"Sayang..abang sayang sangat-sangat sayang..kenapa sayang buat macam ni pada abang.." kata Ashraf. Ashraf tidak henti menangis. Berkali-kali mencium tanganku. Aku tidak pernah melihat Ashraf menangis begitu sekali.
Aku tahan air mataku daripada keluar. Aku tidak mahu Ashraf semakin kuat menangis jika melihat aku juga menangis. Aku gagahi untuk bercakap. " Abang...sayang pun sayangkan abang..sayang sangat-sangat..abanglah suami yang paling baik dan soleh..sayang mintak maaf...tiada niat sayang untuk melukakan hati abang..sayang nak abang happy..sayang nak lengkapkan hidup abang dengan memberikan abang zuriat....abang..." aku berkata sambil tersenyum.
Ashraf mencelah. "Sayang...kehadiran sayang dah pun melengkapi hidup abang...kan abang pernah cakap pada sayang dulu..". Ashraf menangis lagi.
Aku berkata sambil menyapu air mata dipipinya."Abang...sayang minta maaf...". Aku masih menahan air mataku.
Azan subuh berkumandang.
"Ain..awak tau tak siapa yang azan subuh pagi tadi?.." tanya aku pada Ain. Ain adalah kawan baikku. Kemana aku pergi mesti ada dia. Orang kata seperti kembar tetapi tidak serupa. "Eh...tak kan awak tak tau, tak tengok ke jadual di musollah..?" jawab Ain bersahaja. Aku membalas. " Saya tak perasaan pulak..ada jadual ke?. Aku menggaru kepala yang tidak gatal menandakan aku betul tidak mengetahuinya. Ain terus ketawa. "Punyalah besar jadual tu, awak boleh tak perasan?..". Ain berkata lagi. " Kalau tak silap saya, Ashraf, kalau jadual tak tukarlah..Ashraf...tapi saya yakin Ashraf..memang dia sebab saya kenal suara dia". Sejak aku mngetahui Ashraf yang melaunkan azan subuh, sebelum subuh aku sudah pun bangun, bersiap-siap untuk pergi ke musollah solat berjemaah. Ain terkejut akan berubahanku kerana aku bukanlah kaki musollah. Kalau pergi pun solat maghrib dan isyak sahaja. Pernah aku ditanya oleh Ain akan perubahan aku ini. Jawapanku adalah aku mahu solat bersama Ashraf bakal imamku. Aku berkata sambil ketawa. Aku sekadar bergurau. Aku tidak sedar apa yang aku katakan. Ternyata gurauanku adalah benar.
"Sayang...sayang...sayang..." Ashraf memanggilku. Aku tersentak. Kenangan dahulu lenyap." Ye abang " jawabku. "Sayang...abang pergi solat dulu ye..nanti abang bawakan air untuk sayang berwuduk ye..." Ashraf mencium dahiku. Aku hanya tersenyum. Dia tidak menangis lagi. Aku tahu Ashraf akan menyambung tangisannya dihadapan ALLAH. Ashraf pernah berkata padaku bahawa sebaik-baik tempat mengadu adalah DIA, DIA sahaja yang mampu menenangkan diri kita. Sebaik sahaja Ashraf melangkah keluar, aku melepaskan air mataku. Aku menangis sepuasnya.
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment