Pages

Tuesday, April 10, 2012

Cinta Shirah (Part last)

"Ashraf...lupakanlah apa yang sudah berlaku.." kata ummi. Ummi tidak dapat menahan air matanya jatuh. Lantas Ashraf mengesat air mata ibunya. "Ummi...kalau ummi suruh Ashraf lupakan..Ashraf minta maaf..Ashraf tak dapat nak lupakan...maafkan Ashraf.." Ashraf memeluk ibunya.
Ashraf begitu segak dengan pakaian baju melayu dan bertanjak dikepala. Sekali lagi air mata Ashraf tercurah lagi, kenangan datang kembali, kenangan ketika dia melafazkan akad nikah. "Aku terima nikahnya nur shahirah binti musa dengan mas kahwinnya rm22.50 tunai".
 Menerima seseorang untuk menjadi teman seumur hidupnya, teman tempat berbual tentang suka dan duka, semuanya akan dikongsi bersama-sama, dia adalah seorang isteri dan juga bakal seorang ibu kepada anak-anaknya. Lamunan Ashraf terhenti, air matanya dikesat dengan tangan.
"Handsome anak ummi..terima kasih Ashraf sebab sudi setuju" kata ibunya. Ibunya sungguh gembira. Ashraf tersenyum. Aku dan Ashraf solat jemaah bersama-sama. Selepas Ashraf membaca doa. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ashraf lalu aku mencium tangannya dan Ashraf mencium dahiku.
 "Ermmm  abang...kalau sayang dah tiada nanti..abang nak kahwin lagi ke?. tanya aku. "Ish..sayang cakap apa ni..?" wajah Ashraf berubah. "Shirah tanya je.." balas Aku dengan menunduk kepalaku. "Ermm...sayang bagi ke abang kahwin lagi?" tanya Ashraf. "Bagi..." jawabku dengan meletakkan kepalaku diatas ribanya. "Sayang...walaupun sayang beri abang kahwin lagi...abang tak nak....sayang adalah orang yang pertama dan juga yang terakhir....tiada yang kedua dan juga ketiga...jika takdir sayang pergi dahulu sebelum abang...tunggu abang di syurganya..okey? balas Ashraf sambil mengusap kepalaku.
Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. "Terima kasih abang..." jawabku sambil memandang wajah Ashraf. " Sama-sama sayang..sayang..jom mengaji..sayang pergi ambil wuduk dulu ye.." pinta Ashraf. "Baiklah abang.." aku tersenyum sambil aku membuka telekungku dan menuju ke bilik air. Majlis akah nikah pada pagi itu berjalan dengan lancar, hanya sekali lafaz sahaja si perempuan telah sah menjadi milik sepenuhnya kepada insan yang bergelar suami.   
"Abi!......" jerit si tubuh kecil itu, begitu comel dengan berbaju kurung hijau  dan bertudung hitam." "Abi...ibu mana? tanya zahrah. "Ibu?..." Ashraf cuba mencari-cari isterinya dengan matanya. "Itu ibu..." balas Ashraf kepada anaknya Zahrah. Zahrah tersenyum Sudah 4 tahun berlalu, umur anaknya sudah mencecah 4 tahun, Ashraf tidak akan pernah lupa pada peristiwa itu, peristiwa itu seakan baru lagi bagi Ashraf walaupun sudah 2 tahun ia berlalu.
"Comel anak abi.. " kata Ashraf sambil membetulkan telekung puterinya Zahrah. "Zahrah je comel..?" Aku datang menghampiri mereka. Zahrah duduk diatas ribaku.
"Sayang tak comel tapi cantik...cantik sangat..." balas Ashraf  tersenyum. "Terima kasih abang sebab sudi terima shirah sebagai isteri abang" kata aku tepat memandang wajahnya. "Sepatutnya abang yang ucap terima kasih pada sayang..sebab sudi terima abang sebagai suami dan memberi abang seorang anak yang sangat comel....terima kasih ye sayang.." kata Ashraf. "Sama-sama abang..".      
"Encik Ashraf, isteri encik masih hidup lagi, ini satu keajaiban, kami mendapati penyakit isteri encik Ashraf sudah tiada, subhanaALLAH...maafkan saya..saya tak dapat nak habiskan kata-kata saya tadi sebab encik Ashraf tanya dimana anak encik Ashraf. " kata Doktor.
 Lantas Ashraf berdiri. Dia terkejut. "Isteri saya dimana sekarang?." tanya Ashraf. Ashraf mencium dahiku. "Alhamdulillah..." ucap Ashraf.
 "Abi...ibu...bila kita nak solat ni...?" tanya Zahrah kepadaku dan Ashraf. Aku dan Ashraf ketawa. "sekarang..." jawab Ashraf sambil mencubit pipi Zahrah, Fatimah Azzahrah.
"Abang..jangan lupa lepas solat doakan sekali untuk pengantin baru kita, adik abang..Fahri dan Alissa" pintaku kepada Ashraf. "Sudah semestinya sayang..abang sudah maafkan dia..dia tetap adik abang" senyum Ashraf.


-TAMAT- ^_^


No comments:

Post a Comment