Pages

Saturday, July 20, 2013

PUISI SEDIH DAYANA UNTUK ASHRAF

Assalamualaikum..

Ashraf Muslim...satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang seni tanah air kita...seorang pelakon yang agak hensem..(bagi ain la kan)...sebelum ni tak bape minat dengan pelakon ni tapi bila nampak perubahan ke arah "islamik" wat ain tersuka lak...tapi baru2 ni dengar2 citer yang kurang best...mula2 tak nak percaya tapi akhirnya kena percaya..tak salah pun nak kawen lain...tapi hormat la orang kita pernah sayang..maksud ain isteri pertama dia la nor dayana..pe2 pun ini dugaan untuk nor dayana...dan ada hikmah yang tersembunyi setiap apa yang berlaku...ain tengok nor dayana ni nampak cam tabah dan sabar serta redha menerima apa yang berlaku dengan hati yang ikhlas...tapi tu luaran kiter nampak..kiter tak nampak apa dalam hati nor dayana...


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

*sebenarnya puisi ni ditulis oleh ana hawana..bukan la dari nor dayana

#biler baca puisi ni rasa macam sayu dan sedih je...ape2 pun setiap apa yang berlaku tidak la ALLAH cipta sia2..semuanya ada hikmah yang kita sedar atau tak sedar..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Saturday, July 13, 2013

Nur Ain (bahagian 19)

"Waalaikumussalam" serentak kami menjawab. Aku lihat Ustaz Shahrul berdiri kaku dihadapan pintu. Aku tidak tahu kenapa air mata semakin mencurah keluar setelah melihat dia. "Nur Ain...tak baik menangis macam ni..saya tahu Ain sayangkan Aishah...Ain doa banyak-banyak ye semoga Aishah aman dan tenang disana.." Ucap Ustaz Shahrul. Lantas ibu Aishah memeluk aku dari belakang. "Betul tu Ain..redhakan pemergian Aishah ye nak.." " Ye ibu..." tangisku semakin reda. Aishah di bawa pulang kerumah. Di dalam van jenazah aku tetap disisinya. Sampai di rumah. Aishah di letakkan di atas tilam di ruang tamu. Orang semakin ramai yang datang. Hanya kedengaran alunan surah yasin dan ucapan takziah bagi mereka yang baru datang. Aku tetap setia disisi Aishah. "Ain..masa untuk mandikan Aishah.." Kata Ibu Aishah. "Ain nak ikut serta mandikan Aishah..?" Tanya Ibu kepadaku. Aku hanya mengangguk. Wajah Aishah pucat tapi tenang. "Aishah...hujanlah...macam mana kita nak balik.." Tanya aku sambil menghulurkan tangan untuk merasai titisan hujan yang semakin lebat. " Kita tunggu sampai hujan redalah ye Ain.." Jawab Aishah. "Tak naklah Aishah...Dah nak malam." Kata aku. Aku lihat ramai yang sudah pulang. Kebanyakkan student membawa kereta sendiri atau dijemput oleh mak dan ayah mereka tetapi tidak bagi kami. Kami hanya menaiki bas atau prebet. "Ala..kita tunggu reda sikit ya Ain.." Balas Aishah sambil memegang bahuku. " Tak nak..." Aku ketawa sambil berlari menuju ke perhentian bas. "Ain!!!..." Jerit Aishah berlari menujuku. Aku lihat ada sebuah kereta laju ke arahku. Aku hanya kaku memandang Aishah. Aishah menolakku. Kepalaku terhantuk di atas permukaan jalan. Darah semakin banyak keluar di dahi aku. Pedih dan perit. Aishah mendapatkan aku. "Ain nak mati ke?" Aishah mengeluarkan sapu tangan dalam begnya. Dia letakkan ke dahi aku. Aku tersenyum. "Apa senyum-senyum?" Marah Aishah. "Ain..Aishah sayang Ain..jangan buat macam ni lagi..." Kata Aishah sambil menangis. Aku masih lagi tersenyum. "Ain ni senyum je dari tadi kenapa? " Tanya Aishah. "Sayang sangat ye Aishah kat Ain.." Kata aku tersenyum. "Mestilah...Ain sahabat Aishah selama-lamanya tau..kalau boleh Aishah nak mati dulu dari Ain.." Balas Aishah tersenyum. Aku terkejut. "Aishah...Ain tak suka Aishah cakap pasal mati..". Lalu Aishah ketawa.


Bersambung....





Sunday, July 7, 2013

.....

AIN JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI...


AKU MALU DENGANMU


Ya ALLAH...

ENGKAU beri aku apa yang aku pinta..

tiap kali kalau apa yang aku pinta itu ENGKAU tunaikan lambat sedikit...

aku mula fikir ENGKAU tidak menyayangiku..

jika ENGKAU tidak tunaikan permintaanku..

 aku fikir ENGKAU tidak lagi memandangku...

jika kau tunaikan permintaanku...kadang2 aku hanya ucapkan alhamdulillah...

kadang2 tidak....

Aku malu denganMU....

siapalah aku untuk berfikir seperti itu...

aku hamba yang penuh dengan dosa......

aku rasa diri ini tidak layak sedikit pun untuk jejak kaki ke syurgaMU...walaupun sebelah kakiku...

Ya ALLAH...

Dimanakah aku mahu letakkan muka ku?...

aku malu untuk mengangkatnya dihadapanMU...

Ya ALLAH...

tiap hari aku melakukan dosa...

aku lupa tangan untuk aku lakukan dosa adalah daripada pinjamanMU...

begitu juga dengan kaki...mata...telinga...dan seluruh tubuhku adalah milikMU...

tetapi aku tidak segan silu untuk melakukan dosa dan semakin bangga dengan dosa2ku..

aku malu denganMU....

Ya ALLAH...

aku mahu menjadi yang solehah..

tetapi aku tidak mampu....

bantulah aku.....(~_~)



Tuesday, July 2, 2013

RIMAS..RIMAS...RIMAS....

Assalamualaikum...

selamat pagi....

ain ni merimaskan ke?...

ain rase macam tu...

ermm...

macam mane nak jadi orang yang  tak merimaskan.....

nak diam je ke....

ke nak pegi jauh2...

ermmm...

cuba latih diri untuk diam je dulu....

ermmm...

kesannya wat ain termenung....

dan tak de mood...

mula2 je kot macam tu..

nanti dah lame2 ok la tu kot..

*sedih jadi ain ni....*


Monday, July 1, 2013

BEBOLA COKLAT AINSHAH

Assalamualaikum...

tadi pas balik keje..ain singgah beli bahan2 untuk wat bebola coklat....

pas maghrib tadi terus wat sebab excited sgt nak wat...huhuhu..wat pakai cincai je...men bedal....ikut rase hati je...akhirnye jadi la...tapi ain rase manis cket...(manis cam pembuatnya..kihkihkih..pasan...^_^)

ain namakan beboala coklat ni...."BEBOLA COKLAT AINSHAH <3"

ain ambek satu gambo je...

taraaaaaa......