam result dah kuar....keputusan yang agak baik...ada peningkatan...walaupun cket je naik tapi ape2 pun aku bersyukur...(^_^)...Sem depan nak wat yang terbaik lagi...chaiyok ain!!....



Wednesday, February 8, 2012

Harap yang terakhir

Alhamdulillah...program LSP dah pn selesai..hepi sangat2...kat bawah ni antara gambar2 kenangan mase LSP... ^_^

Hari pertama LSP...muka sume ceria2 lagi...huhuhu...ni member aku..atiq, elli n "budak pink" (aku x ingt name dia...walaupn berulang kali aku tanye name dia..hehehehehe)

syidah dan bella ^_^

ni dak2 junior...ermm..aku tak ingat name diorang....(tak ingat ke tak tau...huhuhu)
jai dan kila ^_^


::Alhamdulillah mase LSP ni kitorang hepi walaupun ade masalah bas yang menyakitkan hati...^_^::

Thursday, February 2, 2012

Cinta Shirah (Part 4)

   "Maaf, Encik Ashraf tunggu di luar ye.." kata salah seorang nurse. Ashraf segera membalas "tapi nurse...dia isteri saya". "Ye..saya tau...saya harap Encik dapat beri kerjasama...kami akan lakukan yang terbaik...Encik banyakkan berdoa ye.." jawab nurse terburu-buru.
    Ashraf hanya mengangguk dan berundur beberapa langkah dari pintu wad kecemasan itu. Pintu ditutup.
    Ashraf menangis dan terus berlari ke surau. Dia membuka pintu surau dengan perlahan. Dilihatnya hanya seorang lelaki tua yang berada di dalam surau itu. Lelaki tua itu hanya duduk mengadap kiblat sambil berzikir. Suaranya lembut ketika mengalunkan zikir. Sungguh merdu.
    Ashraf menyapu air matanya. Dia tidak mahu lelaki tua itu mengetahui dia menangis. Ketika Ashraf mengambil wuduk. Ashraf berusaha menahan air matanya tetapi dia tidak berdaya, akhirnya dia melepaskan tangisnya.
    Ashraf membentangkan tikar sejadah. Dia melakukan solat hajat. Dalam sujud terakhir, Ashraf meluahkan segalanya. Dia menangis lagi. Badannya terhenjut-henjut kerana tangisnya. Ashraf lama dalam sujudnya.
    Ashraf memberi salam yang pertama. "Encik Ashraf!" panggil nurse. Mukanya pucat. Ashraf menoleh "Ye saya...". "Isteri Encik......aahh..Encik jumpalah dengan doktor...tadi doktor cari Encik.." jawab nurse itu.
    Ashraf berlari menuju ke ruangan doktor. " Doktor.. bagaimana dengan isteri saya?..." Ashraf berkata sebaik sahaja dia membuka pintu. "Encik Ashraf...kami minta maaf..." balas doktor.


Bersambung....