Pages

Friday, November 30, 2012

PERANCANGAN ALLAH

Assalamualaikum...

Kenapa ALLAH lambatkan sesuatu perkara dalam diri kita?..

nak tahu tak?...(pejam mata dulu?...)

(pas tu wat muka comel macam ain...^_^...hehehehe)

sebab ada suatu hikmah...

hikmah yang tidak pernah kita terfikir....

Sebagai contoh diri ain...

teringat waktu nak masuk tingkatan 1..

ain lambat masuk sebab ain sakit..(demam teruk...)

hikmahnya disini..ain tak kena pun minggu orientasi....hahahahah...

dan dulu nak masuk kuliah...(stam...)

surat tawaran datang lambat....

ain dah risau...

yela...member semua dah masuk...

ain sampai fikir mungkin ain tak layak...

tapi akhirnya ain dapat masuk gak....(ada masalah pos surat kot...surat tak sampai rumah...)

hikmahnya disini ain pun tak kena minggu orientasi...

hehehehhe....(^_^)

cam tu gak masuk U...second intake

pun sama gak....pihak terkejut ain tak dapat masuk first intake...

so ain pun tak kena minggu orientasi...hohohoho

ALLAH tahu ain memang tak suka sesi taaruf dan sesuatu yang perlu tergesa2 ni..

thank you ALLAH... (^_^)



<3 PERANCANGAN ALLAH SWEET <3


 
 

 




Tuesday, November 27, 2012

DOKTOR OH DOKTOR

Assalamualaikum

Baru balik daripada klinik...

sekali pergi doktor bagi 4 jenis ubat...

ape2 pun alhamdulillah tak ada ape2 pun...

ish...ain pikir bukan2 je...hehehehe...(^_^)

dah makan ubat dan pas tu nak tido jap...

rindu kat dia...(eh..tiba2 je.....^_~) 




PILIH KASIH

Assalamualaikum...

Cuba tak nak terasa dengan sesiapa...

cuba...

cuba...

dan ain terus cuba...

alahai nak wat cam ne hati ni sensetif sangat....

(T_T)

semalam hari yang paling sedih...

sambil cerita tu sambil tu air mata begenang...


kenapa mesti ada pilih kasih...

(~_~)

tekilan dan sedih sangat2...

Sunday, November 25, 2012

NIKMAT SIHAT

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...Syukur sangat2 Allah masih lagi bagi pinjam nyawa kat ain...ain dapat lagi tatap wajah mak dan family...(^_^),,,berapa hari yang kurang sehat...dada terasa sempit...nafas semakin sesak...hanya kepada ALLAH ain mengadu dan mohon dipanjangkan umur lagi....(^_^)...kita tak tahu bila tarikh kematian kita...tarikh yang begitu rahsia..tetapi tetap berdoa umur dipanjangkan...(^_^)saat datangnya sakit...barulah kita terasa nikmat sehat itu...so...hargailah nikmat itu.... (^_^)...tu je nak bagi tau...daaaaa.... (^_^)



Wednesday, November 21, 2012

BADMOOD PUNYER PASAL

Assalamualaikum..

Selamat malam...

Mata dah ngantok tapi stiil lagi nak update blog...(eeeiii...babab ain ni nanti...)

Seminggu dua ni asyik midterm je...adoyaaaiiii...pening dan tension gak...badmood dan mcam2 lagi...
sesetengah orang kalau badmood...ada yang senyap membisu...suka ketawa...dan ada yang menangis...ermmm....ada gak bila badmood mesti nak marah..kalau marah suka lepaskan kat orang...hehehehe...(temasuk ain ni la..yeke?..tak kot...huhuhu..)...sekarang ni ain cuba untuk senyap dan tidur...bukan tidur sekejap2 tapi berjam2 untuk pulihkan rasa badmood ni...waaahhh...teruknya ain ni....anak dara apa ni...(erkkkk...) ain cuba cara ni untuk elak orang lain terasa dengan ain...yela kalau dah marah2 mestilah mende2 tak patut keluar kan??.....tapi kalau diam gak tak lah bermaksud tak akan wat orang terasa kot...(yeke....?) rasanya tak kot...jujur lah bila orang wat cam tu kat ain...ain terasa..ke sebab ain ni memang sensetif orangnya....(owh...malang sungguh orang dapat ain ni....sentiasa nak orang pujuk..yela...ain suka merajuk...^_^)...tapi ain tak mudah badmood dengan orang yang ain sayang...tapi cepat menangis je....ape2 mesti nak menangis....eeeiii..ain tak malu menangis je...cam budak kecik...bweeerrrkkkk....ain teringat seseorang cakap kat ain...perhubungan tak akan kekal kalau ain terus ade sifat sensetif cam ni...errrkkk....ermmm...ain patahkan hujahnya...cewaaaahhh....kalau tak nak kawan dengan ain pergi la jauh2..tak payah la sebok kata tu dn ni...eeeeiiii...bagi ain la...perhubungan itu akan kekal jika kita terima kelemahan masing2...weiiii....manusia tu tak sempurna..dan ada kekurangannya...yang pandai2 cakap tak kekal tu cam sempurna sangatlah...(sila baca dengan nada lembut...^_^)...

#Berusaha untuk buat orang lain tersenyum #

(^_~)

AinSHAH...

Nur Ain (Bahagian 13)

Beep...beep...beep.... Aku terjaga, satu mesej telah diterima..

esok pukul 10 am

Aku rasa sesuatu buruk akan berlaku esok. Ya ALLAH jauhilah aku daripada perkara-perkara buruk. Malam itu aku tidur dengan air mata, mudahnya aku menangis...

Pagi lagi aku sudah bersiap, berjubah dan bertudung labuh sudah cukup selesa bagiku, mataku bengkak, mungkin jika aku memakai kaca mata, orang lain tidak akan perasan mata aku begitu bengkak kerana menangis, aku tidak besarapan pagi itu, aku keluar dan terus menghidupkan enjin kereta. Aku menunggu Aishah di tempat biasa kami bertemu, aku masih teringat kenangan aku dan Aishah, ketika itu kami telah berjanji untuk berjumpa, puas aku menunggu Aishah tetapi bayang-bayang Aishah masih tidak kelihatan, hari semakin senja, suasana semakin sunyi, aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja, sampai aku dirumah, aku lihat Aishah sedang tidur di atas sofa, geram juga aku melihat, terus aku masuk kebilik, malam itu aksi pujuk memujuk antara aku dan Aishah sehingga Aishah tertidur di hadapan pintu bilikku, aku tersenyum sendiri. "Maaf, Aishah lambat.." Suara Aishah menghilangkan kenangan itu. "Tak ape..." Aku senyum. "Aishah tak nak panjangkan cerita..Kenapa Ain sanggup rampas dia daripada Aishah...Ain tahu kan Aishah dah nak kahwin dengan dia, apa yang ain dah cerita pada dia sehingga dia mengubah keputusan " Aishah langsung tidak memandangku. "Ain tak tahu.." Aku menangis. " Yeke tak tahu " Kata Aishah dengan sinis. "Aishah, please percayakan Ain, Ain tak tahu, Ain tak cakap apa pun pada dia, Ain tak balas mesej dia, Aishah..Ain bukan orang macam Aishah sangkakan, Ain tak penah rampas sesiapa, Ain tak tahu dia buat keputusan macam tu, " Tangisanku semakin kuat. Aku berusaha menjelaskan kepada Aishah. Suasana di sekelilingku tidak aku pedulikan, Biarlah orang nak memandang dan ketawa, asalkan Aishah mempercayai kata-kataku tetapi Aishah langsung tidak mempercayaiku. Aishah mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat aku lupakan. " Ain...kalau Ain cemburu tengok Aishah kahwin, Ain cakap pada Aishah, Aishah tahu..Ain sedih tak dapat kahwin dengan Hafiz sebab tu Ain tak nak tengok Aishah kahwin...tak nak tengok Aishah bahagia kan..Aishah menyesal dapat kawan macam Ain, sekarang Aishah tak jadi kahwin, satu keluarga Aishah malu sebab Ain, Aishah benci Ain..." Aishah terus pergi meninggalkan aku. Badanku terhenjut-henjut menahan tangisan. Suasana gelap. Aku rebah.......

Bersambung.....

Saturday, November 17, 2012

Nur Ain (Bahagian 12)

"Nur Ain..saya benarkan awak balik, tapi saya nak ingatkan awak..jika awak ada rasa sakit kepala, awak cepat datang ke hospital ye.." Kata Doktor Anis. "Baiklah doktor..terima kasih " Balas aku sambil memandang jam di dinding. "Ain tunggu siapa? Siapa yang jemput Ain? " Tanya Doktor Anis. Aku hanya membalas pertanyaan Doktor Anis dengan senyuman. Aku tidak tahu siapa yang menjemputku. Setengah jam aku tunggu tetapi tiada siapa yang datang. Ish..tak kanlah ada orang yang jemput kau Ain. Bisik aku dalam hati. Sedang aku mengangkat beg, kepala aku terasa sangat sakit, aku sentuh kepalaku, rasa yang sungguh sakit, Aku teringat pesanan Doktor Anis sebentar tadi. "Jika aku beritahu Doktor, pasti aku kena masuk wad lagi, tak naklah aku" Kata Aku. Aku cuba gagahi untuk bangun dan berjalan menuju ke pintu, belum sempat aku memulas tombol pintu, pintu telah dibuka dari luar. "Assalamualaikum..." "Ain ok..? " Tanya Ustaz Shahrul. Aku hanya mengangguk sahaja. Sepanjang perjalanan. aku hanya berdiam diri, begitu juga Ustaz Shahrul. "Ain...Ain...Ain..." panggil Ustaz Shahrul. "Eh..Ustaz..maaf saya tertidur.." Kata aku sambil menggosok mataku dengan tangan. " Tak apa Ain..kita sudah sampai rumah..tapi rumah Ain macam gelap je..mana Aishah? " Tanya Ustaz Shahrul hairan. Aku hanya mengangkat bahu menandakan aku tidak tahu." Terima kasih Ustaz.." Ucapku. Aku membuka pagar rumahku. Aku menoleh ke belakang. "Ustaz..mungkin ini kali terakhir kita jumpa" Kata aku. "Kenapa Ain? " Ustaz Shahrul cuba berjalan ke arahku. "Ustaz..please...Ain merayu.." Kata aku sambil bergegas masuk ke dalam rumah. "Ain..ini handset saya..kalau ada apa-apa call or mesej je saya ye.." Ustaz Shahrul memberi handset keduanya. Katanya risau aku di hospital kerana tiada siapa menemaniku. Kelurga jauh di kampung. Mereka tidak tahu aku di masukkan ke hospital. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mereka risau. Aku memegang handset. Aku cuba untuk membuka bahagian contact. Tertera nama Aishah Tunangku. "Aishah? " Aku terkejut. "Ya ALLAH..adakah Aku punca Aishah menangis malam tu?..Mungkin Aishah tahu Ustaz Shahrul suka aku. " Aku menangis. Bunyi jam loceng menyedarkan aku. "Dah pukul 7.30..kenapa aku ni.." Aku pergi mengambil wuduk dan terus solat maghrib. Seusai solat maghrib, aku mengambil senaskah Al-Quran pemberian ayah, sudah 3 tahun ayah pergi mengadap Ilahi tetapi terasa semalam sahaja ia berlaku, Aku pegang erat Al-Quran itu dan aku letakkan ke dadaku. Titisan jernih keluar lagi di tubir mataku. Beep...beep...beep...aku tersentak, kenangan bersama ayah hilang, Aku mencapai handset.

Salam..
Ain...
Aishah nak jumpa esok..
tempat biasa..
penting!!..

Bersambung.....

Thursday, November 15, 2012

MY BEFDAY LA.......

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...14/11/2012..genap umur ain 2* tahun (^_^) dah tua ain ni...tapi perangai macam budak2...eeeiiii..berubah ain...berubah..(tengah berubah la ni...)..(^_~)....pagi tu ain dapat hadiah dr seseorang....suka sangat...comey je....bila dapat je hadiah tu...ain mesti cari kertas kat dalam hadiah tu...ain tak kisah hadiah tu kecik mane pun..beli kat pasar malam sekalipun...yang penting...ucapan pada kertas kecik tu dah wat ain tersenyum...terharunya....(terima kasih awk...sy xnk pakai lg...sy nk awk pakaikan bleh..?...) (^_^)...tengah hari...mak lak call...mak kate esok kan befday...terus cakap kat mak..mak hari ni la...pe lagi mak terus wish...selamat hari lahir...(^_^) sayang mak.....muaaahhhh....hehehe...mak terima kasih sebab lahirkan ain...tanpa mak...ain tak akan berada kat tempat mana ain berpijak sekarang ni.....(^_^)...terima kasih gak kat sesape yang wish befday ain....ade yg wish kat fb, anta mesej kat chat dan enset ain....terima kasih kerana ingat kat ain lagi..... (^_^)

eh...kenape ttbe gambo ni......uit3......

Monday, November 12, 2012

AKU PERGI SEBELUM MEREKA




السلام عليكم


Di dalam bas, dari sebuah cerita ke sebuah cerita kami kongsikan, maklumlah kami tidaklah kerap bertemu, sesekali  sahaja bertemu, jika sudah bertemu macam-macam perkara  kami bualkan, gelak ketawa, sedih, merajuk semuanya ada, tidak terlintas di fikiran aku untuk mengajukan satu soalan, soalan yang berkaitan dengan soal perasaan, mungkin bagi sesetengah orang tidak akan dapat menerima  pertanyaanku, tetapi seseorang disebelahku adalah seorang yang telah mengharungi pelbagai ranjau kehidupan, jika aku mengingati apa yang berlaku timbul rasa menyesal dalam diriku dan kagum melihat usaha dan tekadnya untuk berjuang mencari ilmu dibumi usim ini, 

Saya:   Mesti awak teringat kat dia kan..(sambil wat muka sedih..-_-)
Dia:    Siapa ain?
Saya:  Arwah….
Dia:   Oooo…tu la ain…bila masa2 je ALLAH ambil semula ain…
Saya: ye……(-_-)

Pandanganku alihkan ke luar, kata-katanya ringkas tetapi cukup buat aku tersedar kembali, apa yang aku miliki sekarang bukanlah milikku, ia hanya sekadar pinjaman belaka, suatu saat nanti akan dikembalikan kepada TUAN PUNYA SEGALA2NYA, banyangan silih berganti di benak fikiranku, keluarga, “si dia”, dan sahabat2, semuanya adalah pinjaman buatku untuk menjadi pelengkap hidupku, suatu saat nanti mereka juga akan kembali, ya ALLAH…adakah aku sudah bersedia untuk setiap perkara itu….(-_-)..

Aku pinta biarlah aku pergi dulu sebelum mereka..(~_~)

Friday, November 9, 2012

Nur Ain (bahagian 11)

Aku memandang ke arah jam dinding, jarum pendek menunjukkan kearah 5, wajah Ustaz Shahrul masih tidak kelihatan, "Nur Ain tunggu siapa? " Hafiz bertanya. "Aishah tak datang lawat Ain ke? " Tanya aku semula. "Hafiz cuba call dia tapi dia tak angkat..." Jawab Hafiz sambil membetulkan kaca matanya  "ermmm...Ain gaduh dengan dia ke? " Hafiz bertanya lagi. "tak." Jawab ku ringkas. Aku diam. Hafiz semakin sembuh. Kata ibunya, Hafiz semakin sembuh dan telah menerima kenyataan permergian arwah isterinya, Kata ibunya lagi, mungkin ini di sebabkan oleh aku. "Nur Ain...boleh makcik tanya sesuatu? " Tanya Ibu Hafiz. Ketika itu kami duduk di beranda rumah. Aku hanya mengangguk. "Ain suka dengan Hafiz? Makcik nak Ain jadi menantu makcik" Ibu Hafiz senyum memandangku. "Nur Ain..." Hafiz memanggil. Aku tersentak. "Hafiz balik dulu ya". Aku hanya memandang Hafiz sehinnga bayangannya lenyap di sebalik pintu. Baru sahaja aku mahu melelapkan mata. Satu suara kembali menerjah di ruang pintu. "Assalamualaikum..." Ustaz Shahrul tersenyum sambil menunjukkan sebuah bungkusan di tangannya. "Waalaikummussalam.." Jawabku Aku tidak tahu kenapa setiap kali kehadirannya aku rasa bahagia. Setiap masalah dapat dilupakan hanya memandangnya. "Saya ada bawakan kek untuk Ain.." Ustaz Shahrul mengeluarkan kek di atas meja dihadapanku. "Selamat Hari Lahir Nur Ain ". "Macam mana ustaz tahu hari lahir saya? " tanyaku sambil membetulkan kedudukanku. "Rahsia..." Jawab Ustaz Shahrul. "Ain..kek ni warna hijau..tapi kek ni kek coklat..puas saya cari kek hijau...akhirnya ummi saya yang tolong buatkan..." Jelas Ustaz Shahrul sambil memotong kek. "Kenapa warna hijau? " Tanyaku. "Eh...Ain  kan suka warna hijau..." Balasnya. Eh, bagaimana dia tahu aku suka warna hijau, kalau aku tanya lagi mesti dia kata aku ni banyak tanya pula, lebih diam sahajalah, bisikku dalam hati. "Ain makan ye..." Ustaz Shahrul menghulurkan sebuah pinggan. Di atas pinggan itu ada sepotong kek. Kek itu tertulis namaku. "Terima kasih Ustaz" Aku begitu terharu. Selama ini tidak pernah orang memberi aku hadiah sebuah kek.

Bersambung.....

YANG TIDAK PERNAH BOSAN


Akhirnya dia bosan....

(T_T)


Ain...

orang dah bosan dengan ain...

minta maaf dengan kekurangan yang ada...

sememangnya ain tidak sempurna...

tidak memiliki kelebihan untuk di banggakan..

malah hanya layak dilemparkan kata bosan..

dulu pernah ain kata...

berulang kali ain cakap....

ain tak boleh nak percaya dengan sesiapa...

bukan sebab ain tak dapat kenal dan faham..

tapi sebab diri ain...

apa yang telah berlaku dulu..

susah ain kembalikan kepercayaan tu lagi...

itu adalah kekurangan yang paling teruk dalam diri ain...

ain dah jangka mesti perkataan bosan akan keluar daripada mulut orang...

andai inilah caranya...

ain mulakan dengan berdiam diri...

mungkin dengan itu sesiapa tidak akan perasan kehilangan ain..

mungkin itu dapat lupakan setiap kenangan yang ada..

apa la sangat kenangan yang ada sewaktu mula kenal ain sehingga sekarang..

ia seperti arang...yang dibakar...ia terang dan panas dengan api..

akhirnya mula hilang...dan hanya tinggal abu..apabila ditiup angin...

ia terbang...dan hilang begitu sahaja...

begitulah untuk umpamakan kenangan ain...

(T_T)

~Aku punya ALLAH yang tidak pernah bosan denganku~

Thursday, November 8, 2012

MARAH SAYA..TAKUTNYA...

Assalamualaikum...

memang takut nak angkat muka...

pandang pun takut...

tapi still lagi jeling2...

*******

sesekali jeling nak tengok dah ok ke?

tak boleh marah lama2...

sebab...nak tahu?..

kena senyum macam saya dulu... (^____^)

sebab nanti kita cepat rindu....

********

marah ke?..

nak tengok sikit muka..

eiii..takutnya....

buruknya muka awak tengah marah....

(o_O)

********

******




BOSAN

Assalamualaikum...

Saya ain...ain suka fikir bukan2..contoh..orang pandang lain kat ain..ain mesti pikir orang tu tak suka kat ain..nak ubah?...hmmm...susah sangat...hari ni ain dah wat seseorang bosan dengan ain...rasa memang nak menangis bila ain baca....tak tahu nak cakap cam mane..ain tak salahkan dia..dia berhak rasa cam tu...ain tak boleh paksa orang suka dengan ain dan ain tak boleh halang orang benci ain...kenapa ain suka pikir bukan2?...tak ada siapa yang tanya...malah terus memarahi ain...ain ada pengalaman..kisah silam ain....kenapa nak suruh ain ubah secara drastik..ain tak boleh...(-_-)...kenapa tak bagi ain peluang??....kenapa nak marah ain?...kenapa cepat bosan dengan ain...?...ALLAH...andai berada kat tempat ain....cuba rasai apa yang ain rasa...(T_T)...jika dah bosan dengan ain....jauhkan diri daripada ain....carilah seseorang yang sentiasa buat diri awak gembira...carilah seseorang yang di mata awk sempurna..carilah seseorang yang tak pernah buat awk rasa takut bosan..(~_~)..

kelemahan saya dah buat awak bosan...(~_~) ALLAH...tak dapat saya ucapkan dengan kata2...