Pages

Sunday, July 29, 2012

TELEKUNG HIJAU

Assalamulaikum..

Hari ni dah masuk hari ke 9 kiter sume bepuasa...terasa sungguh sekejap...ada diantara kiter bukan saje di uji dengan dugaan lapar dan haus..tetapi diuji dengan pelbagai dugaan untuk kiter mengenal lagi erti ape itu makna sabar dan ikhlas...hehehe...nak diciterkan....tadi puas aku cari telekung...tetap gak nak pilih telekung ade corak warna HIJAU...hohoho...aku memang giler hijau...(^_^)..tapi sampai ke sudah tak jumpa2 yang bekenan dihati....ermmm ade dah jumpe yang bekenan dihati sebenarnye tapi ttbe kaen telekung dia corak warna len...warna putih...padahal telekung corak warna hijau...aki cakap la macam mane bleh tak same....so tak jadi la aku beli....makcik 2 siap bungkus dah telekung aku 2...tapi aku cakap..."saya pikir dulu ye mkcik..."...(^_^)....(sebenarnye aku ni susah cket nak pilih satu barang...kalau bleh aku nak pilih betul2...pilihan hati aku....hihihihihi......)...kecian makcik 2....

sekadar gambar hiasan..(aku nak cam ni la...tapi corak mesti same...kaen n telekung dia skali...)




::( ^ _ ^ )::


Saturday, July 28, 2012

Nur Ain (bahagian 2)

“Amboi Ain, jauh termenung nampak, sampai jatuh handset tu, tengah teringat kat sape tu?” sinis Aishah, “xde pape la Aishah, teringat kat kampung je” balasku ingin menyembunyikan perasaanku yang sebenarnya agak sugul ketika itu. Aku tak tahu kenapa hasrat Hafiz untuk berkahwin bagaikan memberi seribu duka kepadaku, sedangkan aku mengenalinya sebagai seorang kawan yang selalu membimbingku ketika aku dan dia sama-sama belajar di peringkat ijazah dulu. Hasratnya untuk menyambung pelajarannya di peringkat MA (Hons) di Jordan telah tercapai apabila permohonannya diterima pihak universiti di Jordan berdasarkan keputusannya yang cemerlang ketika di peringkat ijazah dulu. Dia sememangnya kawan yang amat menghargai dan mencintai ilmu bagiku. Segala nasihatnya amat berguna buatku..”Alhamdulillah, sampai disini saje kelas kita, Ustazah doakan kamu semua dpt buat yang terbaik untuk peperiksaan akhir minggu depan” aku tersenyum melihat karenah anak2 muridku sambil melangkah meninggalkan kelas...”Assalamualaikum Ustazah, petang nie jangan lupe datang mesyuarat tau” aku terkejut dengan sapaan Ustaz Shahrul, lamunanku terhadap telatah muridku sebentar tadi bagai hilang dibawa angin “Ye Ustaz, InsyaAllah, saya datang” balasku ringkas kepadanya. Ustaz Shahrul merupakan guru baru di sekolah aku bekerja, dia baru melangkah ke alam kerjaya sebagai pendidik yang merupakan lulusan dari universiti tempatan. Aku selesa bertugas bersamanya kerana dia banyak membantuku dalam tugas sebagai pendidik. Aku kagum melihatnya, walaupun masih baru menjadi warga pendidik, dia seakan2 tidak kekok melayan telatah anak2 muridnya…”cuba awak tengok Ustaz Shahrul tu”, Nampak mesra je dengan anak muridnya, macam da ade pengalaman mengajar” soalku kepada Aishah yang sedang asyik melayan facebook, “mungkin dia dah kawin kot, dah biasa dengan budak2 agaknya” balasnya spontan…"Ish, tak mungkin la, dia muda dari saya, takkan la dah kawin"... bersambung…  

Saturday, July 21, 2012

AYAH

AYAH...
Satu nama yang cukup selalu kami ingat...
Sentiasa terpahat di hati...
Bila teringat pasti kami menangis...

AYAH...
Ramadhan datang lagi..
19 tahun ayah pergi meninggalkan kami..
Kami terlalu rindukan ayah...

Ayah...
Andai ayah masih hidup..
Mungkin kita dapat berpuasa bersama..
Berbuka dengan gembira..
Berterawih sekali..
Tetapi kami redha dengan ketentuanNYA..
Ayah pergi ketika kami terlalu kecil...

Ayah...
Maafkan kami...
Bukan kami tidak mahu menziarahi ayah..
Ingin sekali kami menziarahi ayah..
membesih pusara ayah..
Tetapi kami tidak tahu dimanakah kubur ayah...

Ayah..
Dulu kami masih kecil..
Pakcik saudara membawa kami ziarah kubur ayah...
Kami gembira sangat..
Kami bersih kubur ayah...
Kami sedekahkan al-fatehah buat ayah..
Tetapi ternyata itu bukan kubur ayah...
Kubur seorang perempuan...
Sejak itu..kami tidak lagi pergi menziarahi..
Tiada siapa tahu kubur ayah dimana...(-_-)

AYAH..
Maafkan kami...
Kami tidak pernah melupakan ayah..
walau sedetik sekalipun...
Ayah sentiasa dalam doa kami...

Ayah..
Anak-anak ayah sentiasa merindui ayah...
kami doakan ayah berada bersama2 dengan orang2 beriman..
berbahagialah ayah disana...

Ayah...
Jumpa ayah di syurga!! (^_^)

anak-anak ayah (^_^)





Tips puasa oleh Dr. AiShah


oleh: Dr. AiShah (mngade nk jadi pakar kesihatan lak..hoho)
MENJALANKAN ibadah puasa ternyata memiliki banyak manfaat, baik dari aspek sosial, jiwa, mahupun kesihatan. Dari segi sosial, puasa melatih orang berdisiplin, cinta keadilan, dan kadamaian.
Dari sisi agama, puasa bererti menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Sedangkan dari aspek kesihatan, berpuasa bererti mengistirahatkan saluran pencernaan (usus), enzim, dan hormon yang biasanya bekerja untuk mencerna makanan terus-menerus selama kurang lebih 18 jam.
Organ ini dapat direhatkn selama 14 jam. Pada masa puasa, kadar gula dalam darah mudah diuruskan.  Berikut beberapa tips untuk menjalankan ibadah puasa untuk Anda:

1. Niat ikhlas.
 Tanpa ini, mungkin kita masih tetap mampu mendapatkan manfaatnya dari sisi kesihatan, sosial, mahupun kejiwaan. Tapi untuk urusan pahala, jangan harap kita akan mendapatkannya. Niat yang ikhlas mampu membimbing kita untuk konsisten dalam berpuasa.
2. Minum Air yang cukup. Air mewakili 70% dari kandungan badan ia semestinya adalah sesuatu elemen yang penting untuk kesegaran semasa berpuasa. Keperluan air yang mencukupi tidak boleh kita abaikan begitu saja.
3. Kalori makanan yang cukup.
 Kalori akan menghasilkan tenaga yang diperlukan manusia. Dalam sehari, wanita memerlukan kalori sebanyak 1900 kalori, sedangkan lelaki memerlukan 2100 kalori.
Ketika berpuasa, tentunya kita mampu memenuhi angka tersebut pada waktu berbuka dan sahur. Oleh karena itu, sebaiknya pilih makanan yang sihat, agar makanan senang diubah menjadi kalori tanpa menghasilkan kesan negatif bagi tubuh, seperti kandungan bahan kimia dalam makanan. Banyak sumber kalori yang mampu kita perolehi dari nasi, jagung, atau mee. Protein pula boleh didapat dari daging, tauhu, dan lain2.
4. Makan Secara Bertahap.
 Lapar seharian waktu berpuasa bukan alasan untuk mengqada' nafsu makan pada waktu berbuka. Lihatlah keperluan yang harus Anda penuhi. Karbohidrat 50-60%, protein 10-20%, lemak 20-25%, serta sebahagian vitamin dan mineral dari sayur dan buah-buahan.
Makanlah secara bertahap. kita mampu mulakan dengan menikmati makanan ringan atau minuman yang manis-manis seperti kek pisang, kurma atau teh manis. Makanan yang manis mengandung karbohidrat sederhana yang akan mudah diserap dan segera menaikkan kadar gula darah.
Setelah solat maghrib, makan makanan pelengkap yang terdiri dari nasi atau pengganti nasi, protein dari ayam, ikan, atau daging, tauhu atau tempe, serat dari sayuran, dan buah.
Setelah solat tarawih, Anda dapat makan malam seperti roti atau buah. Pembagian makan mampu kita lakukan seperti berikut:
 50% untuk berbuka, 10% setelah salat tarawih, dan 40% waktu sahur.
5. Bangun bersahur.
 Makanlah makanan dengan kadar protein tinggi. Pencernaan dan penyerapan makanan juga menjadi lebih lama dibandingkan dengan makanan yang kadar karbohidratnya tinggi. Setelah sahur, tambahkan susu tanpa lemak dan suplemen multivitamin agar stamina mantap ketika berpuasa.
6. Bersenam.
 Tubuh kita akan semakin lesu jika tidak bersenam. Tak perlu kepada senaman yang banyak mengeluarkan peluh, tapi cukup senaman yang ringan saja seperti jalan kaki, berbasikal, dan lain-lain. Waktu senaman yang baik adalah menjelang berbuka puasa.
7. Tidur siang.
Ini akan membantu kita agar tidak mengeluarkan cairan tubuh berlebihan ketika terik matahari. Selain itu, tidur siang akan mengurangi rangsangan lapar yang berasal dari perut.

Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
Bila salah & Khilaf telah terjadi
Maka Mohon Maaf Lahir & Batin atas kesalahan
“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkati dibulan yang penuh barakah ini>>>>>>> ( ^ _ ^ ) <--- kaherah@tembam

AiShah..<3


Yeeeeeaaaahhhh Puasa

Assalamualaikum

Burung nuri berlari2, Pergi berjumpa si burung merak, Bulan syaaban melangkah pergi, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

#Pesanan ain untuk orang yang membaca blog ain..(kalau ada la...padahal tak de pun yang nak baca..huhuhu....)

Yang pertama: PUASA sungguh2 kerana ALLAH TAALA (jangan la kerana duit raye..kihkihkih)

Yang kedua:    Jaga mata, mulut dan telinga.... (jangan lihat, bercakap dan dengar perkara2 yang tak baik.)
 
Yang ketiga:    Solat lima waktu (jangan pose je lebih tapi tak solat...tak gune gak pose...wat penat je...)

Yang keempat: Baca Al-Quran (cube khatam Quran)

Yang kelima:   jangan tido je... buat la perkara2 yang faedah2.

::pesanan ni macam untuk budak2 je kan..hehehe::



SELAMAT BERPUASA <3 ( ^ _ ^ ) <--------- AinShah


Wednesday, July 18, 2012

BULU MATA


Kafa's student: Ustazah..bulu mata ustazah jatuh...kat sini..(sambil tunjuk kat pipi)
Aku     :(aku senyum je (^_^) sambil menyentuh pipi...)



Hehehehe...Sweet la anak murid2 aku ni...mende yang kecik pun diorang nampak...hohohoho.. cute tak diorang??...mesti la cute...cam ustazah diorang kan.....kihkihkih...(^_^)....





Monday, July 16, 2012

Kisah Yang Mesti Dibaca Oleh semua

<Terasa Ketika Membaca Kisah Perjuangan Ini, Banyak Pengajaran Yang Dapat Kita Ambil Terutama Sebagai Pendakwah dan Proses Didikan Anak Kita>

"Tersentuh. Perlu selalu bercerita dengan anak-anak. Kisah-kisah yang membina keimanan."

Sy pernah bertemu dgn seorang pendakwah yg menceritakan kpd sy sebuah kisah yang buat air mata sy mengalir deras...bahkan skrg pun sy dah sebak bila tringat kisah ni...

Tentang seorang anak prmpuannya yg berumur 7 tahun...

Dia seorang yg miskin..tapi sgt menjaga agama,di rumahnya tiada tv tp yg ada cuma pembacaan hadis dan kisah2 sahabat nabi saw..dia seorang pendakwah tnpa gaji yg berdkwah ikhlas dgn wang sendiri..

Tiap hari dia hantar ank perempuannya ke sekolah dan berikan wang saku...anaknya trima dgn snyuman dan ciuman pd bapanya...

Pada satu hari,bapanya ingin keluar berdkwah ke satu tempat yg agak jauh,tapi duitnya tak cukup utk dia tinggalkan nafkah pd ank istri sepeninggalannya dan juga belanjanya sendiri ketika berdkwah....dia mulai runsing dan berbincang dgn istrinya,tanpa dia sedar,anak kcil nya tu terdengar perbualan mereka...

Lalu dia dtg dgn sejumlah wang yg agak byk dlm sebuah bekas dan serahkan pd bapaknya smbil berkata,

'abi,ni nana bg hadiah kt abi,abi buatlah belanja kluar dkwah....'

Dia terkejut lalu bertanya:

'dari mana nana dpt byk duit sbyk ni?'

Anknya menjawab..

'ni duit belanja yg abi bagi setiap hari.... ^_^ (dgn snyuman ceria)...'

Maka dia bertambah terkejut dan bertanya..

'habis tu,nana makan apa kat sekolah??????'

Anknya menjawab...

'nana tahu,abi x byk duit,nana juga faham,agama tu penting,sbb tu nana simpan smua duit yg abi bagi dlm satu bekas,nana kumpul smua sbb nk bg kat abi supaya abi gunakan duit tu di jalan allah...abi jgn lah risau,nana tringin sgt nak jadi mcm fatimah,khadijah,sumayyah yg mcm abi dan ummi critakan pd nana tiap2 malam tu...tapi nana kan kecik lg,nana x mampu bjuang mcm diorang..ini je yg nana mampu korbankan utk agama...tiap hari kan,nana kat sekolah,bila nana lapar je,nana akn minum air paip...abi jgn lah risau...^_^ '

Maka umi dan abinya pun menangis laju..teresak2....
Syukur yg teramat kerana dikurniakan anak yg msih kcil tp faham agamanya tinggi spti wanita2 yg ditarbiah rasulullah...

Skrg hisab diri kita?

Apakah kita seperti wanita yg ditarbiah rasulullah?
Atau kita sprti wanita yg ditarbiah yahudi,nasrani,barat?

✿ Mari berubah jadi baik..
~lala..
biar pedas sampai kebas,
mati itu pasti jadi hidup biar bererti
Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie.
Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.
 

Sweet Love

Rasulullah Tersenyum Ketika Berlumba Lari Dengan Aisyah..(sweet love)

Kehidupan rumah tangga Rasulullah patut dijadikan tauladan oleh umatnya kerana baginda sangat pandai menciptakan suasana damai dan baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya.
Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah;

Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dala satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan dihadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: “Ayuh kita berlumba lari.”

Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.

Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.

Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku: “ Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu.”

Sunday, July 15, 2012

Maafkan saya

Assalamulaikum..
awak....
saya mintak maaf...
sebab...
saya bukanlah seorang solehah..
awak...
saya mintak maaf...
sebab..
saya selalu ajak awak berbual di telefon dan mesej...
sampai awak lalai...


awak...
saya mintak maaf...
sebab...
saya takut untuk menegur awak...
sehingga awak melalukan kesalahan awak
berulang kali....

awak...
saya mintak maaf...
sebab...
saya selalu tak dapat kawal perasaan saya...
marah...
sedih...
merajuk..
semuanya awak kena layan...
kesian awak....

awak...
saya mintak maaf...
sebab...
tak jaga perasaan awak...
sampai awak sedih kerana saya...

awak..
saya cuba nak jadi solehah,...
tapi...
dugaan banyak sangat yang datang...
kadang2 saya rasa putus asa...

awak...
saya cuba tak nak selalu telefon dan mesej...
tapi...
saya tak boleh....
saya...
asyik teringat awak...
kenapa dengan hati saya ni....

awak...
saya cuba nak tegur kesalahan awak...
tapi saya takut awak terasa...
sebab itu saya suka berdiam diri...

awak...
saya cuba tak nak selalu telefon dan mesej...
tapi saya tak boleh...
saya asyik teringat awak...

awak...
saya cuba kawal perasaan saya...
kadang2 saya berdiam diri...
kadang saya duduk termenung...
berusaha tak nak awak layan karenah saya..
saya tak nak awak rimas 
dengan saya...

awak...
saya sudah cuba nak jaga hati awak..
saya cuba sedaya upaya saya...
tapi...
saya tak boleh...


awak..
perempuan yang baik...
untuk...
lelaki yang baik....macam awak!..
tapi..
saya bukanlah perempuan yang baik...
 mungkin ada perempuan yang baik untuk awak...
di luar sana...
saya undur diri saya...
selepas ni jangan tanya...
kemana perginya saya...
kenapa saya berdiam diri...
diamnya saya...
kerana saya tahu...
saya tak layak untuk awak...

Maafkan saya...


Friday, July 13, 2012

TIDUR DENGAN AIR MATA

Assalamualaikum...

Hari ni ain dah ok cket..semalam rase tak sehat sangat2...rase nak demam...badan saket2..kepala rase nak pecah je...sampai tak pasan air mate kuar...tido ngan air mate...alhamdulillah..skang dah ok...tapi hati lak yang tak bape ok...(-_-)..


::ain tau ALLAH bagi banyak dugaan kat ain sebab DIA sayang dengan ain...::