"Aishah..." perlahan aku berkata sambil menutup semula pintu kereta. "Ain buat apa kat rumah Ustaz Shahrul? " Tanya Aishah hairan. Aku memandang Ustaz Shahrul. Ustaz hanya tersenyum. Ish kenapa senyum? tolonglah aku jawab soalan Aishah tu. Aku menggurutu dalam hati. "Ain dengan Ustaz Shahrul ada apa-apa ke? Tanya Aishah lagi. "Ain..." Aku nak bagi tahu apa pada Aishah ni. "Assalamualaikum..." Satu suara menerjah daripada arah belakang. Aku lihat Ibu dan Ayah Aishah sedang menuju ke arah kami. "Waalaikummussalam.." Serentak kami menjawabnya. "Nur Ain pun ada " Kata Ibu Aishah. " Ya ibu..." Aku menghulurkan tanganku. Kami bersalaman. Pipi kami berlaga. Aku sudah terbiasa dengan memanggil Ibu Aishah dengan panggilan Ibu. Teringat zaman sekolah dulu, petang itu, aku membuat kerja sekolah dirumah Aishah. Sedang kami begitu tekun membuat kerja sekolah di ruang tamu, Ibu Aishah datang membawa kuih seri muka dan air teh. "Ain...makanlah ya.." Ibu Aishah menghulurkan sepotong kuih kepadaku, "Terima kasih bu....eh..." Aku memandang Ibu Aishah. " Maafkan ain makcik, ain..." Tidak sempat aku menghabiskan kata Ibu Aishah terus memelukku. "Tak apa ain...ain boleh panggil makcik dengan panggilan Ibu..." Ibu Aishah senyum. "Kita jadi adik-beradik...Aishah suka.." Kata Aishah juga memelukku. "Kalau macam tu panggil pakcik Ayah..boleh Nur Ain.." Ayah Aishah duduk berhadapan dengan kami. Kami ketawa. "Nur Ain.." panggil Ayah Aishah. "Ya Ayah.." Aku tersenyum. "Dah lama tak jumpa anak ayah ni..." Kata Ayah Aishah. Betul kata ayah Aishah, aku sudah lama tidak bertemu dengannya. Rindu aku padanya mengingatkan aku pada ayahku. "Eh...Silalah masuk.." Pinta Kakak Ustaz Shahrul. Kami masuk semula ke dalam rumah. "Ayah dan mak kamu berdua ada di rumah? " Tanya Ayah Aishah. "Abi dan Ummi tak ada, pergi kenduri kat kampung" Balas Kakak Ustaz Shahrul. "Tapi ada apa ya? nanti saya sampaikan pada abi dan ummi.." Kata kakak Ustaz Shahrul lagi. "Begini..." Ayah Aishah memandang ke arah Ustaz Shahrul. Aku lihat wajah ayah Aishah begitu serius. "Begini ceritanya, seorang lelaki telah memasuk minang Aishah dan mereka pun telah bertunang, tak lama lagi mereka berdua akan berkahwin tetapi kami tak sangka bakal menantu kami tu telah memutuskan tali pertunangan, sebabnya mereka memutuskannya tak perlu kami beritahu kamu, kami tidak dapat berbuat apa-apa dan menerima dengan hati yang redha. " Ayah mengambil sapu tangan dalam poketnya. Aku lihat titisan jernih jatuh daripada mata ayah Aishah. Itulah kali pertama aku lihat ayah Aishah menangis. Aishah memandangku. Kami saling berpandangan. "Kad jemputan telah diedarkan, jika kami batalkan majlis ini, kami akan menanggung rasa malu yang teramat sangat." Ayah Aishah menyambung lagi. "Aishah ada bagi tahu kami, ada seorang ustaz yang bernama Shahrul di sekolahnya, nama Shahrul sama dengan nama bekas tunangnya Muhammad Shahrul." Ayah Aishah memandang Ustaz Sahhrul lalu memandang Aishah. Aishah pun mengangguk sebagai isyarat bahawa di hadapan ayahnya itu adalah Ustaz Sharul yang dimaksudkan itu. "Kami mahu meminang Ustaz Shahrul untuk Aishah. " Kata ayah Aishah sambil memandang Ustaz Shahrul.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment