"Aishah kemalangan.." Sayu suara Hafiz. Aku dengar ada suara tangisan. "Macam mana dengan keadaan Aishah? " Aku memandang Aqil. Air mata sudah jatuh daripada tubir mata. "Tak pasti lagi, Eh sekejap ye Ain..doktor datang..nanti Hafiz call semula ye..." Kata Hafiz. Hafiz lupa untuk menutup handsetnya. " Maafkan saya....ALLAH lebih menyanyangi dia.." Aku menjerit. Aishah!. Aku jatuh terduduk. "Kenapa dengan Aishah? " Tanya Aqil." Aqil....Aishah...dah takde.." Balasku. Handsetku masih lagi di telinga. "Innalillahiwainnailaihirojiun..." ayat itu keluar daripada mulut Aqil.
Aku lihat sekujur tubuh itu. Kaku. Aishah! Aku menangis. Ibu Aishah
memelukku. Kenapa Ibu? Kenapa Aishah yang pergi dulu? kenapa bukan Ain?
Ain yang patut pergi...Ain jahat dengan Aishah...Ain tak patut hidup.....sepatutnya Ain yang mati. Aku
terus peluk Aishah. "Aishah...maafkan Ain..." Aku dekatkan kepalaku
disebelah kepalanya. "Aishah...Ain sayangkan Aishah kerana ALLAH...".
"Maafkan saya..jenazah boleh dibawa pulang ke rumah" Kata Jururawat yang bertugas.
"Ain.." Aqil memanggilku. Ibu dan Aishah menoleh ke arah Aqil. "Shahrul!....buat apa kamu datang? " Tanya Ayah Aishah. Mukanya membengis. Lalu Ibu Aishah mencelah. "Kamu dah puas buat Aishah macam ni? Kamu dah mainkan perasaan dia, Kamu sanggup tunjuk muka kamu lagi kat sini". Aku terkejut. "Shahrul? " Allah...Aku lupa. Nama penuh Aqil, Muhammad Shahrul Aqil. Inikah Ustaz Shahrul yang dimaksudkan oleh Aishah. Aku menangis. Rupanya ada salah faham diantara aku dan Aishah.
"Maafkan saya makcik" Aqil menunduk kepalanya. "Engkau pergi dari sini, aku tak nak tengok muka ko!.." Ibu Aishah mengangkat suaranya. Ayah Aishah segera memeluk isterinya untuk menenangkan keadaan. "Pergi la nak...." Pinta Ayah Aishah. Aqil berkeras tidak mahu pergi. Dia hanya berdiri di hujung katil. Aku berkata tanpa menoleh ke arah Aqil. "Aqil...tolong Ain...pergi dari sini....". " Ain.." Suara kecil keluar dari mulut Aqil. Dia keluar tanpa berkata apa.
"Assalamualaikum...." Pintu bilik dibuka.
Bersambung.........
No comments:
Post a Comment