Pages

Saturday, September 28, 2013

DIA CUBA LINDUNGI SAYA

Assalamualaikum...

Boring wat thesis....arrrgghhh...(~_~)...berhenti jap nak update blog...tiba2 je teringat kenangan lalu...ingat lagi lepas tingkatan 4..ain pegi cari keje...bese la nak cari duet dan pengalaman jugak...cari punya cari...akhirnya dapat la keje kat sebuah kedai baju...tokey kedai ni cina tapi punya la baik...suka ketawakn ain....kenape ek?...huhuhu

macam2 berlaku....macam2 dugaan gak...macam2 pengaruh gak....yela mase tu ain kecik lagi..(kecik ke...)...ain pegi keje pakai baju kurung...erm...tapi sekali kot ain pakai baju t-shirt dan seluar track...yela pengaruh member gak..bler kiter nampak diorang pakai..kiter pun nak cuba...tapi..tapi...seseorang tegur ain...orang tu tak bape suke tengok ain pakai macam tu...ermmm sape orang tu?...orang tu kawan baik ain...thanks kat awak...(^_~) skang bler teserempak dengan dia...ain akan lari...huhuhu..entah ape2 je kan...(biarlah rahsia kenape ain lari bler jumpe dia...) 

.mase tu ain pakai baju t-shirt dan seluar track...bese la senja2 tak de sape yang datang kedai..so ain duduk2 la kat depan kedai ni....tibe2 datang la 2 orang lelaki ni...2 orang lelaki ni kawan kepada kakak yang keje kat tempat ain tu gak...sokmo gak diorang datang borak2 dengan kakak tu.....ok bebalik citer tadi...salah seorang daripada 2 lelaki ni melambai tangan kat ain..dia kata malam ni dia datang...ain pelik la..kenape?..sebab sebelum ni diorang tak becakap pun dengan..so ain buat tak kisah la...malam tu dia memang datang...yela kedai tutup pukul 10 malam...dia pun meluahkan perasaan dia kat kakak 2...dia kata dia suka dekat ain...erm...tapi kakak tu kata...ain ni tak suka orang macam dia...ain suka orang yang ada "agama"....memang nampak kakak tu cuba protect ain...

lepas tu ain tanya kakak tu...apa yang berlaku?...so kakak tu citer la...kawan dia tu tak baik orangnya..minum arak..dan macam2 la...kakak tu pesan..jangan dekat dengan orang tu....ermmm...kakak tu lebih protect ain daripada kawan ain sorang ni...kenape?...dia kata ain nampak baik..dan pendiam...alim pula tu...dia kata dia tengok pemakaian ain la...thanks to kakak tu..(^_~)

so lepas tu ain tak pakai dah baju dan seluar pegi keje..(^_~)erm...sekarang ain sedar..pakaian kiter menunjukkan sape kiter...yang paling penting bleh lindung kiter.....

best tak citer ain...entah ape2 kan..hehehe...ain bersyukur ain ada pengalaman keje kat kedai baju..ade gak kenangan pahit tapi bler diingatkan jadi tesenyum...

ok la tu je nak citer..nak sambung wat thesis ni...assalamualaikum...

Sunday, September 22, 2013

TAHI VS BUNGA

Assalamualaikum..

(~_~) air mata tertumpah jua...mudahnya ain menangis dengan hal2 macam tu..mungkin bagi sesetengah orang kata jangan pikir sangat..jangan layan sangat..ermm...ain tahu semua orang tak sempurna..so ain kena pendam dan wat tak tahu dengan hati yang sakit ni...ok...


Pesan saya pada awak...
(~_~) saya akan cuba jaga hati awak...awak kawan saya...
(~_~) saya cuba sehabis usaha saya untuk senyum kat awak...awak kawan saya...
(~_~) saya cuba tolong awak masa awk perlu pertolongan saya...awak kawan saya...
(~_~) saya cuba teman awak..bila kawan2 awak yang lain tak de..awak kawan saya...
(~_~) saya cuba..saya cuba...saya cuba....
sebab awak kawan saya....


(T_T)
pesan mak saya pada saya...
"biar la orang baling kita dengan taik...tapi kita balas orang tu dengan bunga..."


HIDUP ITU INDAH



Aku belajar diam daripada banyak bicara.
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan.
Aku belajar mengalah dari suatu keegoisan.
Aku belajar menangis dari kebahagiaan.
Aku belajar tegar dari kehilangan......

Hidup Adalah BELAJAR.......
Belajar Bersyukur Meski tak Cukup,
Belajar Ikhlas Meski Tak Rela,
Belajar Taat Meski Berat,
Belajar Memahami Meski Tak Sehati,
Belajar Sabar Meski Terbebani,
Belajar Setia Meski Tergoda,
Belajar Memberi Meski Tak Seberapa,
Belajar Mengasihi Meski Disakiti,
Belajar Tenang Meski Gelisah,
Belajar Percaya Meski Susah,

Belajar dan Terus Belajar...
Belajar sampai pada akhirnya Allah yang menyempurnakan..
Aamiin!!


Janganlah pernah menyerah....teruslah berjuang......
Hidup bukanlah satu tujuan..,melainkan perjalanan.....
Nikmatilah..........


Hidup adalah tantangan....Hadapilah....

Hidup adalah anugerah....Terimalah....

Hidup adalah pertandingan....Menangkanlah.....

Hidup adalah tugas.....Selesaikanlah.....

Hidup adalah cita cita....Capailah....

Hidup adalah misteri....Singkapkanlah....

Hidup adalah kesempatan....Ambilah....

Hidup adalah lagu....Nyanyikanlah....

Hidup adalah janji....Penuhilah....

Hidup adalah keindahan...Bersyukurlah....

Hidup adalah teka teki....Pecahkanlah....

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah CINTA...

Dan satu hal yang membuat kita dewasa adalah MASALAH...
Dunia diciptakan untuk sebuah MASALAH...
Hadapilah sejuta MASALAH apa bila MASALAH itu bisa memberi manfaat kepada kita dan banyak orang di sekitar kita.....
Akan tetapi HINDARI satu masalah apabila masalah itu akan memberi MUDHARAT kepada kita dan orang di sekitar kita...........


Kata Bijak Hari Ini
Bahagialah dengan apa yang engkau peroleh, menerima apa adanya pemberian Allah, tinggalkanlah mimpi yang tidak sesuai dengan yang engkau usahakan dan di luar kemampuan.

sumber sini

Friday, September 6, 2013

UBATILAH PENYAKIT LISANMU

Assalamualaikum....


Adakah kita pernah terfikir dan sedar kita bermulut celupar? Sedarkah kita apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan kita dipinggirkan kerana kita suka bercakap ‘lepas’? Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.


Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati. Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.


sumber sini

Thursday, September 5, 2013

BIAR TIDAK CANTIK TETAPI PUNYA AGAMA DALAM DIRI


Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).

Isteri : Ramai kan yang berniqab?

Suami : Kerana awak ada agama.

Isteri : Ramai kan yang ada agama?

Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.

Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak cantik…

Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya...



Wednesday, September 4, 2013

"UKHWAH ITU INDAH APABILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH"

Assalamualaikum...

----> Buat insan yang pernah MENYAKITI SAYA..
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang saya rasakan...

----->Buat insan yang pernah SAYA SAKITI...
Maafkanlah kekhilafan saya, saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan...

------>Khas buat SAHABAT-SAHABAT SAYA...(^_~)
Mungkin di antara kita memiliki banyak jurang perbezaan, tetapi ukhwah antara kita sangat indah.. 


~~~ Sem 7 dah kita....(^_~) suka duka...gaduh2....jeling2...ejek2...banyak lagi la kita tempuhi....kadang2 tak bertegur sapa...bila ingat2 je...rasa macam kelakar pun ada..tapi bila ain dok termenung...mesti ain akan rindu dengan kenangan2 kita semua2 tu..ye la semua akan buat haluan masing2 bila dah habis belajar nanti..ermm..mungkin ada antara kita bertemu kembali dan mungkin tak akan bertemu lagi...rasa sedih bila pikir semua2 tu sebab ain pasti sangat kenangan antara kita tak akan kembali..huhuhuhu ape2 pun cuba didik hati untuk terima sebuah perpisahan yang akan berlaku antara kita semua nanti....(~_~)


**Sikit kata-kata untuk awak semua yang bergelar sahabat saya...**
*~~* Ermm..kalau sem 7 nanti ain ada wat korang sakit hati..wat korang terasa  hati secara sedar atau tak sedar..sori ye...hehehe..mintak maaf awal2 dulu...ermm...pe lagi ye..ermm...ok semoga kita berjaya sama2....pe2 pun chaiyok3 untuk sem 7 ni... *~~*

ok tu je nak cakap kot...jumpa korang kat bumi usim nanti.... (9/9/2013)

"UKHWAH ITU INDAH APABILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH"

Tuesday, September 3, 2013

SOLAT DHUHA..JANGAN MALAS!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....

Entah tak tahu la ape kejadah ubat ni...ain jadi tak mengantok...padahal doktor dah pesan ubat yang dia bagi tu mengantok tapi cam mana boleh tak mengantok lak..tapi tak pe la..mata tak leh nak tutup..tibe2 tegerak hati nak citer pasal solat dhuha..ermmm....jujur sangat2 ain jarang wat solat dhuha..aishhh....pemalas3....

insyaALLAH cuba nak istiqomah...tapi susahnya la...pe2 pun nak cuba jugak..cuba nak tarbiah diri ni...tapi kenapa ek kiter rase malu bler nak wat sume2 ni..contohnya..solat dhuha la..malu kalau kawan kiter puji la ape la..aishhh...

pe2 pun jom start dari sekarang...esok wat solat dhuha...(^_^) tak boleh malas2.." nak tarbiah jangan manja.."...

ain copy paste je dari blog len..jom baca sama2 dan amalkan...(^_~)

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

    Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
      Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud).
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha
1. Niat


2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:



4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:




5.Berdoa


Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

sumber sini

Monday, September 2, 2013

Nur Ain (bahagian 21)

"Astaghfirullah...." Aku terus mengusap mukaku. Aku lihat jam menunjukkan pukul 6 pagi. Waktu subuh telah masuk. Aku terus menuju ke bilik air. Seusai solat aku terus membaca Al-Quran. Aku mulakan surah Al-fatihah dan seterusnya surah Al-baqarah. Sesekali aku menutup mataku. Mulutku bergerak-gerak membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Aku berhenti, mimpi tadi mengangguku. Aku cuba untuk menghilangkannya tetapi ingatan pada mimpi itu terus menerjah dalam ruang kepalaku. Al-Quran ku tutup kembali. Mataku memandang jam dinding. Baru pukul 7.... bisik hatiku. Aku berbaring semula.

"Assalamualaikum.." Suara yang seakan menangis. "Mak...." Aku menjerit. Aku peluk erat mak. "Mak..ain rindu mak..." Aku menangis. Mak juga turut menangis. Mak cium pipi dan dahiku. "Kenapa ain tak telefon mak ain masuk hospital..." Tanya Mak yang masih memeluk aku. Lantas aku berkata " Ain minta maaf mak..." "Tak pe..nasib baik ain tak da apa-apa..." Tangisan Mak semakin reda. Mak seorang yang cepat risau tentang anak-anaknya. "Siapa bawa mak? " Tanya Aku bingung. "Along kamulah..." Balas Mak. Aku mengangguk. Mungkin Ustaz Shahrul beritahu Abang tentang keadaanku. Tetapi bagaimana dia tahu abang aku? Hairan..

Masa berjalan dengan cepat. Rawatan demi rawatan. Aku rasa badanku tidak mampu menerima rawatan lagi. Aku selak setiap helaian album. Kenangan kembali berpaut. Aku rindu dengan telatah anak-anak muridku. Aku rindu dengan gelak ketawa Aishah. Aku rindu semuanya. Aku angkat album. Aku rapatkan ia didadaku. Keadaan aku yang masih bertekung. "Ain..jom makan..mak ada masak makanan kegemaran ain.."  Mak tersenyum melihat aku. " Baik mak..." Aku senyum kembali.

"Mak..ain minta maaf.." Aku mula berbicara. Nasi aku suap ke mulut perlahan. Aku tidak selera untuk makan tetapi untuk menjaga hati mak aku cuba juga untuk makan. "Kenapa ain nak minta maaf..ain tak buat salah apa-apa kat mak.." Mak angkat pinggan ke singki. "Ain tak dapat nak tolong mak masak..tak dapat nak kemas rumah dengan mak..nak basuh baju...nak gurau dengan mak...ain tak dapat nak jadi macam dulu..." Kata aku dengan perlahan. Mak diam. Aku lihat mak sudah selesai membasuh pinggan. Mak terus menuju kepadaku. Mata mak merah. "Mak bersyukur ain ada dengan mak...sudah cukup buat mak gembira..." Kata Mak. Aku lihat air mata mak keluar daripada mata tuanya. Sesekali juga dia menyapu air mata tatkala air mata itu jatuh dari tubir matanya.

Bersambung.....