“Amboi Ain, jauh termenung nampak, sampai jatuh handset tu,
tengah teringat kat sape tu?” sinis Aishah, “xde pape la Aishah, teringat kat kampung
je” balasku ingin menyembunyikan perasaanku yang sebenarnya agak sugul ketika
itu. Aku tak tahu kenapa hasrat Hafiz untuk berkahwin bagaikan memberi seribu
duka kepadaku, sedangkan aku mengenalinya sebagai seorang kawan yang selalu
membimbingku ketika aku dan dia sama-sama belajar di peringkat ijazah dulu.
Hasratnya untuk menyambung pelajarannya di peringkat MA (Hons) di Jordan telah tercapai
apabila permohonannya diterima pihak universiti di Jordan berdasarkan
keputusannya yang cemerlang ketika di peringkat ijazah dulu. Dia sememangnya
kawan yang amat menghargai dan mencintai ilmu bagiku. Segala nasihatnya amat berguna
buatku..”Alhamdulillah, sampai disini saje kelas kita, Ustazah doakan kamu
semua dpt buat yang terbaik untuk peperiksaan akhir minggu depan” aku tersenyum
melihat karenah anak2 muridku sambil melangkah meninggalkan kelas...”Assalamualaikum
Ustazah, petang nie jangan lupe datang mesyuarat tau” aku terkejut dengan
sapaan Ustaz Shahrul, lamunanku terhadap telatah muridku sebentar tadi bagai
hilang dibawa angin “Ye Ustaz, InsyaAllah, saya datang” balasku ringkas
kepadanya. Ustaz Shahrul merupakan guru baru di sekolah aku bekerja, dia baru melangkah ke alam kerjaya sebagai pendidik yang merupakan lulusan dari universiti tempatan. Aku selesa bertugas bersamanya
kerana dia banyak membantuku dalam tugas sebagai pendidik. Aku kagum melihatnya,
walaupun masih baru menjadi warga pendidik, dia seakan2 tidak kekok melayan telatah
anak2 muridnya…”cuba awak tengok Ustaz Shahrul tu”, Nampak mesra je dengan anak
muridnya, macam da ade pengalaman mengajar” soalku kepada Aishah yang sedang asyik melayan facebook, “mungkin dia
dah kawin kot, dah biasa dengan budak2 agaknya” balasnya spontan…"Ish, tak mungkin la, dia muda dari saya, takkan la dah kawin"... bersambung…
No comments:
Post a Comment