Pages

Saturday, April 28, 2012

Ustaz Rahmat Abdullah


Ikhwafillah,
Ada dua hal yang harus selalu antum ingat:-
1- kesalahan antum lakukan terhadap orang lain.
2- perbuatan baik yang orang lain lakukan kepada
   antum.
--
Dan ada dua hal yang harus segera antum lupakan:-
1- kesalahan yang orang lain lakukan kepada antum.
2-perbuatan baik yang antum lakukan kepada orang lain.

- Ustaz Rahmat Abdullah(1426H), Sang syaikh tarbiyah-

Friday, April 27, 2012

HANCUR HARAPAN

Assalamualaikum..

Ain tak tahu nak cakap ape dah..mungkin ini salah satu luahan hati ain...ain tak ada sapa2 untuk ain luahkan rasa hati ain...ain ada ALLAH  je...DIA saje tempat ain luahkan rasa hati ain..hanya DIA sebaik2 tempat ain luahkan rasa hati ain...susah nak puaskan hati semua orang...terpaksa korbankan hati sendiri...ain dah berusaha jaga hati orang...terutama orang yang ain sayang...nak jaga betul2...tapi kenapa tak nak jaga hati ain....(-_-)


::hancur sudah segala harapan::

TAZKIRAH JUMAAT : KERANA DIA SEORANG IBU

'Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...'
--------------
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..


**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar...Kalau anda rasa ianya perlu disebarkan & bermanfaat untuk orang lain, silalah klik button SHARE yer...TQ**


CREDIT : Haslinda Ramlee



::copy&paste::

Wednesday, April 25, 2012

TERINGIN JE

Assalamulaikum...huhu...nak kate aku ni cantik xde la...aku tak cantik pun....(betul2 tak cantik...orang tengok pn orang tu akan termuntah...tak pecaye ke??....kalau tak pecaye ce tanye aku..kihkihkih...)...tapi aku nak sangat pakai dan memiliki....walaupun satu helai je kot n satu pic..hohohoho......(ok tak??..)..korang mesti nak tau ape mendenye kan???....ce tengok pic bawah ni.......^_^

huhuhu..tapi warna hitam la....^_^

opppsss...ni bukan aku....sekadar gambar hiasan ^_^
ni pun bukan aku gak...kihkihkih
yg ni lagi la bukan aku... ^_^
comey tak.....ade mcm aku x??... ^_^
kihkihkih...ni pic selingan je....^_^
::sekian dari saya::

Tuesday, April 24, 2012

Gula Kapas


Lembutmu ibarat kapas

Manismu ibarat gula

suke gula kapas sgt2...



sweet..<3

Monday, April 23, 2012

ASAMKU ASAMMU JUA

ASSALAMUALAIKUM....

Hampir sebulan dah aku batuk...(-_-)..tak sembuh3...banyak tul dosa aku..(yela orang kate kn sakit2 ni untuk kaffarah dosa..) aku tak boleh minum ais..buah2...dan sewaktu dengannya..eeeiiii...tak suka berpantang...hohohoho...hari ni aku dah teringin sangat2 nak makan asam kegemaran aku...aku tak boleh nak tahan tengok asam 2 dok melambai2 kat aku..(dooh je lambai 2...kihkihkih..)...akhirnya aku beli gak...3 bungkus rm5...(wow murahnye...) pas beli 2 aku tibai makan 1 bungkus...(ade gak kwn2 aku makan tapi aku lagi banyak kot...huhuhuhuh)....

ni la asam yg aku suka...warna merah 2....suka sangat2...sedap...^_^


 ::salah satu sebab aku tibai makan 1 bungkus sekaligus tu sebab aku badmud::

P/S: jangan tiru aku...asam tak baik untuk kesihatan..n otak kita..(betul ke)

Friday, April 20, 2012

Rayuanku Pada-MU,,



Kelam kehidupan sia telah kulalui,berkawan kehinaan sifat menemani,mencoret fitrah kesucian iman dijiwa,dengan lakar hitam garis dosa,yang tiada mungkin pudar ditelan usia,semadi berkekalan kehujung nyawa....


Ya Allah,

Ku sedari perjalanan silam kealpaanku,tersingkir bersama racun noda,dari pandangan hukummu,dan kini kembali daku pada cahayamu,menyuluh kegelapan susur hayatku,membawa puisi doa keinsafan,menadah titisan rahmat keampunanmu,dengan lenangan air mata taubat berguguran,mohon penyucian kembali calar luka semalam...


Ya Allah,

kutitipkan kesyukuran perasaan,padamu mengejut diri ini dari khayalan,yang mengulik keindahan mimpi kebinasaan...


Ya Allah,

telah kau simpul hati ini,dengan tali hidayah kasihmu,abadikanya disisimu tanpa usir,bila mana hembusan nafasku,masih lagi terasa kehangatan,denyutan nadi tiada diperhentian...

kita sering mahukan hari yang CERAH..tetapi Allah lbih mgetahui,hakikatnya HUJAN perlu diturunkan.. kita sering inginkan KESERONOKAN..jauh sekali KESUSAHAN..tetapi ALLAH lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN..kita sering menginginkan KETENANGAN..hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN..tetapi manusia tidak dapat lari dari kesilapan..semua itu bukan suatu HUKUMAN..tetapi sebagai tanda KASIH DAN SAYANG ALLAH agar kita lebih BERIMAN...

Thursday, April 19, 2012

BATUK (-_-)

Assalamulaikum..

Dah 3 minggu aku batuk...tak sembuh2 lagi...(petanda aku nak pergi dulu ke...aku ade penyakit kronik....ish...)..itu je aku nak cakap...(-_-)

suka hijau.....

Thursday, April 12, 2012

Sihat Vs Sakit

suka hijau... ^_^

Assalamualaikum…tak tahu nape rase sayu je…hari ni tak bape sehat…mungkin demam…batuk  dah hampir  2 minggu…tak sembuh2 lg…(doakan la ain ye..^_^)...sekejap je ALLAH bagi pinjam kesihatan yang baik  untuk ain..tak pe…ain terima…ain tau ni dugaan untuk ain…dan ada hikmah buat ain…tak tau nape bila ain saket…ain nak orang2 yang ain sayang sentiasa dekat dengan ain…(manje kn ain ni)…^_^..dan bila orang2 yang ain sayang menjauhi ain...ain tau itu pun satu hikmah....teringat kata2 ustaz ain..."setiap yang ALLAH jadikan bukan satu sia2...sumenye ada hikmah"..^_^...


::terima kasih pada yang ambil berat tentang ain..(walaupun tak de pn....kihkihkih)

Tuesday, April 10, 2012

Cinta Shirah (Part last)

"Ashraf...lupakanlah apa yang sudah berlaku.." kata ummi. Ummi tidak dapat menahan air matanya jatuh. Lantas Ashraf mengesat air mata ibunya. "Ummi...kalau ummi suruh Ashraf lupakan..Ashraf minta maaf..Ashraf tak dapat nak lupakan...maafkan Ashraf.." Ashraf memeluk ibunya.
Ashraf begitu segak dengan pakaian baju melayu dan bertanjak dikepala. Sekali lagi air mata Ashraf tercurah lagi, kenangan datang kembali, kenangan ketika dia melafazkan akad nikah. "Aku terima nikahnya nur shahirah binti musa dengan mas kahwinnya rm22.50 tunai".
 Menerima seseorang untuk menjadi teman seumur hidupnya, teman tempat berbual tentang suka dan duka, semuanya akan dikongsi bersama-sama, dia adalah seorang isteri dan juga bakal seorang ibu kepada anak-anaknya. Lamunan Ashraf terhenti, air matanya dikesat dengan tangan.
"Handsome anak ummi..terima kasih Ashraf sebab sudi setuju" kata ibunya. Ibunya sungguh gembira. Ashraf tersenyum. Aku dan Ashraf solat jemaah bersama-sama. Selepas Ashraf membaca doa. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ashraf lalu aku mencium tangannya dan Ashraf mencium dahiku.
 "Ermmm  abang...kalau sayang dah tiada nanti..abang nak kahwin lagi ke?. tanya aku. "Ish..sayang cakap apa ni..?" wajah Ashraf berubah. "Shirah tanya je.." balas Aku dengan menunduk kepalaku. "Ermm...sayang bagi ke abang kahwin lagi?" tanya Ashraf. "Bagi..." jawabku dengan meletakkan kepalaku diatas ribanya. "Sayang...walaupun sayang beri abang kahwin lagi...abang tak nak....sayang adalah orang yang pertama dan juga yang terakhir....tiada yang kedua dan juga ketiga...jika takdir sayang pergi dahulu sebelum abang...tunggu abang di syurganya..okey? balas Ashraf sambil mengusap kepalaku.
Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. "Terima kasih abang..." jawabku sambil memandang wajah Ashraf. " Sama-sama sayang..sayang..jom mengaji..sayang pergi ambil wuduk dulu ye.." pinta Ashraf. "Baiklah abang.." aku tersenyum sambil aku membuka telekungku dan menuju ke bilik air. Majlis akah nikah pada pagi itu berjalan dengan lancar, hanya sekali lafaz sahaja si perempuan telah sah menjadi milik sepenuhnya kepada insan yang bergelar suami.   
"Abi!......" jerit si tubuh kecil itu, begitu comel dengan berbaju kurung hijau  dan bertudung hitam." "Abi...ibu mana? tanya zahrah. "Ibu?..." Ashraf cuba mencari-cari isterinya dengan matanya. "Itu ibu..." balas Ashraf kepada anaknya Zahrah. Zahrah tersenyum Sudah 4 tahun berlalu, umur anaknya sudah mencecah 4 tahun, Ashraf tidak akan pernah lupa pada peristiwa itu, peristiwa itu seakan baru lagi bagi Ashraf walaupun sudah 2 tahun ia berlalu.
"Comel anak abi.. " kata Ashraf sambil membetulkan telekung puterinya Zahrah. "Zahrah je comel..?" Aku datang menghampiri mereka. Zahrah duduk diatas ribaku.
"Sayang tak comel tapi cantik...cantik sangat..." balas Ashraf  tersenyum. "Terima kasih abang sebab sudi terima shirah sebagai isteri abang" kata aku tepat memandang wajahnya. "Sepatutnya abang yang ucap terima kasih pada sayang..sebab sudi terima abang sebagai suami dan memberi abang seorang anak yang sangat comel....terima kasih ye sayang.." kata Ashraf. "Sama-sama abang..".      
"Encik Ashraf, isteri encik masih hidup lagi, ini satu keajaiban, kami mendapati penyakit isteri encik Ashraf sudah tiada, subhanaALLAH...maafkan saya..saya tak dapat nak habiskan kata-kata saya tadi sebab encik Ashraf tanya dimana anak encik Ashraf. " kata Doktor.
 Lantas Ashraf berdiri. Dia terkejut. "Isteri saya dimana sekarang?." tanya Ashraf. Ashraf mencium dahiku. "Alhamdulillah..." ucap Ashraf.
 "Abi...ibu...bila kita nak solat ni...?" tanya Zahrah kepadaku dan Ashraf. Aku dan Ashraf ketawa. "sekarang..." jawab Ashraf sambil mencubit pipi Zahrah, Fatimah Azzahrah.
"Abang..jangan lupa lepas solat doakan sekali untuk pengantin baru kita, adik abang..Fahri dan Alissa" pintaku kepada Ashraf. "Sudah semestinya sayang..abang sudah maafkan dia..dia tetap adik abang" senyum Ashraf.


-TAMAT- ^_^





حواني ( hawaku )
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah, lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga harum, aromamu boleh menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang, lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar. Dari kejauhan sudah tercium akan keharumannya. Serta kilauan warnanya yang memancar indah.
Mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkari itu boleh juga membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Aku suka sekiranya kau seperti mawar. Yang tercermin pada setiap diri mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu. Yang bertiangkan rasa keimanan. Dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhu. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang tampak. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu tempat yang tertutup.
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terlihat. Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam..
Setiap langkah dan tindakanmu, hendaklah bermanhajkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah. Yang mampu menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.
 Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah setiap insani. Namun banyak diantara kamu yang terbutakan kerana cinta. Bercinta itu tidak salah. Tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta buta manusia sanggup menjual agama. Dan kerana cinta buta, tergadai harga dirimu. cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil. Apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga, lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap-Nya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu, Allah.


Monday, April 9, 2012

insan yang ku sayang


Assalamualaikum...

Pagi yang terlalu indah..aku panjatkan kesyukuran pada ilahi kerana masih memberi pinjam nyawa untuk aku terus hidup dibumi yang sementara ini..aku terlalu bersyukur kerana dapat lagi melihat wajah insan-insan yang aku sayangi. Hidup aku tidak akan bermakna jika mereka  dalam kesakitan. Senyuman aku tidak akan manis sekiranya mereka dalam kesusahan. Jika diberi pilihan aku mahu kesakitan dan kesusahan yang mereka alami dipindahkan kepadaku. ya ALLAH berilah kesihatan yang baik kepada mereka dan lidungilah mereka dari segala bentuk kejahatan...ya ALLAH aku sangat menyayangi mereka...aku sayang mereka keranaMU ya ALLAH...



keluarga bahagia ^_^

Friday, April 6, 2012

Nukilan Hati...


Untukmu, Asiah Yusra, Bakal isteriku..


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbuku. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."


Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.


Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.


Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu.

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku, Bakal suamimu.

Umar Yusra