Pages

Saturday, August 31, 2013

Nur Ain (bahagian 20)

"Aishah!...." panggil aku. Aku tersedar. Pipi aku sudah basah dengar air mata. "Ain.." Aku lihat Ibu Aishah duduk disebelah aku. "Ain...ikhlaskan ye..." Kata-kata Ibu Aishah membuatkan aku bertambah menangis lagi lalu aku peluk erat beliau. "Ain sayang Aishah..." Ibu membiarkan aku menangis. Ibu usap belakangku dan ibu pegang pipiku. "Ain..kalau ain sayangkan aishah..please jangan menangis.." Kata Ibu lembut. "Baik Ibu..." Balas aku sambil menahan tangisku. "Ibu balik dulu ye..esok ibu datang lagi ye.." Kata ibu tersenyum.
"Eh ain kat mana? " Tanya aku hairan. "Ain ada kat hospital, siang tadi ain pengsan...tapi Ustaz Shahrul kata ain tak ape-ape..dia yang hantar ain ke hospital" Balas ibu.

"Assalamualaikum.." Ustaz Shahrul dimuka pintu. Ibu tersenyum. " Eh Ustaz   Shahrul..waalaikumussalam..makcik balik dulu ye sebab ada hal yang perlu di selesaikan..". Selepas Ibu Aishah berlalu pergi aku lihat Ustaz Shahrul duduk di kerusi disebelahku. "Ain...izinkan saya jumpa wali awk..erm..saya nak jaga awak.." Kata Ustaz Shahrul tunduk. "Kenapa Ustaz nak jaga saya, saya pandailah jaga diri sendiri.." Aku palingkan mukaku. "Ain.." Panggilnya lagi.

"Erm..maaf ya.." Doktor Anis mencelah. "Ain..masih ingat saya lagi?.." Tanya Doktor Anis. Aku hanya mengangguk. "Ain ingat lagi pesan saya dulu? " Tanya Doktor Anis lagi. "Pesan ape ye doktor? " Aku tidak menjawab soalan doktor. "Ain...dulu saya pesan pada awak, kalau awak sakit kepala lagi. awak harus cepat datang hospital.." Jawab Doktor Anis. Aku lihat mukanya serius. "Ala..doktor..sakit kepala sikit je..". Doktor Anis menggelengkan kepalanya dan lama dia mendiamkan diri. "Ain..saya harap awak bersabar dengan apa yang saya nak beritahu awak..semuanya tu ujian daripada Allah. "Doktor memegang bahuku. Aku lihat Ustaz Shahrul tunduk. Aku kira dia mungkin sudah tahu apa yang Doktor Anis nak beritahu padaku. "Ain..awak menghidap barah otak.." Doktor Anis memandangku. Aku tersenyum. "Terima kasih doktor sebab bagi tahu ain..mungkin ain banyak dosa sebab tu Allah bagi penyakit ni untuk hapuskan dosa-dosa ain..". "Saya tak pernah lagi jumpa orang macam ain ni..masih boleh tersenyum ketika mengetahui penyakitnya.." Kata Doktor Anis sebak. "Ain..rehatlah ye..saya minta diri dulu.." Kata Doktor Anis. Aku hanya mengangguk.

Aku memandang Ustaz Shahrul. " Kenapa Ustaz nak kahwin juga dengan saya padahal ustaz tahu saya ada penyakit barah.? " Tanya Aku. Lama juga Ustaz Shahrul membisu. Dia angkat perlahan mukanya. " Saya akan bagi tahu ain selepas ain telah menjadi halal buat saya.." Balas Ustaz Shahrul. " Ermm..saya mintak diri dulu ye..Assalamualaikum.." Ustaz Shahrul terus menuju ke pintu. Selepas bayangan dia menghilang aku terus mencari telekung. Aku lihat ada sebuah beg di atas meja sebelah katilku. Aku buka aku lihat ada sehelai telekung dan sejadah. Lantas aku tersenyum. Terima kasih ibu..

Selepas menunaikan solat isyak. Bisik hatiku adakah aku perlu menerima lamaran Ustaz Shahrul? Ahh..malas nak fikirkan.. Aku rebahkan badanku. Aku tutup rapat mataku.

"Sayang abang..." Aku toleh..aku lihat wajah Ustaz Shahrul tersenyum. Aku tersedar. 

Bersambung.....






No comments:

Post a Comment