SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga
perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk
waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak
gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah.
Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak
muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang
belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih
memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal
dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar
kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih
bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka
punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat
yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita
saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka?
Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang
masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya
beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia
bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi,
sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu
kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa
banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi
tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat
hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju
berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah
dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah
kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu
memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun
sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin
berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang
perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah
orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi
Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin?
Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib
pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang,
sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat
dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri
jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja
sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam
semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun
tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling
rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai
puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga
golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang
mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis
yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga
kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh
buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa
kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau
rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu
maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan
dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba
bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda
yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan
perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah
maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal,
tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang
haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila
datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha
terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau
lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan
yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya
kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat
penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya
panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap
menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata,
ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau
apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan
mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat
lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi
tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya
adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah
bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat
menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah
tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu
terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal
masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan
cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang
nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap
hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang
terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh.
Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah
Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa
banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja
membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin
al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai
baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu
Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk
golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah
awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi
semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang
kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa
yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk
golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
::copy&paste::
No comments:
Post a Comment