ya ALLAH
aku hamba yang maha faqir
sentiasa mengharap
akan kekayaanMU
aku hamba yang maha lemah
sentiasa mengharap kepada bantuanMU
ya ALLAH
bagaimana ku ingin mengadu padaMU
sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dariMU
bagaimana ku ingin jelaskan segala urusanku
sedangkan segala-galanya dariMU
ya ALLAH
ya Tuhanku
Engkau TUHAN yang Maha Perkasa
yang menguasai isi alam semesta...
segala pujian hanyalah untukMU
rahmatilah diriku ini
Oh Tuhanku
alangkah dekatnya ENGKAU kepadaku
tetapi jauhnya aku daripadaMU
Oh Tuhanku
alangkah kasihnya ENGKAU kepadaku
tetapi sering ku lupa segala kurniaanMU
ENGKAU yang telah menjadikan diriku
aku hambaMU yang berada digenggamanMU
ku berlindung dari kejahatan
yang telah ku lakukan
hanyaMU TUHAN pengampun segala dosa
Kau Maha Pengasih...
*Lirik lagu ni menyentuh hati ain....(~_~)....*
SEMOGA HATI ITU SENTIASA TERSENTUH.....SEMOGA MATA ITU SENTIASA MENANGISI DUNIA..KERANA CINTAKAN YANG KEKAL ABADI....:)
ReplyDeleteinsyaALLAH.... ^_^
ReplyDelete