Pages

Thursday, February 2, 2012

Cinta Shirah (Part 4)

   "Maaf, Encik Ashraf tunggu di luar ye.." kata salah seorang nurse. Ashraf segera membalas "tapi nurse...dia isteri saya". "Ye..saya tau...saya harap Encik dapat beri kerjasama...kami akan lakukan yang terbaik...Encik banyakkan berdoa ye.." jawab nurse terburu-buru.
    Ashraf hanya mengangguk dan berundur beberapa langkah dari pintu wad kecemasan itu. Pintu ditutup.
    Ashraf menangis dan terus berlari ke surau. Dia membuka pintu surau dengan perlahan. Dilihatnya hanya seorang lelaki tua yang berada di dalam surau itu. Lelaki tua itu hanya duduk mengadap kiblat sambil berzikir. Suaranya lembut ketika mengalunkan zikir. Sungguh merdu.
    Ashraf menyapu air matanya. Dia tidak mahu lelaki tua itu mengetahui dia menangis. Ketika Ashraf mengambil wuduk. Ashraf berusaha menahan air matanya tetapi dia tidak berdaya, akhirnya dia melepaskan tangisnya.
    Ashraf membentangkan tikar sejadah. Dia melakukan solat hajat. Dalam sujud terakhir, Ashraf meluahkan segalanya. Dia menangis lagi. Badannya terhenjut-henjut kerana tangisnya. Ashraf lama dalam sujudnya.
    Ashraf memberi salam yang pertama. "Encik Ashraf!" panggil nurse. Mukanya pucat. Ashraf menoleh "Ye saya...". "Isteri Encik......aahh..Encik jumpalah dengan doktor...tadi doktor cari Encik.." jawab nurse itu.
    Ashraf berlari menuju ke ruangan doktor. " Doktor.. bagaimana dengan isteri saya?..." Ashraf berkata sebaik sahaja dia membuka pintu. "Encik Ashraf...kami minta maaf..." balas doktor.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment