Pernah suatu ketika dahulu aku menolak akan perasaan ini
banyak perasaan yang aku permainkan..
bukan niatku untuk permainkan hatimu adam
tetapi sikapku adalah natijah dari sikap kalian..
ini sedikit coretan untukmu adam yang suka mempermainkan hati2 hawa sepertiku..
Jangan menyentuh jiwaku andai dirimu belum sedia untuk di jadikan suami…
Jangan menyentuh hatiku andai dirimu belum sedia untuk menikahi…
Jangan menyentuh qalbuku andai dirimu belum sedia untuk memimpin hidupku…
Jangan menyentuh akalku andai dirimu belum sedia untuk menjadi pembimbingku..
Jangan menyentuh rohaniku andai dirimu belum sedia untuk menjadi imamku…
Jangan menyentuh firasatku andai dirimu belum sedia untuk menjadi walid kepada anak-anakku…
Jangan menyentuh jasadku andai dirimu belum sedia untuk akad di depan waliku…
Jangan menyentuh ketenanganku andai dirimu belum sedia untuk bersamaku di dunia dan di akhirat sana…
Jangan menyentuh imanku andai dirimu belum sedia untuk membimbingku menuju redhaNya…
Jangan menyentuh taqwaku andai dirimu belum sedia untuk berjihad di Jalan Allah denganku.
********
Tetapi aku tersungkur dengan perasaan itu...
ia hadir sekali lagi...
aku cuba untuk menepisnya...
setiap kali aku menepis..setiap kali itu juga perasaan itu tidak pernah putus asa
datang menjengah hatiku...
akhirnya aku menerimanmu setelah istikharahku memberi jawapan..
aku harapakan disaat kau menyatakan niatmu..
kau telah bersedia...untuk menjadi imam kepada makmum
iaitu aku dan zuriat kita...
dan kau telah bersedia....hidup bersamaku di dunia dan di akhirat
ketahuilah aku harapkan kau adalah yang terakhir...
dan aku harapkan kepada dirimu...BAKAL IMAMKU...
kau bawalah aku mencintai ALLAH lebih daripada darimu...
Wahai bakal imamku...
aku tahu kau tidak pandai berkata2..
tapi aku meneka akan isi hatimu......
adakah ini isi hatimu..
"Sesungguhnya saya dah menjumpai apa yang dimaksudkan dengan jodoh dari Allah..Saya nak jadikan awak yang halal buat saya...Sentiasa berada di sisi saya di waktu susah dan senang...Dan sentiasa menemani saya di dunia dan di akhirat....Dan insyaAllah cinta sampai ke syurga…
Saya ada impian,dan impian saya cuma satu...saya ingin hidup semati dengan awak...Tapi kali ini saya benar-benar jujur dan ikhlas....Mungkin cinta saya tak seagung Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
Ataupun sehebat cinta Zulaikha pada Nabi Yusuf...Tapi apa yang saya tahu saya perlukan awak dalam hidup saya.....Jadilah zaujahku....."..
Wahai bakal imamku...
aku menunggu saat ini...
p/s: andai ini adalah dugaan yang KAU berikan kepadaku iaitu jalan untuk aku berjumpa dengan bakal imamku yang sebenar..aku redha...(-_-)
No comments:
Post a Comment