Pages

Thursday, August 6, 2015

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

Assalamualaikum...

السلام عليكم

Encik Tunang sudah bertukar status kepada encik suami...(^_~) 30/5/2015 tarikh yang paling bermakna buat diri ain...gementar..teruja dan macam2 lagi perasaan yang ada...alhamdulillah semua perasaan tu menjadi satu iaitu bahagia...

orang kata kawen ni bukan penamat segalanya tetapi permulaan segalanya...sesuatu yang perlu diubah..bukan bermakna kita perlu jadi orang lain...tapi...nak cakap pun susah..ermmm...kena kawen dulu kot baru tau...hohohoho....

insyaALLAH ain cuba jadi isteri yang baik...solehah untuk encik suami <3 family yang baru lak agak janggal dan kekok nk biasakan diri dengan  orang...tapi ain cuba biasakan diri...mungkin ambil masa...sebab itulah ain..bukan seorang yang peramah ..huhuhu...

ok la...ape2 pun doakan ain ye..... 

salam alaikum.....








Monday, September 1, 2014

AWAK ENCIK T***** SAYA

Assalamualaikum..

Ok jam nak dekat 2 pagi, mata tak boleh lelap dan teringat dengan blog, nak tulis jap pasal si dia, esok dia start kerja dah, kerja sebagai seorang guru, comey je kan..hehehe......

Awak...

♥ kerja elok2..
♥Sabar dan tabah dalam mendidik anak murid...

Ok tu je kot nak tulis...

Jap3..sebulan dah awak..semoga dipermudahkan urusan kita..saya♥awak..

♥ainShah♥

Salam 'alaika awak..


Sunday, August 24, 2014

SENYUM SAMPAI KE TELINGA

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog, Sekarang ain kerja guru kafa, tak tahulah kerja guru kafa ni macam tak boleh dipisahkan dalam diri ain..huhuhu..tahun ni konvo tapi ain tak ada rezeki...rasa sedih sangat..ain tengok orang lain gembira menanti hari konvo...tapi ain masih disini...kebahagian demi kebahagian mereka kecapi...walau macam mana pun ain selalu motivasi diri ain..setiap apa yang Allah takdirkan untuk ain mesti ada hikmahnya..kalau rezeki ain tak ada kat sini mungkin ada ditempat lain...ain percaya dan yakin..kalau ain bersabar..Allah akan beri sesuatu pada ain sesuatu yang buat ain tersenyum sampai ke telinga.. (^_~)

Oklah salam 'alaikum...

Monday, June 9, 2014

HOOOREEEYYYY HABIS DAH....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...latihan industri@praktikal sudah pun selesai..tapi report final tak selesai lagi..nanti kena present....ain harap semuanya berjalan dengan lancar....(^_~) 

Pengakhiran sebuah cerita atau kisah praktikal ni sudah pun tamat...tapi ada satu perkara yang belum tamat lagi dan menjadi tanda tanya orang...insyaALLAH akan tamat jika perancangan yang telah dibuat sama dengan perancang terbaik..ALLAH (^_~)

Ok..tak tahu nak story apa lagi...ain berhenti kat sini...next time ain story lagi....

bye...

salam 'alaikum....


Monday, May 26, 2014

LEGA

Assalamulaikum..

*walaupun pahit kebenaran itu tetap akan jadi manis bila kita mula sedar hikmahnya*

Sunday, February 23, 2014

LATIHAN INDUSTRI

Assalamualaikum..

rindu ain tak?

hehehe....ain dah lama tak update blog..bukan malas tp masa tu takde..sekarang ain dah mula praktikal...pengalaman yang baru...memang menarik..sebelum ni ain memang dah ada pengalaman kerja tapi sebagai ustazah kafa..tapi sekarang memang cukup berbeza...suasana dan kerja yang berbeza...ain juga kena jadi orang yang berbeza..daripada tak peramah kepada yg peramah...(^_~)..

Alhamdulillah...cukup seminggu ain dah menjalani latihan industri@praktikal...esok bermulanya minggu ke2...nasihat ain pada kawan2 yang menjalani latihan industri...

~ ikhlas

~sabar

~kuatkan semangat

~senyum

~selalu berdoa

~yang paling penting..jaga hubungan kita dengan Allah...InsyaAllah...Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia....

Alhamdulillah juga...result sem7 dah pun keluar...syukur sangat2...sekarang..peperiksaan muet..mohon doa semoga ain lepas...

umur dah semakin meningkat...ramai yang tanya..tanya ape?..korang paham3 sendiri la ye..korang lak risau..ain ok je..ain mengikut setiap perangcangan yang ALLAH tetapkan untuk ain....sekarang fokus dulu untuk latihan industri....kita grad dl...baru fokus untuk perkara yang lain...baru best...(^_~)

ok la sampai sini dulu ain berceloteh...

bye....

salam 'alaikum....


Saturday, February 1, 2014

SENYUM

Assalamualaikum...

Sampai bila nak sedih dengan apa yang orang buat pada kita, kita punyalah sedih..menangis2 tapi orang yang buat kita sedih tu gembira....ain belajar untuk senyum ok?

Nasihat untuk diri sendiri:-

- cuba senyum walau apa pun terjadi...

- badmood macam mane pun senyum gak...

- jangan stress2 lagii...sbb kalau stress pun tak akan dapat ape2 pun...pe yg dapat tension je..

-menghargai orang lain....

tak susah pun nak senyum kan...senyum dapat pahala...hehehehe....

(^_~)

*berubahlah*



Saturday, January 25, 2014

PUTIH BERSIH

Assalamualaikum...

Mula-mula nak senyum dulu...(^_~)

blog tak boleh nak tutup...

sebab apa?

entahlah....

oklah, blog dah jadi baru....putih bersih.... comel tak?

hehehehe...

gambar yang tiada kaitan dengan entri...(^_~)

*blog dalam perubahan..sama macam ain....*

salam 'alaikum...

Sunday, January 19, 2014

HATI K.O

Assalamulaikum...

Hati? betul3 tak ok...tak tahu kenapa..dan tak mampu nak luahkan macam mana...(~_~) hanya berdiam diri je...itu lebih baik daripada berkata2.... 

okey lupakan citer pasal hati...huhuhuhu..tadi pergi shopping dengan mak..so jumpa satu kasut ni...comey..terpikat sangat....(^_~) so ain pun beli la...

comey tak? huhuhuhu

(^_~)


*beli kasut pun sebab kasut dah tak boleh nak pakai dah...*

 ok la tu je nak citer...

salam 'alaikum...

Thursday, January 16, 2014

MIMPI BURUK

Assalamualaikum..

Rasa nak sambung semula cerpen sebelum ni tapi macam malas pulak...hehehe...

ermmm...

sejak akhir-akhir ni asyik mimpi buruk...

mungkin tu satu petanda atau mainan tidur...

harap2 tiada apa2 yang berlaku...

tiba2 malam ni ain nak tanya...ain ni baik ke???

ain rasa ain tak baik...

---ok tu je nak cakap..bye...~

salam 'alaikum...


MUSIM KAHWIN

Assalamualaikum...

Now, musim orang kahwin... cemburu? ermm tak pun..mula2 tu memanglah tapi bila kita muhasabah diri kenapa ALLAH tentukan takdir kita seperti ni mesti ada sebab dan hikmahnya yang kita tak nampak sekarang tetapi akan nampak dikemudian hari....~sentiasa muhasabah diri~

Perubahan?

16 hari sudah berlalu, ain masih macam ni tiada perubahan, rasa nak buat perubahan sikit daripada sudut diri ain, hubungan ain dan manusia dan sudah semestinya hubungan ain dan MAHA PENCIPTA..umur semakin meningkat..sikit pun tak fikir tentang amalan yang nak dibawa kesana..hanya sibuk fikir hal dunia yang tiada kesudahannya...

Perasaan?

Ain kena ketepikan soal perasaan ain sebab ain tak nampak pun pengakhiran tu, ain sudah cuba lakukan sebaik mungkin, sekarang ain serah pada ALLAH dan sentiasa lakukan istikharah...semoga ALLAH tunjukan jalan yang betul dan pilihan yang tepat...


~sesiapa yang terbaca entry ain ni mohon doa untuk ain ye...~


Monday, December 30, 2013

JIWANG KARAT

Assalamualaikum...

Lama sudah ain tak update blog...
sejak akhir2nya ni terlalu sibuk...fikir thesis...
tapi alhamdulillah...thesis dah siap...
minggu depan nak exam..
jadual padat sangat..tak tahu la boleh hadapi ke tak..
ok..update blog ni pun sebab seseorang....(^_~)
  
****

ok abeh citer kat atas...ain nak citer apa yang berlaku kat facebook sekarang...ada yang kata ain ni jiwang la ape la...ain tak kisah pn orang nak cakap ape...sebab sampai bila2 pun kita tak akan dapat halang orang daripada behenti berkata3 ape2 tentang kita...so ain abaikan dan senyum..(^_^)


****

lagi beberapa hari lagi..ain akan tinggal bumi usim...tempat yang penuh kenangan pahit dan manis...memang terasa berat nak tinggal tetapi rasa tak sabar nak keluar untuk menjalani sebuah kehidupan lain...hehehehe...


****

Ok...pada yang terbaca entry ain ni...kepada yang masih ada rasa sakit hati dengan ain lagi...ain minta maaf sangat3...ain tak tahu lagi nak buat macam mana...macam cara2 ain sudah buat...layan dengan baik..tegur...senyum...tapi masih macam tu...ALLAH...hanya ALLAH yang tahu betapa ain rasa kesalahan ain tu tak layak dimaafkan..ain tak paksa untuk sesiapa maafkan ain...jika dengan layanan awk dengan ain macam tu buat awk lebih bahagia dan tenang...teruskan...hati awak lebih penting daripada hati ain...

****

Banyak lagi ain nak cerita...mungkin lain kali....

salam 'alaikum....



Thursday, November 21, 2013

ASSYAHID AHMAD AMMAR

Mata tepat memandang skrin laptop. Titisan air mula bergenang ditubir mata.

"Kenapa kau menangis?"

"Ahmad Ammar"

"Siapa?"

"Syahid yang tertangguh"

"Siapa? Kau kenal ke?"

"Aku tak kenal"  Imran bangun.

"Jadi?"

"Kehidupan beliau membuatkan aku bertanya kepada diri aku"

"Apa dia?" Soal Nizam kepada Imran.

"Sebelum Aku jawab soalan kau. Aku nak tanya. Berapakah umur kita sekarang?"

"Uit...kau ni, kalau aku 24 tahun. Kalau kau belum lagi sebab birthday kau belum sampai lagi"

"Erm...." Imran duduk semula. Kedua-dua tangannya tergenggam erat antara satu sama lain.

"Imran...."

"Ahmad Ammar....Usianya baru 20 tahun ketika bertemu denganNYA. Beliau mampu membuat penduduk bumi mengaguminya. Aku pasti beliau juga telah membuat penduduk langit menyanjunginya. Beliau menemuiNYA dalam keadaan dahinya berpeluh. Kau tahu apa maksudnya itu? "

"hmm..."

"Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah bersabda "Sesunguhnya seorang mukmin meninggal dengan dahi berpeluh." Kau faham hadis ni? Ini merupakan tanda-tanda khusnul khatimah."

"Allah.."

"24 tahun aku hidup. Adakah aku mampu membuat kedua-dua penduduk bumi dan langit mengagumi aku hatta memandang aku walaupun sekali?. Andai seusia ini aku pergi. Adakah aku mampu merangkul khusnul khatimah? Aku bertanya dalam diri. Sebenarnya apa yang aku kejar dalam hidup ini? "

(~_~) Allah....





Monday, November 11, 2013

SEPERTI INSAN BIASA AKU INGIN BAHAGIA

Oh Tuhan...

berikanlah aku kekuatan menempuhi dugaanMu...

aku percaya ada hikmahnya...

di setiap dugaan yang ku terima....


Andainya hatiku bersuara...

pastinya ia akan berkata...

cukuplah sayang....aku tidak berdaya...

mengharungi segala sengsara


Berapa kali harus aku temukan..

barulah kan ku sedar...

cintaku tidak layak untuk dirinya...

mengapa masih aku setia disisinya

tidak ku mengerti..tidak ku fahami..


Seperti insan biasa aku ingin bahagia...

menyintai dan dicintai tiada duanya...

andai terlampau permintaanku ini maaflah kasih...


Berapa kali aku harus terluka...

Barulah kan ku sedar...

cintaku tidak layak untuk dirinya....

mengapa masih aku setia disisinya...

tidak ku mengerti..tidak ku fahami..






~~~~ KAU DAN AKU ~~~~~

Kau & Aku

Terpahat sudah suratan kisah bahagia...

kau dan aku diikat cinta kurniaNYA....

kini bermula saat kita

kemudian ikatan suci mengharap redhaNYA...

gentar hati lafaz sakinah ku ungkap....

tanda dirimu sempurna ku miliki...

indah ikatan cinta yang telah terbina..

paksi mengharap cinta yang ESA..

pada kau ku cinta bawa bahagia...

saat kita sama rasa nimkat hadir cinta....

pada kau ku cinta...

ikat kasih mesra...

mengharap ikatan ini kekal selamanya...

aku perlukan mu...

kau harap pimpin ku..

doa hati kita kan utuh kemudi bahtera..

jiwa kosongku kau isikannya...

terima diriku untuk mengungkir sempurna...

akan ku baiki kesilapan yang lama...

dan mengukir aku dan kau sebuah cerita....


* ni lagu shauqi devotees untuk isterinya...tapi biler ain dengar je mesti ain menangis...semoga ALLAH kuatkan semangat ain untuk temui kebahagiaan....*


Sunday, November 10, 2013

HANCUR BERDERAI

Assalamualaikum...

kebanyakkan suatu perhubungan itu akan hancur disebabkan Facebook dan pelbagai lagi rangkaian sosial..masih tak percaya?...~~letih la cakap skema ni....ok la macam ni..ni semua daripada pengalaman ain....hampir semua rangkaian sosial ni boleh jadi fitnah....hmmmm

bukan takat fitnah tapi pergaduhan sampai boleh putus silaturahim...bahaya kan?...ermmm....ain tunggu masa untuk delete facebook ain dan blog ain.... dua mende ni menghancurkan hidup ain...

#ok ain janji pada diri ain...ain akan delete dua mende ni...fb dan blog ain selepas ain kawen nanti....huhuhuhu

kawen???...biler?.....tak tahu lagi...

nak tau?...

tanye kat yang ATAS...

(^_^)

bye....

salam "alaikum

Tuesday, October 22, 2013

SORRY...

Maaf...




GO AWAY FROM MY LIFE!!!

Assalamualaikum...

HIDUP SENTIASA MENYAKITKAN HATI ORANG..

SELALU BUAT ORANG TERASA..

TAK JAGA PERASAAN ORANG...

TAK LAYAK UNTUK BERKAWAN ATAU MENJADI PENEMAN SESIAPA...

SEMUANYA YANG KAT ATAS NI ADALAH AKU...

SO...GO AWAY FROM MY LIFE!!!!

SESIAPA YANG TAK NAK TERASA OR SAKIT HATI SEBAB AKU...TOLONG PERGI JAUH DARI AKU....

AKU BERUSAHA UNTUK BERUBAH...TAPI KADANG2 AKU TAK MAMPU...PLEASE!!!...JANGAN DEKATI AKU...

(T_T)

please....

Monday, October 21, 2013

SANDIWARA CINTA

Assalamualaikum...

Nak citer sikit ni..masa raya baru2 ni abg ain asyik nyanyi lagu ni...best gak dengar..(bukan sebab suara abg yang best tapi lirik yang disampaikan tu..^_~)...lagu ni ada gak terjadi pada ain suatu masa dahulu..so yang dulu tu telah menjadi kenangan...(bese la mase muda2 dulu...)..pe pun perasaan tu sakit sangat...erm..sekarang dia dah berubah...dia dah nak kawen pun..so nasihat untuk dia...jangan main2kan perasaan orang lagi..awak tak rasa perasaan dipermainkan tu sakit..saya tau awak tak pernah rasa perasaan sakit tu...saya tak nak doakan buruk2 pasal awak..semoga awak bahagia..(^_~)

kat bawah ni lirik lagunya...

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu



*pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati*

bye...

salam 'alaikum...