Hatiku berkata adakah keputusan aku ini betul ataupun tidak. Ashraf terlalu baik, seorang mahasiswa yang cemerlang di UIA, setiap semester dia merangkul anugerah dekan, dia juga seorang aktif dalam program berkaitan dengan agama, sentiasa menjaga pergaulannya dengan akhwat di kampus. Berbanding dengan aku, seperti langit dan bumi.Tidak layak sama sekali Aku bukanlah baik sangat, kadang-kadang sahaja pergi ke program agama, itupun tengok pada tajuk proram itu, kalau menarik aku pergi, kalau tidak aku lebih suka duduk didalam bilik layan facebook dan blog.
"Ashraf!!..tunggu....buku awak" aku berkata dengan tercungap keletihan. Aku hampir terjatuh akibat mengejarnya. Buku Ashraf tertinggal di maktabah. Aku kira semacam diari kerana aku lihat Ashraf sentiasa membawanya kesana kemari. "Terima kasih.." jawab Ashraf. Dia tidak senyum sama sekali. Aku menggurutu dalam hati " ceh..terima kasih je....tak senyum lak tu..hmmm".
Ashraf mencium dahiku. Ungkapan yang pertama yang menggentar hatiku. "abang dah jumpa bidadari abang, inilah bidadari abang...Nur Shahirah binti Musa" dia berkata sambil tersenyum lalu dia cium dahiku sekali lagi. Itu adalah senyuman pertamanya yang aku lihat. Manis.
Perkahwinan kami sudah hampir 2 tahun. Sehingga sekarang kami tidak dikurniakan zuriat lagi, Aku semakin risau. Aku lihat Ashraf biasa sahaja. Dia sentiasa memujukku supaya bersabar. Aku teringat akan kisah Nabi Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya. Adakah aku perlu menjadi seperti Siti sarah. mencadangkan suamiku berkahwin lagi.
Di tengah malam, air mata aku tidak henti mengalir tatkala aku meluahkan perasaanku padaNYA. Selepas aku berkahwin, Ashraf mendidik aku supaya bangun malam, menunaikan solat-solat sunat, kata ashraf malam seperti ini sesuai dan selesa jika mahu mengadu perasaan kita padaNYA, selalunya aku akan bangun menunaikan solat sunat bersama Ashraf, tetapi aku lihat Ashraf agak keletihan, tidurnya lena sekali, tidak sampai hati aku untuk mengejutkannya. Ashraf seorang uztaz di sebuah sekolah rendah. Letih melayan karenah anak-anak muridnya. Ashraf sentiasa menceritakan gelagat anak muridnya, ada yang manja dan ada yang nakal. Mungkin anak-anak muridnya dapat mengubati hatinya. Tetapi aku fikir anak-anak muridnya tidak akan sama dengan anak sendiri. Air mataku semakin banyak keluar. Badanku terhenjut-henjut menahan tangisku. Aku takut Ashraf mendengar akan tangisanku.
Semakin hari, aku tiada selera makan, berat aku menurun mendadak, tekakku sentiasa rasa loya. Ashraf risau akan kesihatanku. Lalu dia membawa aku ke klinik. Aku berasa sungguh lemah, aku sandarkan kepalaku ke bahu Ashraf. Ahsraf meramas-ramas tanganku. Selesa. "Puan Nur Shahirah binti musa.." namaku dipanggil. Aku berdiri. Ashraf memimpinku masuk ke ruang bilik doktor. Sampai ke pintu bilik doktor, aku pinta pada Ashraf supaya tunggu di luar sahaja. Pada mulanya Ashraf tidak mahu tetapi akhirnya dia akur setelah aku memujuknya.
"Tahniah Puan nur shahirah...anda hamil.." kata doktor. Aku seakan tidak percaya. "Betul ke doktor?..." tanya aku untuk lebih kepastian. "Betul Puan...tapi...." raut wajah doktor bertukar muram. Aku keluar dari bilik doktor. Aku lihat Ashraf menuju kepadaku. Aku tersenyum. "Shirah hamil.." kata aku. Ashraf terus melakukan sujud syukur.
********************
Di tengah malam aku terjaga daripada tidur. Aku lihat di atas meja solekku ade sehelai kertas. Hatiku risau. Baru aku teringat aku merajuk gara-gara Ashraf tidak dapat menemui buah durian itu. Aku belum membacanya lagi tapi aku sudah menangis, aku kira Ashraf telah meninggalku kerana perangai aku. Lalu surat itu jatuh daripada tanganku. "Sayang abang...abang minta maaf..abang dah jumpa durian tu..abang gurau je...". Aku segera kesat air mataku dan terus menuju ke dapur. Aku lihat Ashraf sedang berusaha membuka buah durian itu. Ashraf tidak menyedari kehadiranku. Lalu aku terus memeluknya. "Abang...sayang minta maaf" kata aku sambil membenamkan mukaku ke dada Ashraf. "eh...sayang abang kenapa menangis? dah dapat durian pun menangis juga.." kata Ashraf sambil menahan tawanya. "shirah ingat abang nak tinggalkan shirah..shirah minta maaf...lepas ni shirah tak buat lagi...shirah tak akan merajuk lagi..." balasku. Tangisanku semakin kuat. "Sayang..abang tak akan pernah tinggalkan sayang..sudah ye sayang...jangan menangis lagi...jom kita makan durian..dari sarawak ni tau" jawab Ashraf sambil mengesat air mataku.
Kandunganku sudah genap 8 bulan, aku lihat Ashraf begitu gembira untuk menyambut kelahiran anak kami. Pada suatu hari, Ashraf baru pulang dari kerja, aku lihat Ashraf membawa bungkusan plastik yang penuh dengan permainan. Aku tersenyum. "Sayang...abang beli permainan untuk anak kita..." kata Ashraf sambil mengeluarkan permainan daripada plastik, Aku masih lagi berdiri didepan pintu. Ketika aku berjalan menuju ke Ashraf, tiba-tiba keadaan menjadi gelap lalu aku rebah.
********************
Ashraf mencelah. "Sayang...kehadiran sayang dah pun melengkapi hidup abang...kan abang pernah cakap pada sayang dulu..". Ashraf menangis lagi.
Aku berkata sambil menyapu air mata dipipinya."Abang...sayang minta maaf...". Aku masih menahan air mataku.
Azan subuh berkumandang.
"Ain..awak tau tak siapa yang azan subuh pagi tadi?.." tanya aku pada Ain. Ain adalah kawan baikku. Kemana aku pergi mesti ada dia. Orang kata seperti kembar tetapi tidak serupa. "Eh...tak kan awak tak tau, tak tengok ke jadual di musollah..?" jawab Ain bersahaja. Aku membalas. " Saya tak perasaan pulak..ada jadual ke?. Aku menggaru kepala yang tidak gatal menandakan aku betul tidak mengetahuinya. Ain terus ketawa. "Punyalah besar jadual tu, awak boleh tak perasan?..". Ain berkata lagi. " Kalau tak silap saya, Ashraf, kalau jadual tak tukarlah..Ashraf...tapi saya yakin Ashraf..memang dia sebab saya kenal suara dia". Sejak aku mngetahui Ashraf yang melaunkan azan subuh, sebelum subuh aku sudah pun bangun, bersiap-siap untuk pergi ke musollah solat berjemaah. Ain terkejut akan berubahanku kerana aku bukanlah kaki musollah. Kalau pergi pun solat maghrib dan isyak sahaja. Pernah aku ditanya oleh Ain akan perubahan aku ini. Jawapanku adalah aku mahu solat bersama Ashraf bakal imamku. Aku berkata sambil ketawa. Aku sekadar bergurau. Aku tidak sedar apa yang aku katakan. Ternyata gurauanku adalah benar.
"Sayang...sayang...sayang..." Ashraf memanggilku. Aku tersentak. Kenangan dahulu lenyap." Ye abang " jawabku. "Sayang...abang pergi solat dulu ye..nanti abang bawakan air untuk sayang berwuduk ye..." Ashraf mencium dahiku. Aku hanya tersenyum. Dia tidak menangis lagi. Aku tahu Ashraf akan menyambung tangisannya dihadapan ALLAH. Ashraf pernah berkata padaku bahawa sebaik-baik tempat mengadu adalah DIA, DIA sahaja yang mampu menenangkan diri kita. Sebaik sahaja Ashraf melangkah keluar, aku melepaskan air mataku. Aku menangis sepuasnya.
*********************
"Maaf, Encik Ashraf tunggu di luar ye.." kata salah seorang nurse. Ashraf segera membalas "tapi nurse...dia
isteri saya". "Ye..saya tau...saya harap Encik dapat beri
kerjasama...kami akan lakukan yang terbaik...Encik banyakkan berdoa
ye.." jawab nurse terburu-buru.
Ashraf hanya mengangguk dan berundur beberapa langkah dari pintu wad kecemasan itu. Pintu ditutup.Ashraf menangis dan terus berlari ke surau. Dia membuka pintu surau dengan perlahan. Dilihatnya hanya seorang lelaki tua yang berada di dalam surau itu. Lelaki tua itu hanya duduk mengadap kiblat sambil berzikir. Suaranya lembut ketika mengalunkan zikir. Sungguh merdu.
Ashraf menyapu air matanya. Dia tidak mahu lelaki tua itu mengetahui dia menangis. Ketika Ashraf mengambil wuduk. Ashraf berusaha menahan air matanya tetapi dia tidak berdaya, akhirnya dia melepaskan tangisnya.
Ashraf membentangkan tikar sejadah. Dia melakukan solat hajat. Dalam sujud terakhir, Ashraf meluahkan segalanya. Dia menangis lagi. Badannya terhenjut-henjut kerana tangisnya. Ashraf lama dalam sujudnya.
Ashraf memberi salam yang pertama. "Encik Ashraf!" panggil nurse. Mukanya pucat. Ashraf menoleh "Ye saya...". "Isteri Encik......aahh..Encik jumpalah dengan doktor...tadi doktor cari Encik.." jawab nurse itu.
Ashraf berlari menuju ke ruangan doktor. " Doktor.. bagaimana dengan isteri saya?..." Ashraf berkata sebaik sahaja dia membuka pintu. "Encik Ashraf...kami minta maaf..." balas doktor.
***********************
"Abang..boleh tak abang janji
dengan sayang?" Aku berkata dengan lembut. Lalu aku meramas tangannya.
Aku letakkan kepalaku ke dadanya.
"Janji apa sayang?" Ashraf agak terkejut. Aku mengangkat kepalaku. Aku
senyum lalu mencium tangannya. "Janji dengan sayang..bila sayang dah
tiada nanti...." Aku tidak sempat menghabis kata-kataku, Ashraf
memelukku. "Sayang...kenapa sayang cakap macam tu..abang sayang sangat
sayang".
Aku leraikan
pelukkannya. "Abang...janji dengan sayang...abang akan didik anak kita
menjadi anak yang solehah ye..". "Kita sama-sama didik anak kita nanti
ye...solehah macam ummi dia" Ashraf mencubit pipiku. Aku tersenyum lalu
meletak semula kepalaku kedadanya.
Ashraf terduduk. "Mana anak saya?" kata Ashraf. "Anak Encik Ashraf ada diruangan bayi, mari ikut saya" balas doktor.
"Sayang buat apa tu?" Ashraf memelukku daripada belakang. "Shirah baca buku ni.." kata aku sambil menunjukkan cover hadapan buku.
Ashraf melepaskan pelukkanya lalu duduk disisiku. "Oh..buku nama-nama
si comel, sayang nak bagi nama apa anak kita nanti?" Tanya Ashraf
sambil mengusap perutku. "Fatimah Azzahrah..boleh tak abang?. Tanyaku.
"Boleh sayang..." Ashraf mencium pipiku. "Terima kasih abang" aku
memeluk Ashraf.
Ashraf
memulas tombol pintu, langkahannya terhenti, dia mengangkat si kecil
lalu melaungkan azan ditelinga si kecik itu. "Fatimah Azzahrah..anak abi
yang abi sayang......" Ashraf tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
Dia terdengar suara memanggilnya. Dia begitu kenal suara itu. Lalu dia
menoleh.
*********************
"Ummi!...." Ashraf terus memeluk ibunya. "Ummi...shirah ummi....shirah...." air mata Ashraf keluar begitu deras sekali.
"Ye..ummi tahu..Ashraf kene redha...." balas ibu Ashraf. Ibunya juga turut menangis.
"Kenapa dia buat Ashraf mcam ni ummi, Ashraf rela ambil anak angkat daripada kehilangan dia..macam mana Ashraf nak hidup tanpa dia ummi..dia semangat Ashraf ummi.." Ashraf terduduk memeluk kaki ibunya.
Ibunya terus mengambil si kecil daripada pangkuan Ashraf. "Ashraf, tiada yang lebih indah daripada seorang ibu ialah mengandung dan melahirkan zuriat buat suaminya..dan inilah yang dilakukan Shahirah " Ibunya mencium dahi si kecil itu. Ibunya menyambung lagi " Ashraf tak kehilangan Shahirah, Shahirah ada dengan anak Ashraf, Ashraf tengok anak Ashraf ni, serupa dengan ibunya, matanya, hidungnya".
"Abang...nanti shirah nak anak shirah nanti panggil shirah ibu..rasa macam manja je..boleh tak abang?" tanyaku.
Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Ashraf. Ashraf hanya memandang tepat pada skrin laptopnya, jari jemarinya lincah menekan keyboard laptopnya. Aku berdiri dan terus melangkah pergi.
"Ye..ummi tahu..Ashraf kene redha...." balas ibu Ashraf. Ibunya juga turut menangis.
"Kenapa dia buat Ashraf mcam ni ummi, Ashraf rela ambil anak angkat daripada kehilangan dia..macam mana Ashraf nak hidup tanpa dia ummi..dia semangat Ashraf ummi.." Ashraf terduduk memeluk kaki ibunya.
Ibunya terus mengambil si kecil daripada pangkuan Ashraf. "Ashraf, tiada yang lebih indah daripada seorang ibu ialah mengandung dan melahirkan zuriat buat suaminya..dan inilah yang dilakukan Shahirah " Ibunya mencium dahi si kecil itu. Ibunya menyambung lagi " Ashraf tak kehilangan Shahirah, Shahirah ada dengan anak Ashraf, Ashraf tengok anak Ashraf ni, serupa dengan ibunya, matanya, hidungnya".
"Abang...nanti shirah nak anak shirah nanti panggil shirah ibu..rasa macam manja je..boleh tak abang?" tanyaku.
Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Ashraf. Ashraf hanya memandang tepat pada skrin laptopnya, jari jemarinya lincah menekan keyboard laptopnya. Aku berdiri dan terus melangkah pergi.
"Sayang..." panggil Ashraf lembut daripada arah belakang sambil merapat
kepalanya dengan kepalaku. Aku hanya diam. Ashraf bergerak dan lalu
duduk disebelahku. "Sayang...maafkan abang ye...abang dengarlah sayang
tanya apa tadi..". "Ye lah tu..kalau abang dengar...apa soalan shirah
tadi..?" Balas Aku dengan nada merajuk. Aku langsung tidak memandang
muka Ashraf. Ashraf gelak. "Soalan sayang tadi..nanti sayang nak anak
kita paggil sayang ibu kan". Aku mengangguk dan memandang tepat pada
muka Ashraf. "Mestilah boleh sayang.." Ashraf ketawa lagi. "Kenapa abang
ketawa?" Tanya Aku kehairanan. Ketawa Ashraf bertambah kuat lagi.
"Tengok tu..." kata aku lagi. "Sebenarnya, abang suka tengok sayang
merajuk, nampak comel terutama mulut sayang...muncung je..." kata
Ashraf sambil menyentuh mulut Aku dengan tangannya. "Abang....". Aku
mencubit peha Ashraf."Tak sakit pun.." "Ha...tak sakit?...mari sini
shirah cubit lagi..". balas Aku.
*************************
Ashraf begitu segak dengan pakaian baju melayu dan bertanjak dikepala. Sekali lagi air mata Ashraf tercurah lagi, kenangan datang kembali, kenangan ketika dia melafazkan akad nikah. "Aku terima nikahnya nur shahirah binti musa dengan mas kahwinnya rm22.50 tunai".
Menerima seseorang untuk menjadi teman seumur hidupnya, teman tempat berbual tentang suka dan duka, semuanya akan dikongsi bersama-sama, dia adalah seorang isteri dan juga bakal seorang ibu kepada anak-anaknya. Lamunan Ashraf terhenti, air matanya dikesat dengan tangan.
"Handsome anak ummi..terima kasih Ashraf sebab sudi setuju" kata ibunya. Ibunya sungguh gembira. Ashraf tersenyum. Aku dan Ashraf solat jemaah bersama-sama. Selepas Ashraf membaca doa. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ashraf lalu aku mencium tangannya dan Ashraf mencium dahiku.
"Ermmm abang...kalau sayang dah tiada nanti..abang nak kahwin lagi ke?. tanya aku. "Ish..sayang cakap apa ni..?" wajah Ashraf berubah. "Shirah tanya je.." balas Aku dengan menunduk kepalaku. "Ermm...sayang bagi ke abang kahwin lagi?" tanya Ashraf. "Bagi..." jawabku dengan meletakkan kepalaku diatas ribanya. "Sayang...walaupun sayang beri abang kahwin lagi...abang tak nak....sayang adalah orang yang pertama dan juga yang terakhir....tiada yang kedua dan juga ketiga...jika takdir sayang pergi dahulu sebelum abang...tunggu abang di syurganya..okey? balas Ashraf sambil mengusap kepalaku.
Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. "Terima kasih abang..." jawabku sambil memandang wajah Ashraf. " Sama-sama sayang..sayang..jom mengaji..sayang pergi ambil wuduk dulu ye.." pinta Ashraf. "Baiklah abang.." aku tersenyum sambil aku membuka telekungku dan menuju ke bilik air. Majlis akah nikah pada pagi itu berjalan dengan lancar, hanya sekali lafaz sahaja si perempuan telah sah menjadi milik sepenuhnya kepada insan yang bergelar suami.
"Abi!......" jerit si tubuh kecil itu, begitu comel dengan berbaju kurung hijau dan bertudung hitam." "Abi...ibu mana? tanya zahrah. "Ibu?..." Ashraf cuba mencari-cari isterinya dengan matanya. "Itu ibu..." balas Ashraf kepada anaknya Zahrah. Zahrah tersenyum Sudah 4 tahun berlalu, umur anaknya sudah mencecah 4 tahun, Ashraf tidak akan pernah lupa pada peristiwa itu, peristiwa itu seakan baru lagi bagi Ashraf walaupun sudah 2 tahun ia berlalu.
"Comel anak abi.. " kata Ashraf sambil membetulkan telekung puterinya Zahrah. "Zahrah je comel..?" Aku datang menghampiri mereka. Zahrah duduk diatas ribaku.
"Sayang tak comel tapi cantik...cantik sangat..." balas Ashraf tersenyum. "Terima kasih abang sebab sudi terima shirah sebagai isteri abang" kata aku tepat memandang wajahnya. "Sepatutnya abang yang ucap terima kasih pada sayang..sebab sudi terima abang sebagai suami dan memberi abang seorang anak yang sangat comel....terima kasih ye sayang.." kata Ashraf. "Sama-sama abang..".
"Encik Ashraf, isteri encik masih hidup lagi, ini satu keajaiban, kami mendapati penyakit isteri encik Ashraf sudah tiada, subhanaALLAH...maafkan saya..saya tak dapat nak habiskan kata-kata saya tadi sebab encik Ashraf tanya dimana anak encik Ashraf. " kata Doktor.
Lantas Ashraf berdiri. Dia terkejut. "Isteri saya dimana sekarang?." tanya Ashraf. Ashraf mencium dahiku. "Alhamdulillah..." ucap Ashraf.
"Abi...ibu...bila kita nak solat ni...?" tanya Zahrah kepadaku dan Ashraf. Aku dan Ashraf ketawa. "sekarang..." jawab Ashraf sambil mencubit pipi Zahrah, Fatimah Azzahrah.
"Abang..jangan lupa lepas solat doakan sekali untuk pengantin baru kita, adik abang..Fahri dan Alissa" pintaku kepada Ashraf. "Sudah semestinya sayang..abang sudah maafkan dia..dia tetap adik abang" senyum Ashraf.
THE END (^_^)
No comments:
Post a Comment