Pages

Saturday, December 17, 2011

Ingin dia jadi imamku


Merdunya suara yang ku kenal itu melaungkan azan..
Tenang rasa hati ini
Terbit rasa dan harapan..
ingin menjadi makmumnya dalam tiap solat fardhunya
Ingin mendengar laungan azan itu setiap hari
Ingin mendengarkan suara itu mengalunkan ayat-ayat suci-Mu
Ingin solat berjemaah bersamanya tiap solat 5 waktu

Ya Allah,jika aku tercipta untuknya
Pertemukan kami dalam ikatan yang sah di sisi Mu
Kerana aku hanya ingin cinta yang halal kerana…

"Apabila bertaut dua hati yang tidak halal , maka akan ada yang ketiga , yakni syaitan . Dia yang menjadikan hubungan antara lelaki dan wanita itu indah . Syaitan mengaburi mata manusia dengan kemanisan hubungan yang tidak halal”

Aku tak mahu mengingatinya lebih dari mengingatiMu
Aku tak mahu menjadikan hatinya lalai dari mengingatiMu

Ya Allah,jika aku adalah jodohnya
Permudahkan jalan kami
Jika belum tiba masanya untuk kami saling mencintai
Maka Kau jagalah cinta yang ada di dalam hati kami
Kau bantulah kami agar tidak hanyut
Jagalah cintaku padanya


Tuhan,tabahkan hatiku untuk melihatnya sekadar dari jauh
demiMu ya Allah,aku meninggalkannya
sedangkan sukar untuk melupakannya
sukar melupakan kenangan yang tercipta
antara Engkau denganNya,Engkaulah segala-galanya
biarkan kami berpisah sementara dan membawa hala tuju masing-masing
juga menggapai cita-cita

Tuhan,aku yakin bila tibanya pasti kami akan bersua
Dan di saat itu aku menerima kehadirannya
Tapi jika bukan dia yang tercipta untuk menjadi imamku
Maka redhakan hatiku..agar aku hanya dapat menyayanginya sekadar saja
Mungkin ada yang lebih baik yang telah Kau cipta untuk kami

Ibu mana yang tak mahu dia menjadi imam kepada anak gadisnya?
Tapi kerana mahu melindungi hati yang mudah rapuh dan terluka itu
Disuruhnya anak gadisnya melupakan insan itu
                           Si ibu juga yakin,jodoh yang terbaik untuk anaknya adalah rahsiaMu


YA ALLAH..bila kehadiranku menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka..
bila aku tidak layak dan bukan yang terbaik untuknya..
maka kau jauhkanlah aku darinya..

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa..
jika aku banyak melalaikannya,
jika aku membawanya jauh daripada Mu

dan jika dia mencintai dan mengingati aku lebih banyak berbanding Engkau,
maka biarkan aku meninggalkannya.
Jika benar aku membawanya lebih dekat denganMu,
jika benar dia mencintaiku kerana cintanya padaMu melebihi segalanya,
maka izinkan aku menjadi zaujahnya

Ya Allah…
kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
yang menjaga dirinya…
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
yang sentiasa memperbaiki dirinya…
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…
yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
kabulkan ya Allah…kerana hati kami teramat lemah…
Allah,hanya padaMu tempat ku gantung harapan.


Aku menunggumu kerana Allah.Ini bukan rajutan perasaan utk sebuah penantian, mengapa aku berkata seperti ini?
Kerana aku tahu,diriku terlalu banyak kekurangan dan aku perlukan seseorang yg lebih halus utk menaklukkan hatiku yang tegas
dan yg lebih teguh utk menguatkan hatiku yg lemah dgn izin-Nya,
aku tahu terlalu banyak yg harus aku perbaiki
maka,aku menunggumu utk menjadi pendamping hidupku
aku menunggumu utk lebih membimbingku dgn tulusmu utk lebih mengajarku dgn sabar hingga kenikmatan imanku terhadapNya semakin dlm dgn izin-Nya disetiap harinya utk selama-lamanya..

Jika dirimu Belum sempurna untuk MEMINANG-ku,
saat ini Pergilah menjauh dariku Akhi....
Biarkan hatiku sendiri dalam penantian ini,
jangan kau usik hatiku dgn kehadiranmu saat ini yang dapat melalaikanku dari mengingati-Nya...
Maafkan aku Akhi.... kerana Tidak aku sangka aku pernah tersenyum, menangis dan gelisah kerana hadirmu itu.

Maafkan aku
wahai bakal suami dalam hidupku....
Walau siapapun engkau,,,
Dari mana pun engkau,,, doakanlah aku di sini,
untuk kuat menyimpan hati ini hanya untukmu....
Dan datangilah waliku Jika kau telah sedia
Ya Allah, penuhkan cinta-Mu dalam qalbuku agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku...

sumber:

No comments:

Post a Comment