Assalamualaikum..
Ashraf Muslim...satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang seni tanah air kita...seorang pelakon yang agak hensem..(bagi ain la kan)...sebelum ni tak bape minat dengan pelakon ni tapi bila nampak perubahan ke arah "islamik" wat ain tersuka lak...tapi baru2 ni dengar2 citer yang kurang best...mula2 tak nak percaya tapi akhirnya kena percaya..tak salah pun nak kawen lain...tapi hormat la orang kita pernah sayang..maksud ain isteri pertama dia la nor dayana..pe2 pun ini dugaan untuk nor dayana...dan ada hikmah yang tersembunyi setiap apa yang berlaku...ain tengok nor dayana ni nampak cam tabah dan sabar serta redha menerima apa yang berlaku dengan hati yang ikhlas...tapi tu luaran kiter nampak..kiter tak nampak apa dalam hati nor dayana...
Tak usah bicara tentang payung emasKeranaAku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimahTak usah bicara tentang zuriatKeranaAku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…Tak usah bicara tentang setiaKeranaAku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalananTak usah bicara tentang tanggungjawabKeranaAku tahu kau lebih arif tentang ituTak usah bicara tentang kesempurnaanKeranaAku terima kekurangan kau kerana AllahTak usah bicara tentang diaKeranaAku diasingkan darimu kerana diaSucinya aku, kau miliki ketika di MakkahHebatnya dia, kau sembunyikan ketika di ThailandBerhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan AllahKerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
*sebenarnya puisi ni ditulis oleh ana hawana..bukan la dari nor dayana
#biler baca puisi ni rasa macam sayu dan sedih je...ape2 pun setiap apa yang berlaku tidak la ALLAH cipta sia2..semuanya ada hikmah yang kita sedar atau tak sedar..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
No comments:
Post a Comment