Thursday, September 5, 2013
BIAR TIDAK CANTIK TETAPI PUNYA AGAMA DALAM DIRI
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).
Isteri : Ramai kan yang berniqab?
Suami : Kerana awak ada agama.
Isteri : Ramai kan yang ada agama?
Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik…
Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya...
Wednesday, September 4, 2013
"UKHWAH ITU INDAH APABILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH"
Assalamualaikum...
----> Buat insan yang pernah MENYAKITI SAYA..
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang saya rasakan...
----->Buat insan yang pernah SAYA SAKITI...
Maafkanlah kekhilafan saya, saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan...
------>Khas buat SAHABAT-SAHABAT SAYA...(^_~)
Mungkin di antara kita memiliki banyak jurang perbezaan, tetapi ukhwah antara kita sangat indah..
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang saya rasakan...
----->Buat insan yang pernah SAYA SAKITI...
Maafkanlah kekhilafan saya, saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan...
------>Khas buat SAHABAT-SAHABAT SAYA...(^_~)
Mungkin di antara kita memiliki banyak jurang perbezaan, tetapi ukhwah antara kita sangat indah..
~~~ Sem 7 dah kita....(^_~) suka duka...gaduh2....jeling2...ejek2...banyak lagi la kita tempuhi....kadang2 tak bertegur sapa...bila ingat2 je...rasa macam kelakar pun ada..tapi bila ain dok termenung...mesti ain akan rindu dengan kenangan2 kita semua2 tu..ye la semua akan buat haluan masing2 bila dah habis belajar nanti..ermm..mungkin ada antara kita bertemu kembali dan mungkin tak akan bertemu lagi...rasa sedih bila pikir semua2 tu sebab ain pasti sangat kenangan antara kita tak akan kembali..huhuhuhu ape2 pun cuba didik hati untuk terima sebuah perpisahan yang akan berlaku antara kita semua nanti....(~_~)
**Sikit kata-kata untuk awak semua yang bergelar sahabat saya...**
*~~* Ermm..kalau sem 7 nanti ain ada wat korang sakit hati..wat korang terasa hati secara sedar atau tak sedar..sori ye...hehehe..mintak maaf awal2 dulu...ermm...pe lagi ye..ermm...ok semoga kita berjaya sama2....pe2 pun chaiyok3 untuk sem 7 ni... *~~*
ok tu je nak cakap kot...jumpa korang kat bumi usim nanti.... (9/9/2013)
"UKHWAH ITU INDAH APABILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH"
Tuesday, September 3, 2013
SOLAT DHUHA..JANGAN MALAS!
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
Entah tak tahu la ape kejadah ubat ni...ain jadi tak mengantok...padahal doktor dah pesan ubat yang dia bagi tu mengantok tapi cam mana boleh tak mengantok lak..tapi tak pe la..mata tak leh nak tutup..tibe2 tegerak hati nak citer pasal solat dhuha..ermmm....jujur sangat2 ain jarang wat solat dhuha..aishhh....pemalas3....
insyaALLAH cuba nak istiqomah...tapi susahnya la...pe2 pun nak cuba jugak..cuba nak tarbiah diri ni...tapi kenapa ek kiter rase malu bler nak wat sume2 ni..contohnya..solat dhuha la..malu kalau kawan kiter puji la ape la..aishhh...
pe2 pun jom start dari sekarang...esok wat solat dhuha...(^_^) tak boleh malas2.." nak tarbiah jangan manja.."...
ain copy paste je dari blog len..jom baca sama2 dan amalkan...(^_~)
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud).
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Cara Mengerjakan Solat Dhuha1. Niat
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
5.Berdoa
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
- Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
sumber sini
Monday, September 2, 2013
Nur Ain (bahagian 21)
"Astaghfirullah...." Aku terus mengusap mukaku. Aku lihat jam menunjukkan pukul 6 pagi. Waktu subuh telah masuk. Aku terus menuju ke bilik air. Seusai solat aku terus membaca Al-Quran. Aku mulakan surah Al-fatihah dan seterusnya surah Al-baqarah. Sesekali aku menutup mataku. Mulutku bergerak-gerak membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Aku berhenti, mimpi tadi mengangguku. Aku cuba untuk menghilangkannya tetapi ingatan pada mimpi itu terus menerjah dalam ruang kepalaku. Al-Quran ku tutup kembali. Mataku memandang jam dinding. Baru pukul 7.... bisik hatiku. Aku berbaring semula.
"Assalamualaikum.." Suara yang seakan menangis. "Mak...." Aku menjerit. Aku peluk erat mak. "Mak..ain rindu mak..." Aku menangis. Mak juga turut menangis. Mak cium pipi dan dahiku. "Kenapa ain tak telefon mak ain masuk hospital..." Tanya Mak yang masih memeluk aku. Lantas aku berkata " Ain minta maaf mak..." "Tak pe..nasib baik ain tak da apa-apa..." Tangisan Mak semakin reda. Mak seorang yang cepat risau tentang anak-anaknya. "Siapa bawa mak? " Tanya Aku bingung. "Along kamulah..." Balas Mak. Aku mengangguk. Mungkin Ustaz Shahrul beritahu Abang tentang keadaanku. Tetapi bagaimana dia tahu abang aku? Hairan..
Masa berjalan dengan cepat. Rawatan demi rawatan. Aku rasa badanku tidak mampu menerima rawatan lagi. Aku selak setiap helaian album. Kenangan kembali berpaut. Aku rindu dengan telatah anak-anak muridku. Aku rindu dengan gelak ketawa Aishah. Aku rindu semuanya. Aku angkat album. Aku rapatkan ia didadaku. Keadaan aku yang masih bertekung. "Ain..jom makan..mak ada masak makanan kegemaran ain.." Mak tersenyum melihat aku. " Baik mak..." Aku senyum kembali.
"Mak..ain minta maaf.." Aku mula berbicara. Nasi aku suap ke mulut perlahan. Aku tidak selera untuk makan tetapi untuk menjaga hati mak aku cuba juga untuk makan. "Kenapa ain nak minta maaf..ain tak buat salah apa-apa kat mak.." Mak angkat pinggan ke singki. "Ain tak dapat nak tolong mak masak..tak dapat nak kemas rumah dengan mak..nak basuh baju...nak gurau dengan mak...ain tak dapat nak jadi macam dulu..." Kata aku dengan perlahan. Mak diam. Aku lihat mak sudah selesai membasuh pinggan. Mak terus menuju kepadaku. Mata mak merah. "Mak bersyukur ain ada dengan mak...sudah cukup buat mak gembira..." Kata Mak. Aku lihat air mata mak keluar daripada mata tuanya. Sesekali juga dia menyapu air mata tatkala air mata itu jatuh dari tubir matanya.
Bersambung.....
"Assalamualaikum.." Suara yang seakan menangis. "Mak...." Aku menjerit. Aku peluk erat mak. "Mak..ain rindu mak..." Aku menangis. Mak juga turut menangis. Mak cium pipi dan dahiku. "Kenapa ain tak telefon mak ain masuk hospital..." Tanya Mak yang masih memeluk aku. Lantas aku berkata " Ain minta maaf mak..." "Tak pe..nasib baik ain tak da apa-apa..." Tangisan Mak semakin reda. Mak seorang yang cepat risau tentang anak-anaknya. "Siapa bawa mak? " Tanya Aku bingung. "Along kamulah..." Balas Mak. Aku mengangguk. Mungkin Ustaz Shahrul beritahu Abang tentang keadaanku. Tetapi bagaimana dia tahu abang aku? Hairan..
Masa berjalan dengan cepat. Rawatan demi rawatan. Aku rasa badanku tidak mampu menerima rawatan lagi. Aku selak setiap helaian album. Kenangan kembali berpaut. Aku rindu dengan telatah anak-anak muridku. Aku rindu dengan gelak ketawa Aishah. Aku rindu semuanya. Aku angkat album. Aku rapatkan ia didadaku. Keadaan aku yang masih bertekung. "Ain..jom makan..mak ada masak makanan kegemaran ain.." Mak tersenyum melihat aku. " Baik mak..." Aku senyum kembali.
"Mak..ain minta maaf.." Aku mula berbicara. Nasi aku suap ke mulut perlahan. Aku tidak selera untuk makan tetapi untuk menjaga hati mak aku cuba juga untuk makan. "Kenapa ain nak minta maaf..ain tak buat salah apa-apa kat mak.." Mak angkat pinggan ke singki. "Ain tak dapat nak tolong mak masak..tak dapat nak kemas rumah dengan mak..nak basuh baju...nak gurau dengan mak...ain tak dapat nak jadi macam dulu..." Kata aku dengan perlahan. Mak diam. Aku lihat mak sudah selesai membasuh pinggan. Mak terus menuju kepadaku. Mata mak merah. "Mak bersyukur ain ada dengan mak...sudah cukup buat mak gembira..." Kata Mak. Aku lihat air mata mak keluar daripada mata tuanya. Sesekali juga dia menyapu air mata tatkala air mata itu jatuh dari tubir matanya.
Bersambung.....
Saturday, August 31, 2013
Nur Ain (bahagian 20)
"Aishah!...." panggil aku. Aku tersedar. Pipi aku sudah basah dengar air mata. "Ain.." Aku lihat Ibu Aishah duduk disebelah aku. "Ain...ikhlaskan ye..." Kata-kata Ibu Aishah membuatkan aku bertambah menangis lagi lalu aku peluk erat beliau. "Ain sayang Aishah..." Ibu membiarkan aku menangis. Ibu usap belakangku dan ibu pegang pipiku. "Ain..kalau ain sayangkan aishah..please jangan menangis.." Kata Ibu lembut. "Baik Ibu..." Balas aku sambil menahan tangisku. "Ibu balik dulu ye..esok ibu datang lagi ye.." Kata ibu tersenyum.
"Eh ain kat mana? " Tanya aku hairan. "Ain ada kat hospital, siang tadi ain pengsan...tapi Ustaz Shahrul kata ain tak ape-ape..dia yang hantar ain ke hospital" Balas ibu.
"Assalamualaikum.." Ustaz Shahrul dimuka pintu. Ibu tersenyum. " Eh Ustaz Shahrul..waalaikumussalam..makcik balik dulu ye sebab ada hal yang perlu di selesaikan..". Selepas Ibu Aishah berlalu pergi aku lihat Ustaz Shahrul duduk di kerusi disebelahku. "Ain...izinkan saya jumpa wali awk..erm..saya nak jaga awak.." Kata Ustaz Shahrul tunduk. "Kenapa Ustaz nak jaga saya, saya pandailah jaga diri sendiri.." Aku palingkan mukaku. "Ain.." Panggilnya lagi.
"Erm..maaf ya.." Doktor Anis mencelah. "Ain..masih ingat saya lagi?.." Tanya Doktor Anis. Aku hanya mengangguk. "Ain ingat lagi pesan saya dulu? " Tanya Doktor Anis lagi. "Pesan ape ye doktor? " Aku tidak menjawab soalan doktor. "Ain...dulu saya pesan pada awak, kalau awak sakit kepala lagi. awak harus cepat datang hospital.." Jawab Doktor Anis. Aku lihat mukanya serius. "Ala..doktor..sakit kepala sikit je..". Doktor Anis menggelengkan kepalanya dan lama dia mendiamkan diri. "Ain..saya harap awak bersabar dengan apa yang saya nak beritahu awak..semuanya tu ujian daripada Allah. "Doktor memegang bahuku. Aku lihat Ustaz Shahrul tunduk. Aku kira dia mungkin sudah tahu apa yang Doktor Anis nak beritahu padaku. "Ain..awak menghidap barah otak.." Doktor Anis memandangku. Aku tersenyum. "Terima kasih doktor sebab bagi tahu ain..mungkin ain banyak dosa sebab tu Allah bagi penyakit ni untuk hapuskan dosa-dosa ain..". "Saya tak pernah lagi jumpa orang macam ain ni..masih boleh tersenyum ketika mengetahui penyakitnya.." Kata Doktor Anis sebak. "Ain..rehatlah ye..saya minta diri dulu.." Kata Doktor Anis. Aku hanya mengangguk.
Aku memandang Ustaz Shahrul. " Kenapa Ustaz nak kahwin juga dengan saya padahal ustaz tahu saya ada penyakit barah.? " Tanya Aku. Lama juga Ustaz Shahrul membisu. Dia angkat perlahan mukanya. " Saya akan bagi tahu ain selepas ain telah menjadi halal buat saya.." Balas Ustaz Shahrul. " Ermm..saya mintak diri dulu ye..Assalamualaikum.." Ustaz Shahrul terus menuju ke pintu. Selepas bayangan dia menghilang aku terus mencari telekung. Aku lihat ada sebuah beg di atas meja sebelah katilku. Aku buka aku lihat ada sehelai telekung dan sejadah. Lantas aku tersenyum. Terima kasih ibu..
Selepas menunaikan solat isyak. Bisik hatiku adakah aku perlu menerima lamaran Ustaz Shahrul? Ahh..malas nak fikirkan.. Aku rebahkan badanku. Aku tutup rapat mataku.
"Sayang abang..." Aku toleh..aku lihat wajah Ustaz Shahrul tersenyum. Aku tersedar.
Bersambung.....
SAYA TAK SEMPURNA AWAK...
Assalamualaikum...
"Maaf, Saya tak sempurna.."
Hari ni terbaring je...sebab dah 2 hari demam+seleseme+batok....(~_~)
ape2 pun ain bersyukur..mungkin ni kaffarah dosa...ain tau dosa ain banyak...sayangnya ALLAH pada ain sampai bagi sakit kat ain untuk hapuskan dosa2 kecik ain....
walaupun ain sakit tapi still puasa gak...(^_^) huhuhu..
tu citer pasal hari ni...tapi citer bape hari ni banyak sangat berlaku kat ain...ain tak salah sesiapa...mungkin ALLAH nak tegur ain melalui orang..thanks pada yang tegur ain tu...erkk...memang mula2 sedih n menangis gak...sebab kawan kiter kan..tapi lama2 ain ok je...ain terima teguran tu dengan hati yang terbuka..dan ain cuba amalkan ape yg ditegur tu...(^_~)
walaupun ain bertudung labuh...tak bermakna ain ni sempurna..setiap ain wat kena perfect....tapi ain cuba nak selarikan sifat dan penampilan ain....bese la iman manusia kadang2 naik..kadang2 turun...dan itulah ain..kadang2 mampu selarikan..kadang2 tak mampu...HEHEHE
erm...semalam result dah keluar....alhamdulillah...(^_^)...chaiyok3 untuk sem 7 lak.......
ok la dah penat taip...assalamualaikum....
~~~~~~~~~~~~~~~
Tuesday, August 6, 2013
SAHUR YANG TERAKHIR
Assalamualaikun....
5:34 a.m.....
sahur yang terakhir ain sediakan untuk family....
(^_~)
Ok tengok2 balik gambar2 yang ain post kat fb...baca semula komen2..rasa macam indah sangat masa tu dan masih terasa sampai sekarang tapi tu dulu....sekarang dah lain..pe pun ain kene terima kenyataan...ade orang kata ain putus asa...ain tak putus asa..tapi ain serah semua pada ALLAH..(^_~)...
ape2 pun esok raya...yeeeaaaahhhhhhh......
bye....
| dalam kenangan..... |
SESAK NAFAS
Assalamualaikum...
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang....
Hari ni tak sehat..(~_~)..sesak nafas...tak tahu la kenapa...rasa macam dah nak dekat je..(dekat ape ek..?)...mak kata ain minum air sejuk dan makan buah tembikai banyak sangat..hehehehe...sebab tu sakit..yeke?...ok mak..tapi sekarang pun rasa lagi..hmmm...
Ok tadi mak tanya larat tak keluar beli baju raya..memang tak larat pun tapi memandangkan mak tak beli lagi..ermm...kesian kat mak...ain pun gagahi gak pergi tapi dengar syarat tak nak drive...hehehehe..kebetulan abah pun nak keluar gak...so abah hantar mak, adik dan ain kat bandar..
best..jalan-jalan..akhirnya dapat gak beli baju raya..puas cari.... akhirnya jumpa yang berkenan dihati..(^_^)....
Ok la nak tido dah..rasa tak larat lak...
bye....
(^_~)
*saya tak nak tipu diri sendiri...rindu sangat...tapi saya harap ALLAH bantu saya untuk keluarkan nama itu dalam hati saya...*
Monday, August 5, 2013
MABRUK AWAK
Assalamualaikum...
بسم الله الرحمن الرحيم
Pas berbuka ain tertidur..yela dah puas nangis...ain keluar nak makan..perot lapar kn...ain tengok mak kat meja makan...ain tunduk je...masuk dalam bilik air..keluar je mak dah masuk bilik...ain ape lg...makan sambil tengok tv...huhuhu...best..sorang2 je...ketawa sorang2....uit bukan giler...tapi tengok citer kelakar... (^_^)
Masak untuk sahur..kejutkan semua orang n ain terus masuk bilik...on9...(^_^)...pas tu solat...mengaji..cket lagi nk abeh...tp tak tau la dan abeh ke tak sebelum raya ni...(bese la pemalas kn...)...huhuhu...dok termenung je...tak tau bler mata ni terlelap....kroihhhh...Zzzz.....hehehehe...
pas tu tolong mak masak untuk berbuka...hari ni buka kat umah sedare...mak tanye je ain angguk dan geleng..ain jwb xtau la...adik2 wat kelakar je ain senyap je....pergghhh...teruknye ain...sori mak..ain cuba kumpul semangat untuk senyum dan happy..beri ain masa...ain tak marah kat mak..ain kecewa dengan seseorang je...
pas buka tadi ain ngan mak jalan2 cari baju raya...tapi tak jumpe pun...tak de size...tak de yang berkenan dihati la..macam2..tapi tak pe sok nak cari lagi...(^_^)
akhir sekali...seorang kawan ain ni kate dia dah bertunang..insyaALLAH..tahun depan dia kawen..(^_^) "mabruk awk!!!..tak sangka saya...awk dah bertunang dan serius dalam perhubungan..nasihat saya...jangan main2 lagi...susah nak jumpe wanita yang boleh terima pasangan dia seadanya..hargailah dia..ok...saya doakan awak bahagia ke anak cucu cicit...dan cuba la setia dan tetap pendirian awk tu...bye..."
(^_^)
*ain bler lagi?...ain tunggu jodoh bergolek dari langit...hehehehe.....
Sunday, August 4, 2013
MY DEAR AINSHAH
Assalamualaikum...
بسم الله الرحمن الرحيم
Adik ain ade post satu kate2 ni...tap kat wechat la...agak tersentuh dengan kata2 dia...tapi ain olah semula untuk sape2 yang nak baca... (^_^)
"hebatnya awak apabila mampu bangun sendiri and go on life awak tanpa serabut fikirkan orang yang tak patut difikir sebab tak pernah menghargai awak.."
Ain cuba bangun semula...ain perlukan kata-kata semangat daripada sesiapa yang sudi bantu ain...bantu untuk ain rawat semula hati ain...(^_~)
Ain yakin jika ain utamakan ALLAH..DIA akan bantu ain untuk ain teruskan hidup dengan hati yang telah dirawat dengan cintaNYA...
Ain bersyukur dengan nikmat sayang kepada manusia yang telah dipinjam sekejap untuk ain merasainya.....perasaan tu wat ain bahagia...thanks to Allah...
Ain bersyukur jugak nikmat rasa kecewa dan sakit hati....perasaan ini untuk ain ingatkan jangan cinta&sayang kepada manusia lebih daripada yang SATU...
Ain ni mudah lupa...bila susah baru nak cari ALLAH...bila senang lupa..ibadat pun wat gitu2 je...aishhh...tak baik ain ni....jangan contoh sikap ain ni...ain baru sedar...ain nak orang bila susah senang bersama dengan ain..tapi tak wat macam tu dengan ALLAH...Allahu akbar... jahatnya ain ni....
Ok la..ain cuba untuk perbaiki lagi hubungan ain dengan ALLAH..mana yang kurang ditambah...yang pasti..wat ape2 kerana ALLAH...
"Allah ambil sesuatu daripada kita kerana DIA hendak beri kita sesuatu yang lebih baik..yang terbaik untuk kita... "
To my dear (Ainshah)...
*thanks for everything.....
Subscribe to:
Posts (Atom)







