'Tetapi tiada siapa pernah mengatakan
ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling
cantik yang pernah ayah temui...'
--------------
“Nurse, boleh
saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara
dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat
membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum
meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya
berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat
kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia
bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya
dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika.
Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu
merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,
sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu
yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada
si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar
cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun
tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu
terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat
melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji
kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak
mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat
keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya
ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas
si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.
Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut
ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke
telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Si anak kaku..
**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk
anaknya....Begitu besar...Kalau anda rasa ianya perlu disebarkan &
bermanfaat untuk orang lain, silalah klik button SHARE yer...TQ**
CREDIT : Haslinda Ramlee
::copy&paste::
Friday, April 27, 2012
Wednesday, April 25, 2012
TERINGIN JE
Assalamulaikum...huhu...nak kate aku ni cantik xde la...aku tak cantik pun....(betul2 tak cantik...orang tengok pn orang tu akan termuntah...tak pecaye ke??....kalau tak pecaye ce tanye aku..kihkihkih...)...tapi aku nak sangat pakai dan memiliki....walaupun satu helai je kot n satu pic..hohohoho......(ok tak??..)..korang mesti nak tau ape mendenye kan???....ce tengok pic bawah ni.......^_^
::sekian dari saya::
![]() | ||
| huhuhu..tapi warna hitam la....^_^ |
![]() | |
| opppsss...ni bukan aku....sekadar gambar hiasan ^_^ |
![]() | |
| ni pun bukan aku gak...kihkihkih |
![]() |
| yg ni lagi la bukan aku... ^_^ |
![]() | |
| comey tak.....ade mcm aku x??... ^_^ |
![]() | |
| kihkihkih...ni pic selingan je....^_^ |
Tuesday, April 24, 2012
Monday, April 23, 2012
ASAMKU ASAMMU JUA
ASSALAMUALAIKUM....
::salah satu sebab aku tibai makan 1 bungkus sekaligus tu sebab aku badmud::
P/S: jangan tiru aku...asam tak baik untuk kesihatan..n otak kita..(betul ke)
Hampir sebulan dah aku batuk...(-_-)..tak sembuh3...banyak tul dosa aku..(yela orang kate kn sakit2 ni untuk kaffarah dosa..) aku tak boleh minum ais..buah2...dan sewaktu dengannya..eeeiiii...tak suka berpantang...hohohoho...hari ni aku dah teringin sangat2 nak makan asam kegemaran aku...aku tak boleh nak tahan tengok asam 2 dok melambai2 kat aku..(dooh je lambai 2...kihkihkih..)...akhirnya aku beli gak...3 bungkus rm5...(wow murahnye...) pas beli 2 aku tibai makan 1 bungkus...(ade gak kwn2 aku makan tapi aku lagi banyak kot...huhuhuhuh)....
| ni la asam yg aku suka...warna merah 2....suka sangat2...sedap...^_^ |
::salah satu sebab aku tibai makan 1 bungkus sekaligus tu sebab aku badmud::
P/S: jangan tiru aku...asam tak baik untuk kesihatan..n otak kita..(betul ke)
Friday, April 20, 2012
Rayuanku Pada-MU,,
Kelam kehidupan sia telah kulalui,berkawan kehinaan sifat menemani,mencoret fitrah kesucian iman dijiwa,dengan lakar hitam garis dosa,yang tiada mungkin pudar ditelan usia,semadi berkekalan kehujung nyawa....
Ya Allah,
Ku sedari perjalanan silam kealpaanku,tersingkir bersama racun noda,dari pandangan hukummu,dan kini kembali daku pada cahayamu,menyuluh kegelapan susur hayatku,membawa puisi doa keinsafan,menadah titisan rahmat keampunanmu,dengan lenangan air mata taubat berguguran,mohon penyucian kembali calar luka semalam...
Ya Allah,
kutitipkan kesyukuran perasaan,padamu mengejut diri ini dari khayalan,yang mengulik keindahan mimpi kebinasaan...
Ya Allah,
telah kau simpul hati ini,dengan tali hidayah kasihmu,abadikanya disisimu tanpa usir,bila mana hembusan nafasku,masih lagi terasa kehangatan,denyutan nadi tiada diperhentian...
kita sering mahukan hari yang CERAH..tetapi Allah lbih mgetahui,hakikatnya HUJAN perlu diturunkan.. kita sering inginkan KESERONOKAN..jauh sekali KESUSAHAN..tetapi ALLAH lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN..kita sering menginginkan KETENANGAN..hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN..tetapi manusia tidak dapat lari dari kesilapan..semua itu bukan suatu HUKUMAN..tetapi sebagai tanda KASIH DAN SAYANG ALLAH agar kita lebih BERIMAN...
Thursday, April 19, 2012
BATUK (-_-)
Assalamulaikum..
Dah 3 minggu aku batuk...tak sembuh2 lagi...(petanda aku nak pergi dulu ke...aku ade penyakit kronik....ish...)..itu je aku nak cakap...(-_-)
Dah 3 minggu aku batuk...tak sembuh2 lagi...(petanda aku nak pergi dulu ke...aku ade penyakit kronik....ish...)..itu je aku nak cakap...(-_-)
![]() |
| suka hijau..... |
Thursday, April 12, 2012
Sihat Vs Sakit
![]() | |
| suka hijau... ^_^ |
Assalamualaikum…tak tahu nape rase sayu je…hari ni tak bape
sehat…mungkin demam…batuk dah hampir
2 minggu…tak sembuh2 lg…(doakan la ain ye..^_^)...sekejap je ALLAH bagi pinjam
kesihatan yang baik untuk ain..tak
pe…ain terima…ain tau ni dugaan untuk ain…dan ada hikmah buat ain…tak tau nape bila ain
saket…ain nak orang2 yang ain sayang sentiasa dekat dengan ain…(manje kn ain
ni)…^_^..dan bila orang2 yang ain sayang menjauhi ain...ain tau itu pun satu hikmah....teringat kata2 ustaz ain..."setiap yang ALLAH jadikan bukan satu sia2...sumenye ada hikmah"..^_^...
::terima kasih pada yang ambil berat tentang ain..(walaupun tak de pn....kihkihkih)
Tuesday, April 10, 2012
Cinta Shirah (Part last)
"Ashraf...lupakanlah apa yang sudah berlaku.." kata ummi. Ummi tidak dapat menahan air matanya jatuh. Lantas Ashraf mengesat air mata ibunya. "Ummi...kalau ummi suruh Ashraf lupakan..Ashraf minta maaf..Ashraf tak dapat nak lupakan...maafkan Ashraf.." Ashraf memeluk ibunya.
Ashraf begitu segak dengan pakaian baju melayu dan bertanjak dikepala. Sekali lagi air mata Ashraf tercurah lagi, kenangan datang kembali, kenangan ketika dia melafazkan akad nikah. "Aku terima nikahnya nur shahirah binti musa dengan mas kahwinnya rm22.50 tunai".
Menerima seseorang untuk menjadi teman seumur hidupnya, teman tempat berbual tentang suka dan duka, semuanya akan dikongsi bersama-sama, dia adalah seorang isteri dan juga bakal seorang ibu kepada anak-anaknya. Lamunan Ashraf terhenti, air matanya dikesat dengan tangan.
"Handsome anak ummi..terima kasih Ashraf sebab sudi setuju" kata ibunya. Ibunya sungguh gembira. Ashraf tersenyum. Aku dan Ashraf solat jemaah bersama-sama. Selepas Ashraf membaca doa. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ashraf lalu aku mencium tangannya dan Ashraf mencium dahiku.
"Ermmm abang...kalau sayang dah tiada nanti..abang nak kahwin lagi ke?. tanya aku. "Ish..sayang cakap apa ni..?" wajah Ashraf berubah. "Shirah tanya je.." balas Aku dengan menunduk kepalaku. "Ermm...sayang bagi ke abang kahwin lagi?" tanya Ashraf. "Bagi..." jawabku dengan meletakkan kepalaku diatas ribanya. "Sayang...walaupun sayang beri abang kahwin lagi...abang tak nak....sayang adalah orang yang pertama dan juga yang terakhir....tiada yang kedua dan juga ketiga...jika takdir sayang pergi dahulu sebelum abang...tunggu abang di syurganya..okey? balas Ashraf sambil mengusap kepalaku.
Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. "Terima kasih abang..." jawabku sambil memandang wajah Ashraf. " Sama-sama sayang..sayang..jom mengaji..sayang pergi ambil wuduk dulu ye.." pinta Ashraf. "Baiklah abang.." aku tersenyum sambil aku membuka telekungku dan menuju ke bilik air. Majlis akah nikah pada pagi itu berjalan dengan lancar, hanya sekali lafaz sahaja si perempuan telah sah menjadi milik sepenuhnya kepada insan yang bergelar suami.
"Abi!......" jerit si tubuh kecil itu, begitu comel dengan berbaju kurung hijau dan bertudung hitam." "Abi...ibu mana? tanya zahrah. "Ibu?..." Ashraf cuba mencari-cari isterinya dengan matanya. "Itu ibu..." balas Ashraf kepada anaknya Zahrah. Zahrah tersenyum Sudah 4 tahun berlalu, umur anaknya sudah mencecah 4 tahun, Ashraf tidak akan pernah lupa pada peristiwa itu, peristiwa itu seakan baru lagi bagi Ashraf walaupun sudah 2 tahun ia berlalu.
"Comel anak abi.. " kata Ashraf sambil membetulkan telekung puterinya Zahrah. "Zahrah je comel..?" Aku datang menghampiri mereka. Zahrah duduk diatas ribaku.
"Sayang tak comel tapi cantik...cantik sangat..." balas Ashraf tersenyum. "Terima kasih abang sebab sudi terima shirah sebagai isteri abang" kata aku tepat memandang wajahnya. "Sepatutnya abang yang ucap terima kasih pada sayang..sebab sudi terima abang sebagai suami dan memberi abang seorang anak yang sangat comel....terima kasih ye sayang.." kata Ashraf. "Sama-sama abang..".
"Encik Ashraf, isteri encik masih hidup lagi, ini satu keajaiban, kami mendapati penyakit isteri encik Ashraf sudah tiada, subhanaALLAH...maafkan saya..saya tak dapat nak habiskan kata-kata saya tadi sebab encik Ashraf tanya dimana anak encik Ashraf. " kata Doktor.
Lantas Ashraf berdiri. Dia terkejut. "Isteri saya dimana sekarang?." tanya Ashraf. Ashraf mencium dahiku. "Alhamdulillah..." ucap Ashraf.
"Abi...ibu...bila kita nak solat ni...?" tanya Zahrah kepadaku dan Ashraf. Aku dan Ashraf ketawa. "sekarang..." jawab Ashraf sambil mencubit pipi Zahrah, Fatimah Azzahrah.
"Abang..jangan lupa lepas solat doakan sekali untuk pengantin baru kita, adik abang..Fahri dan Alissa" pintaku kepada Ashraf. "Sudah semestinya sayang..abang sudah maafkan dia..dia tetap adik abang" senyum Ashraf.
-TAMAT- ^_^

ØÙˆØ§Ù†ÙŠ ( hawaku )
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah, lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga harum, aromamu boleh menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang, lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar. Dari kejauhan sudah tercium akan keharumannya. Serta kilauan warnanya yang memancar indah.
Mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkari itu boleh juga membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Aku suka sekiranya kau seperti mawar. Yang tercermin pada setiap diri mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu. Yang bertiangkan rasa keimanan. Dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhu. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang tampak. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu tempat yang tertutup.
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terlihat. Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam..
Setiap langkah dan tindakanmu, hendaklah bermanhajkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah. Yang mampu menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah setiap insani. Namun banyak diantara kamu yang terbutakan kerana cinta. Bercinta itu tidak salah. Tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta buta manusia sanggup menjual agama. Dan kerana cinta buta, tergadai harga dirimu. cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil. Apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga, lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap-Nya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu, Allah.
Monday, April 9, 2012
insan yang ku sayang
Pagi yang terlalu indah..aku panjatkan kesyukuran pada ilahi kerana masih memberi pinjam nyawa untuk aku terus hidup dibumi yang sementara ini..aku terlalu bersyukur kerana dapat lagi melihat wajah insan-insan yang aku sayangi. Hidup aku tidak akan bermakna jika mereka dalam kesakitan. Senyuman aku tidak akan manis sekiranya mereka dalam kesusahan. Jika diberi pilihan aku mahu kesakitan dan kesusahan yang mereka alami dipindahkan kepadaku. ya ALLAH berilah kesihatan yang baik kepada mereka dan lidungilah mereka dari segala bentuk kejahatan...ya ALLAH aku sangat menyayangi mereka...aku sayang mereka keranaMU ya ALLAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)