Pages

Sunday, December 9, 2012

KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya
 
tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

Saturday, December 8, 2012

ANAK YATIM

Tafsir al Qurtubi, Dari Abi Said al Khudri
قال رسول الله صل الله عليه وسلام

Di masa aku, diIsraqkan, ku lihat sekelompok kaum, bibirnya seperti bibir unta dan ada orang yang ditugaskan membukanya lalu memasukkan batu-batu panas dari neraka ke mulutnya hingga keluar dari duburnya. Aku bertanya “Ya Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab “Itulah orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya.


Assalamualaikum...

Kami tak minta duit itu...

tetapi cukup datang pada kami mohon kemaafan..

kami sayangkan kamu...

kami tak nak hal ini dibawa ke akhirat nanti..

kami tak nak hal ni kamu akan dipersoalkan...

(~_~)

kamu tak sedar lagi apa yang telah berlaku dengan kehidupanmu sekarang..

kamu tak pernah terfikir nak muhasabah walaupun seketika...?

kami kesian apa yang telah berlaku dalam hidupmu...

keluargamu..

tetapi pernahkah kamu kesian dengan kehidupan kami dahulu?..

ALLAH MAHA ADIL...

ketika kamu berkata tentang keluarga kami...

kami hanya berdiam diri...

menangis dalam hati...

kami tahu kamu tak akan selamanya berada di atas..

kami tahu kamu juga akan di uji...

kami hanya bersabar...

terus bersabar...

dan lihat apa yang telah berlaku kepada kamu sekarang?

#kami tunggu kamu datang minta maaf...jangan tunggu saat akhir...jangan tunggu apabila salah seorang daripada kami telah pergi...bagaimana kamu nak mintak maaf?#

(jangan permainkan anak yatim itu)

 

 

 

Nur Ain (Bahagian 15)

"Aishah..." perlahan aku berkata sambil menutup semula pintu kereta. "Ain buat apa kat rumah Ustaz Shahrul? " Tanya Aishah hairan. Aku memandang Ustaz Shahrul. Ustaz hanya tersenyum. Ish kenapa senyum? tolonglah aku jawab soalan Aishah tu. Aku menggurutu dalam hati. "Ain dengan Ustaz Shahrul ada apa-apa ke? Tanya Aishah lagi. "Ain..." Aku nak bagi tahu apa pada Aishah ni. "Assalamualaikum..." Satu suara menerjah daripada arah belakang. Aku lihat Ibu dan Ayah Aishah sedang menuju ke arah kami. "Waalaikummussalam.." Serentak kami menjawabnya.  "Nur Ain pun ada " Kata Ibu Aishah. " Ya ibu..." Aku menghulurkan tanganku. Kami bersalaman. Pipi kami berlaga. Aku sudah terbiasa dengan memanggil Ibu Aishah dengan panggilan Ibu. Teringat zaman sekolah dulu,  petang itu, aku membuat kerja sekolah dirumah Aishah. Sedang kami begitu tekun membuat kerja sekolah di ruang tamu, Ibu Aishah datang membawa kuih seri muka dan air teh. "Ain...makanlah ya.." Ibu Aishah menghulurkan sepotong kuih kepadaku, "Terima kasih bu....eh..." Aku memandang Ibu Aishah. " Maafkan ain makcik, ain..." Tidak sempat aku menghabiskan kata Ibu Aishah terus memelukku. "Tak apa ain...ain boleh panggil makcik dengan panggilan Ibu..." Ibu Aishah senyum. "Kita jadi adik-beradik...Aishah suka.." Kata Aishah juga memelukku. "Kalau macam tu panggil pakcik Ayah..boleh Nur Ain.." Ayah Aishah duduk berhadapan dengan kami. Kami ketawa. "Nur Ain.." panggil Ayah Aishah. "Ya Ayah.." Aku tersenyum. "Dah lama tak jumpa anak ayah ni..." Kata Ayah Aishah. Betul kata ayah Aishah, aku sudah lama tidak bertemu dengannya. Rindu aku padanya mengingatkan aku pada ayahku. "Eh...Silalah masuk.." Pinta Kakak Ustaz Shahrul. Kami masuk semula ke dalam rumah. "Ayah dan mak kamu berdua ada di rumah? " Tanya Ayah Aishah. "Abi dan Ummi tak ada, pergi kenduri kat kampung" Balas Kakak Ustaz Shahrul. "Tapi ada apa ya? nanti saya sampaikan pada abi dan ummi.." Kata kakak Ustaz Shahrul lagi. "Begini..." Ayah Aishah memandang ke arah Ustaz Shahrul. Aku lihat wajah ayah Aishah begitu serius. "Begini ceritanya, seorang lelaki telah memasuk minang Aishah dan mereka pun telah bertunang, tak lama lagi mereka berdua akan berkahwin tetapi kami tak sangka bakal menantu kami tu telah memutuskan tali pertunangan, sebabnya mereka memutuskannya tak perlu kami beritahu kamu, kami tidak dapat berbuat apa-apa dan menerima dengan hati yang redha. " Ayah mengambil sapu tangan dalam poketnya. Aku lihat titisan jernih jatuh daripada mata  ayah Aishah. Itulah kali pertama aku lihat ayah Aishah menangis. Aishah memandangku. Kami saling berpandangan. "Kad jemputan telah diedarkan, jika kami batalkan majlis ini, kami akan menanggung rasa malu yang teramat sangat." Ayah Aishah menyambung lagi. "Aishah ada bagi tahu kami, ada seorang ustaz yang bernama Shahrul di sekolahnya, nama Shahrul sama dengan nama bekas tunangnya Muhammad Shahrul." Ayah Aishah memandang Ustaz Sahhrul lalu memandang Aishah. Aishah pun mengangguk sebagai isyarat bahawa di hadapan ayahnya itu adalah Ustaz Sharul yang dimaksudkan itu. "Kami mahu meminang Ustaz Shahrul  untuk Aishah. " Kata ayah Aishah sambil memandang Ustaz Shahrul.

Bersambung......

Wednesday, December 5, 2012

TIDAK KU SANGKA

Assalamualaikum..

Tak sangka ada gak yang ziarah dan baca post2 ain dalam blog ain ni..terutama citer "Nur Ain" Waaahhhh....best ke citer 2? hehehhehe...yela...sampai suh ain sambungkan lagi citer 2...rasenye citer ain 2 xbest dan ayat pun beterabur je...bila ain baca pun nak tegelak...ni kan lak korang yang baca...hohohooh...mesti pecah perot korang sebab tegelak..(^_^)..ain akan sambung citer 2 macam citer yang ain wat sblom ni citer "CINTA SHIRAH" citer ni lagi entah ape3...semalam ain dah edit dan gabung terus dari  part 1 sampai part last citer CINTA SHIRAH ni jadi CINTA SHIRAH FULL...opppsss semlam bila edit2 je tertinggal satu part...tapi tak pe ain dah edit semula..ok skang dah lengkap citer 2...best ke citer 2?...komen cket?...(memang xde orang nk komen pn...saje2 je suh komen...ahaks...)

Tak sangka gak tadi bas tak berhenti...sakit hati sangat2...sampai nak boikot driver bas 2..tapi bila tengok je pakcik 2 tak sampai hati lak..hehehhe....(^_^)...

Tak sangka gak tadi jawab midterm pakai tibai je..huhuhuhu...midterm tarannum yang entah tak tahu la hasilnya dapat bape....baca pun men2...jawab pn men2 la...hohoohho...ain2....pe nak jadi ngan awak sem ni..(~_~)..sedar la..bangkit la....

#banyak mende tak sangka#


Tuesday, December 4, 2012

Cinta Shirah (full)

"Ibu...Shirah tak nak...ibu tolaklah...please ibu.." pinta aku. Aku lihat muka ibu. Ibu semacam kesal dengan keputusanku. Ibu bangkit daripada kerusinya dan terus ke dapur. Tiada kata walaupun sepatah keluar daripada mulut ibu.
     Hatiku berkata adakah keputusan aku ini betul ataupun tidak. Ashraf terlalu baik, seorang mahasiswa yang cemerlang di UIA, setiap semester dia merangkul anugerah dekan, dia juga seorang aktif dalam program berkaitan dengan agama, sentiasa menjaga pergaulannya dengan akhwat di kampus. Berbanding dengan aku, seperti langit dan bumi.Tidak layak sama sekali  Aku bukanlah baik sangat, kadang-kadang sahaja pergi ke program agama, itupun tengok pada tajuk proram itu, kalau menarik aku pergi, kalau tidak aku lebih suka duduk didalam bilik layan facebook dan blog.
    "Ashraf!!..tunggu....buku awak" aku berkata dengan tercungap keletihan. Aku hampir terjatuh akibat mengejarnya. Buku Ashraf tertinggal di maktabah. Aku kira semacam diari kerana aku lihat Ashraf sentiasa membawanya kesana kemari. "Terima kasih.." jawab Ashraf. Dia tidak senyum sama sekali. Aku menggurutu dalam hati " ceh..terima kasih je....tak senyum lak tu..hmmm".
    Ashraf mencium dahiku. Ungkapan yang pertama yang menggentar hatiku. "abang dah jumpa bidadari abang, inilah bidadari abang...Nur Shahirah binti Musa" dia berkata sambil tersenyum lalu dia cium dahiku sekali lagi. Itu adalah senyuman pertamanya yang aku lihat. Manis.
     Perkahwinan kami sudah hampir 2 tahun. Sehingga sekarang kami tidak dikurniakan zuriat lagi, Aku semakin risau. Aku lihat Ashraf biasa sahaja. Dia sentiasa memujukku supaya bersabar. Aku teringat akan kisah Nabi Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya. Adakah aku perlu menjadi seperti Siti sarah. mencadangkan suamiku berkahwin lagi.   
     Di tengah malam, air mata aku tidak henti mengalir tatkala aku meluahkan perasaanku padaNYA. Selepas aku berkahwin, Ashraf mendidik aku supaya bangun malam, menunaikan solat-solat sunat, kata ashraf malam seperti ini sesuai dan selesa jika mahu mengadu perasaan kita padaNYA, selalunya aku akan bangun menunaikan solat sunat bersama Ashraf, tetapi aku lihat Ashraf agak keletihan, tidurnya lena sekali, tidak sampai hati aku untuk mengejutkannya. Ashraf seorang uztaz di sebuah sekolah rendah. Letih melayan karenah anak-anak muridnya. Ashraf sentiasa menceritakan gelagat anak muridnya, ada yang manja dan ada yang nakal. Mungkin anak-anak muridnya dapat mengubati hatinya. Tetapi aku fikir anak-anak muridnya tidak akan sama dengan anak sendiri. Air mataku semakin banyak keluar. Badanku terhenjut-henjut menahan tangisku. Aku takut Ashraf mendengar akan tangisanku. 
    Semakin hari, aku tiada selera makan, berat aku menurun mendadak, tekakku sentiasa rasa loya. Ashraf risau akan kesihatanku. Lalu dia membawa aku ke klinik. Aku berasa sungguh lemah, aku sandarkan kepalaku ke bahu Ashraf. Ahsraf meramas-ramas tanganku. Selesa.  "Puan Nur Shahirah binti musa.." namaku dipanggil. Aku berdiri. Ashraf memimpinku masuk ke ruang bilik doktor. Sampai ke pintu bilik doktor, aku pinta pada Ashraf supaya tunggu di luar sahaja. Pada mulanya Ashraf tidak mahu tetapi akhirnya dia akur setelah aku memujuknya.
    "Tahniah Puan nur shahirah...anda hamil.." kata doktor. Aku seakan tidak percaya. "Betul ke doktor?..." tanya aku untuk lebih kepastian. "Betul Puan...tapi...." raut wajah doktor bertukar muram. Aku keluar dari bilik doktor. Aku lihat Ashraf menuju kepadaku. Aku tersenyum. "Shirah hamil.." kata aku. Ashraf terus melakukan sujud syukur. 


********************

Sejak Ashraf mengetahui kehamilanku, Ashraf tidak membenarkan aku melakukan kerja-kerja rumah. Hatta masak sekalipun. Setiap keinginanku dipenuhi oleh Ashraf.    Pernah sekali aku meminta buah durian yang datang dari sarawak. Puas Ashraf mencari kesana kemari, tetapi dia tidak menemuinya, akhirnya aku merajuk, aku mengurung diri di dalam bilik, aku menangis seperti anak kecil, puas Ashraf memujukku. Akhirnya aku tertidur.
     Di tengah malam aku terjaga daripada tidur. Aku lihat di atas meja solekku ade sehelai kertas. Hatiku risau. Baru aku teringat  aku merajuk gara-gara Ashraf tidak dapat menemui buah durian itu. Aku belum membacanya lagi tapi aku sudah menangis, aku kira Ashraf telah meninggalku kerana perangai aku. Lalu surat itu jatuh daripada tanganku. "Sayang abang...abang minta maaf..abang dah jumpa durian tu..abang gurau je...". Aku segera kesat air mataku dan terus menuju ke dapur. Aku lihat Ashraf sedang berusaha membuka buah durian itu. Ashraf tidak menyedari kehadiranku. Lalu aku terus memeluknya. "Abang...sayang minta maaf" kata aku sambil membenamkan mukaku ke dada Ashraf. "eh...sayang abang kenapa menangis? dah dapat durian pun menangis juga.." kata Ashraf sambil menahan tawanya. "shirah ingat abang nak tinggalkan shirah..shirah minta maaf...lepas ni shirah tak buat lagi...shirah tak akan merajuk lagi..." balasku. Tangisanku semakin kuat. "Sayang..abang tak akan pernah tinggalkan sayang..sudah ye sayang...jangan menangis lagi...jom kita makan durian..dari sarawak ni tau" jawab Ashraf sambil mengesat air mataku.
    Kandunganku sudah genap 8 bulan, aku lihat Ashraf begitu gembira untuk menyambut kelahiran anak kami. Pada suatu hari, Ashraf baru pulang dari kerja, aku lihat Ashraf membawa bungkusan plastik yang penuh dengan permainan. Aku tersenyum. "Sayang...abang beli permainan untuk anak kita..." kata Ashraf sambil mengeluarkan permainan daripada plastik, Aku masih lagi berdiri didepan pintu. Ketika aku berjalan menuju ke Ashraf, tiba-tiba keadaan menjadi gelap lalu aku rebah.

********************

Sayang..abang sayang sangat-sangat sayang..kenapa sayang buat macam ni pada abang.." kata Ashraf. Ashraf tidak henti menangis. Berkali-kali mencium tanganku.  Aku tidak pernah melihat Ashraf menangis begitu sekali.     Aku tahan air mataku daripada keluar. Aku tidak mahu Ashraf semakin kuat menangis jika melihat aku juga menangis. Aku gagahi untuk bercakap. " Abang...sayang pun sayangkan abang..sayang sangat-sangat..abanglah suami yang paling baik dan soleh..sayang mintak maaf...tiada niat sayang untuk melukakan hati abang..sayang nak abang happy..sayang nak lengkapkan hidup abang dengan memberikan abang zuriat....abang..." aku berkata sambil tersenyum.
     Ashraf mencelah. "Sayang...kehadiran sayang dah pun melengkapi hidup abang...kan abang pernah cakap pada sayang dulu..". Ashraf menangis lagi.
     Aku berkata sambil menyapu air mata dipipinya."Abang...sayang minta maaf...". Aku masih menahan air mataku.
     Azan subuh berkumandang.
   "Ain..awak tau tak siapa yang azan subuh pagi tadi?.." tanya aku pada Ain. Ain adalah kawan baikku. Kemana aku pergi mesti ada dia. Orang kata seperti kembar tetapi tidak serupa. "Eh...tak kan awak tak tau,  tak tengok ke jadual di musollah..?" jawab Ain bersahaja. Aku membalas. " Saya tak perasaan pulak..ada jadual ke?. Aku menggaru kepala yang tidak gatal menandakan aku betul tidak mengetahuinya. Ain terus ketawa. "Punyalah besar jadual tu, awak boleh tak perasan?..". Ain berkata lagi. " Kalau tak silap saya, Ashraf, kalau jadual tak tukarlah..Ashraf...tapi saya yakin Ashraf..memang dia sebab saya kenal suara dia". Sejak aku mngetahui Ashraf yang melaunkan azan subuh, sebelum subuh aku sudah pun bangun, bersiap-siap untuk pergi ke musollah solat berjemaah. Ain terkejut akan berubahanku kerana aku bukanlah kaki musollah. Kalau pergi pun solat maghrib dan isyak sahaja. Pernah aku ditanya oleh Ain akan perubahan aku ini. Jawapanku adalah aku mahu solat bersama Ashraf bakal imamku. Aku berkata sambil ketawa. Aku sekadar bergurau. Aku tidak sedar apa yang aku katakan. Ternyata gurauanku adalah benar.
     "Sayang...sayang...sayang..." Ashraf memanggilku. Aku tersentak. Kenangan dahulu lenyap." Ye abang " jawabku.  "Sayang...abang pergi solat dulu ye..nanti abang bawakan air untuk sayang berwuduk ye..." Ashraf mencium dahiku. Aku hanya tersenyum. Dia tidak menangis lagi. Aku tahu Ashraf akan menyambung tangisannya dihadapan ALLAH. Ashraf pernah berkata padaku bahawa sebaik-baik tempat mengadu adalah DIA, DIA sahaja yang mampu menenangkan diri kita. Sebaik sahaja Ashraf melangkah keluar,  aku melepaskan air mataku. Aku menangis sepuasnya.

*********************

 "Maaf, Encik Ashraf tunggu di luar ye.." kata salah seorang nurse. Ashraf segera membalas "tapi nurse...dia isteri saya". "Ye..saya tau...saya harap Encik dapat beri kerjasama...kami akan lakukan yang terbaik...Encik banyakkan berdoa ye.." jawab nurse terburu-buru.
    Ashraf hanya mengangguk dan berundur beberapa langkah dari pintu wad kecemasan itu. Pintu ditutup.
    Ashraf menangis dan terus berlari ke surau. Dia membuka pintu surau dengan perlahan. Dilihatnya hanya seorang lelaki tua yang berada di dalam surau itu. Lelaki tua itu hanya duduk mengadap kiblat sambil berzikir. Suaranya lembut ketika mengalunkan zikir. Sungguh merdu.
    Ashraf menyapu air matanya. Dia tidak mahu lelaki tua itu mengetahui dia menangis. Ketika Ashraf mengambil wuduk. Ashraf berusaha menahan air matanya tetapi dia tidak berdaya, akhirnya dia melepaskan tangisnya.
    Ashraf membentangkan tikar sejadah. Dia melakukan solat hajat. Dalam sujud terakhir, Ashraf meluahkan segalanya. Dia menangis lagi. Badannya terhenjut-henjut kerana tangisnya. Ashraf lama dalam sujudnya.
    Ashraf memberi salam yang pertama. "Encik Ashraf!" panggil nurse. Mukanya pucat. Ashraf menoleh "Ye saya...". "Isteri Encik......aahh..Encik jumpalah dengan doktor...tadi doktor cari Encik.." jawab nurse itu.
    Ashraf berlari menuju ke ruangan doktor. " Doktor.. bagaimana dengan isteri saya?..." Ashraf berkata sebaik sahaja dia membuka pintu. "Encik Ashraf...kami minta maaf..." balas doktor.

***********************

   "Abang..boleh tak abang janji dengan sayang?" Aku berkata dengan lembut. Lalu aku meramas tangannya. Aku letakkan kepalaku ke dadanya.
   "Janji apa sayang?" Ashraf agak terkejut. Aku mengangkat kepalaku. Aku senyum lalu mencium tangannya. "Janji dengan sayang..bila sayang dah tiada nanti...." Aku tidak sempat menghabis kata-kataku, Ashraf memelukku. "Sayang...kenapa sayang cakap macam tu..abang sayang sangat sayang".
    Aku leraikan pelukkannya. "Abang...janji dengan sayang...abang akan didik anak kita menjadi anak yang solehah ye..". "Kita sama-sama didik anak kita nanti ye...solehah macam ummi dia" Ashraf mencubit pipiku. Aku tersenyum lalu meletak semula kepalaku kedadanya.
    Ashraf terduduk. "Mana anak saya?" kata Ashraf. "Anak Encik Ashraf ada diruangan bayi, mari ikut saya" balas doktor.
  "Sayang buat apa tu?" Ashraf memelukku daripada belakang. "Shirah baca buku ni.." kata aku sambil menunjukkan cover hadapan buku.
    Ashraf melepaskan pelukkanya lalu duduk disisiku. "Oh..buku nama-nama si comel, sayang nak bagi nama apa anak kita nanti?" Tanya Ashraf sambil mengusap perutku. "Fatimah Azzahrah..boleh tak abang?. Tanyaku. "Boleh sayang..." Ashraf mencium pipiku. "Terima kasih abang" aku memeluk Ashraf.
    Ashraf memulas tombol pintu, langkahannya terhenti, dia mengangkat si kecil lalu melaungkan azan ditelinga si kecik itu. "Fatimah Azzahrah..anak abi yang abi sayang......" Ashraf tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Dia terdengar suara memanggilnya. Dia begitu kenal suara itu. Lalu dia menoleh.
*********************

"Ummi!...." Ashraf terus memeluk ibunya. "Ummi...shirah ummi....shirah...." air mata Ashraf keluar begitu deras sekali.
 "Ye..ummi tahu..Ashraf kene redha...." balas ibu Ashraf. Ibunya juga turut menangis.
 "Kenapa dia buat Ashraf mcam ni ummi, Ashraf rela ambil anak angkat daripada kehilangan dia..macam mana Ashraf nak hidup tanpa dia ummi..dia semangat Ashraf ummi.." Ashraf terduduk memeluk kaki ibunya.
 Ibunya terus mengambil si kecil daripada pangkuan Ashraf. "Ashraf, tiada yang lebih indah daripada seorang ibu ialah mengandung dan melahirkan zuriat buat suaminya..dan inilah yang dilakukan Shahirah " Ibunya mencium dahi si kecil itu. Ibunya menyambung lagi " Ashraf tak kehilangan Shahirah, Shahirah ada dengan anak Ashraf, Ashraf tengok anak Ashraf ni, serupa dengan ibunya, matanya, hidungnya".
"Abang...nanti shirah nak anak shirah nanti panggil shirah ibu..rasa macam manja je..boleh tak abang?" tanyaku.
 Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Ashraf. Ashraf hanya memandang tepat pada skrin laptopnya, jari jemarinya lincah menekan keyboard laptopnya. Aku berdiri dan terus melangkah pergi.
 "Sayang..." panggil Ashraf lembut daripada arah belakang sambil merapat kepalanya dengan kepalaku. Aku hanya diam. Ashraf bergerak dan lalu duduk disebelahku. "Sayang...maafkan abang ye...abang dengarlah sayang tanya apa tadi..". "Ye lah tu..kalau abang dengar...apa soalan shirah tadi..?" Balas Aku dengan nada merajuk. Aku langsung tidak memandang muka Ashraf. Ashraf gelak. "Soalan sayang tadi..nanti sayang nak anak kita paggil sayang ibu kan". Aku mengangguk dan memandang tepat pada muka Ashraf. "Mestilah boleh sayang.." Ashraf ketawa lagi. "Kenapa abang ketawa?" Tanya Aku kehairanan. Ketawa Ashraf bertambah kuat lagi. "Tengok tu..." kata aku lagi. "Sebenarnya, abang suka tengok sayang merajuk, nampak comel terutama  mulut sayang...muncung je..." kata Ashraf sambil menyentuh mulut Aku dengan tangannya. "Abang....". Aku mencubit peha Ashraf."Tak sakit pun.." "Ha...tak sakit?...mari sini shirah cubit lagi..". balas Aku.

*************************
"Ashraf...lupakanlah apa yang sudah berlaku.." kata ummi. Ummi tidak dapat menahan air matanya jatuh. Lantas Ashraf mengesat air mata ibunya. "Ummi...kalau ummi suruh Ashraf lupakan..Ashraf minta maaf..Ashraf tak dapat nak lupakan...maafkan Ashraf.." Ashraf memeluk ibunya.
    Ashraf begitu segak dengan pakaian baju melayu dan bertanjak dikepala. Sekali lagi air mata Ashraf tercurah lagi, kenangan datang kembali, kenangan ketika dia melafazkan akad nikah. "Aku terima nikahnya nur shahirah binti musa dengan mas kahwinnya rm22.50 tunai".
    Menerima seseorang untuk menjadi teman seumur hidupnya, teman tempat berbual tentang suka dan duka, semuanya akan dikongsi bersama-sama, dia adalah seorang isteri dan juga bakal seorang ibu kepada anak-anaknya. Lamunan Ashraf terhenti, air matanya dikesat dengan tangan.
   "Handsome anak ummi..terima kasih Ashraf sebab sudi setuju" kata ibunya. Ibunya sungguh gembira. Ashraf tersenyum. Aku dan Ashraf solat jemaah bersama-sama. Selepas Ashraf membaca doa. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ashraf lalu aku mencium tangannya dan Ashraf mencium dahiku.
   "Ermmm  abang...kalau sayang dah tiada nanti..abang nak kahwin lagi ke?. tanya aku. "Ish..sayang cakap apa ni..?" wajah Ashraf berubah. "Shirah tanya je.." balas Aku dengan menunduk kepalaku. "Ermm...sayang bagi ke abang kahwin lagi?" tanya Ashraf. "Bagi..." jawabku dengan meletakkan kepalaku diatas ribanya. "Sayang...walaupun sayang beri abang kahwin lagi...abang tak nak....sayang adalah orang yang pertama dan juga yang terakhir....tiada yang kedua dan juga ketiga...jika takdir sayang pergi dahulu sebelum abang...tunggu abang di syurganya..okey? balas Ashraf sambil mengusap kepalaku.
    Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. "Terima kasih abang..." jawabku sambil memandang wajah Ashraf. " Sama-sama sayang..sayang..jom mengaji..sayang pergi ambil wuduk dulu ye.." pinta Ashraf. "Baiklah abang.." aku tersenyum sambil aku membuka telekungku dan menuju ke bilik air. Majlis akah nikah pada pagi itu berjalan dengan lancar, hanya sekali lafaz sahaja si perempuan telah sah menjadi milik sepenuhnya kepada insan yang bergelar suami.   
    "Abi!......" jerit si tubuh kecil itu, begitu comel dengan berbaju kurung hijau  dan bertudung hitam." "Abi...ibu mana? tanya zahrah. "Ibu?..." Ashraf cuba mencari-cari isterinya dengan matanya. "Itu ibu..." balas Ashraf kepada anaknya Zahrah. Zahrah tersenyum Sudah 4 tahun berlalu, umur anaknya sudah mencecah 4 tahun, Ashraf tidak akan pernah lupa pada peristiwa itu, peristiwa itu seakan baru lagi bagi Ashraf walaupun sudah 2 tahun ia berlalu.
     "Comel anak abi.. " kata Ashraf sambil membetulkan telekung puterinya Zahrah. "Zahrah je comel..?" Aku datang menghampiri mereka. Zahrah duduk diatas ribaku.
"Sayang tak comel tapi cantik...cantik sangat..." balas Ashraf  tersenyum. "Terima kasih abang sebab sudi terima shirah sebagai isteri abang" kata aku tepat memandang wajahnya. "Sepatutnya abang yang ucap terima kasih pada sayang..sebab sudi terima abang sebagai suami dan memberi abang seorang anak yang sangat comel....terima kasih ye sayang.." kata Ashraf. "Sama-sama abang..".    
     "Encik Ashraf, isteri encik masih hidup lagi, ini satu keajaiban, kami mendapati penyakit isteri encik Ashraf sudah tiada, subhanaALLAH...maafkan saya..saya tak dapat nak habiskan kata-kata saya tadi sebab encik Ashraf tanya dimana anak encik Ashraf. " kata Doktor.
 Lantas Ashraf berdiri. Dia terkejut. "Isteri saya dimana sekarang?." tanya Ashraf. Ashraf mencium dahiku. "Alhamdulillah..." ucap Ashraf.
    "Abi...ibu...bila kita nak solat ni...?" tanya Zahrah kepadaku dan Ashraf. Aku dan Ashraf ketawa. "sekarang..." jawab Ashraf sambil mencubit pipi Zahrah, Fatimah Azzahrah.
"Abang..jangan lupa lepas solat doakan sekali untuk pengantin baru kita, adik abang..Fahri dan Alissa" pintaku kepada Ashraf. "Sudah semestinya sayang..abang sudah maafkan dia..dia tetap adik abang" senyum Ashraf.

THE END (^_^)

Monday, December 3, 2012

DERHAKA

Assalamualaikum...

-----> OK ENTRI KALI BUKAN AIN YANG TAIP TAPI AIN AMBEK DARI BLOG ABANG AIN...AGAK TERSENTAP GAK BILA BACA...JOM BACA...PERINGATAN UNTUK AIN DAN MUSLIMAH2 YANG LAIN....

tajuk enrty kali ni agak keras..
cume nak meluahkan perasaan kepada segelintir manusia yang masih tidak faham maksud perkataan tu...
aku bukan nak emo petang2 macam nie, tapi aku paling pantang kalau ade yang cube menderhaka kepada ibu or bapa dyorang dalam ape jue bentuk jenis penderhakaan sekalipun..
haaaa...nampak tak yang aku agak emo di situ...
Begini...bagi lelaki, syurgenye terletak di telapak kaki ibu kan...so, patut ke tak taat kepada bapa sebab tak dinyatakan pun syurge di telapak kaki bape.....ape pandangan korang, dari fikiran akal yang waras pn, tak boleh la derhaka kepada bapa jugak kan...
lagi satu....
bagi kaum hawa yang dah ada suami...korang pn arifkan bile cakap tentang syurga ditelapak kaki suami..betul kan....aku banyak dengar, kaum hawa selalu kate...aku kene taat ngan suami, aku kene lebihkan suami daripada ibu bapa aku...kalau suami aku kate tak boleh, aku tak boleh bantah even mak aku cakap ya....biase dengan macam tu kan....
jadi...
tak bermakna yang bile dah ade suami, mak bapak korang buat macam sampah jer....aku xsenyum kat mak pn takpe sebab yang penting suami....aku tak baik dengan mak pun tak pe, yang penting suami aku...aku tak tolong mak aku xpe, yang penting suami tercinte.....betol ke ramai yang macam nie....macam mane ye orang macam nie berfikir....cube korang ingat balik, berapa banyak susu ibu dalam badan korang dah bertukar jadi darah dan daging korang...ape yang jadi milik korang kalau tak setiap daging yang membesar hasil jagaan ibu dan bapa....aku pernah dengar ustaz azhar idrus bagi talk, beliau kate isteri tak wajib taat pada ibu bapa selepas kahwin, tapi wajib hormat...korang taw ke mean HORMAT tu...so, bile dah besar, bile dah bersuami, bile dah de family....jangan buat mak bapak korang macam sampah, macam dyorang takde perasaan sebab korang dah de life baru.....
Kalau ibu dah haramkan setiap titis susu yang mengalir dalam badan korang sebab korang tak pernah faham perkataan HORMAT tu.....ape yang jadi dalam life korang nanti,...macam mane nak dapat keberkatan hidup???...boleh jadi satu hari nanti, Tuhan boleh tunjuk jalan untuk korang supaya tak akan mampu taat pada suami korang sebab korang tak memperolehi keberkatan hidup tu...

sekadar renungan....

sesiapa yang berbuat salah, sentiasalah memohon ampun...
sesungguhnya keampunan lebih luas daripada segala-segalanya...

-keampunan diharapkan- 


 

Sunday, December 2, 2012

ONG...ONG..GEDEK...ONG..GEDEK

Assalamualaikum...

yeayyy...dapat gak sampaikan hasrat...

esok....kat mana?...(tak tahu lagi...)

harap dia suka....

Ong...ong..gedek...ong gedek....(oit ada katak panggil hujan...)



(^_^)

<3 AinSHAH <3


HADIAH YANG TAK BERMAKNA

Banyak dah berubah...

(~_~)

saya nak bagi hadiah..

saya cuba sampaikan....

tetapi saya tak dipeduli...

terus saya simpan hadiah tu dalam bagasi...

mungkin hadiah saya dah tak bermakna...

Ongg....gedek....Ongg....gedek....

(katak mana panggil hujan ni....)

 
 


PILIHAN

Assalamualaikum...

Selamat malam...(^_^)

saya selalu kata pada diri saya..jika saya diberi pilihan..

saya tak sedar ALLAH dah bagi saya pilihan...

semuanya terletak pada diri saya..

saya yang bawa diri saya sampai saat ini...

"ya ALLAH berilah kekuatan kepadaku...hanya kekuatanmu dapat aku bertahan sehingga kini..."

 

TAIP DAN DELETE

Taip mesej <jom makan (^_^)> fikir dan terus delete...

Taip mesej <selamat malam..(^_^)> fikir dan terus delete....

Taip mesej <pagi awk...(^_^)> fikir dan terus delete...

Taip mesej <awak...> fikir dan terus delete...

taip2 tapi delete semula..tak jadi nak hantar....

sebab......

(~_~) awak tak balas pun...

(-_-) awak lambat balas...

(T_T) tak lame pun bermesej lepas tu awak senyap...

(~_~) awak akan balas-----> :)

(-_-) balas pun tak de smile...----> (^_~)

(T_T) awak selalu wat smile macam ni-----> :) (saya tak suka sangat2..tapi awk tak tahu kan...?)

akhirnya saya ambil cara berdiam diri je....(T_T)