esok pukul 10 am
Aku rasa sesuatu buruk akan berlaku esok. Ya ALLAH jauhilah aku daripada perkara-perkara buruk. Malam itu aku tidur dengan air mata, mudahnya aku menangis...
Pagi lagi aku sudah bersiap, berjubah dan bertudung labuh sudah cukup selesa bagiku, mataku bengkak, mungkin jika aku memakai kaca mata, orang lain tidak akan perasan mata aku begitu bengkak kerana menangis, aku tidak besarapan pagi itu, aku keluar dan terus menghidupkan enjin kereta. Aku menunggu Aishah di tempat biasa kami bertemu, aku masih teringat kenangan aku dan Aishah, ketika itu kami telah berjanji untuk berjumpa, puas aku menunggu Aishah tetapi bayang-bayang Aishah masih tidak kelihatan, hari semakin senja, suasana semakin sunyi, aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja, sampai aku dirumah, aku lihat Aishah sedang tidur di atas sofa, geram juga aku melihat, terus aku masuk kebilik, malam itu aksi pujuk memujuk antara aku dan Aishah sehingga Aishah tertidur di hadapan pintu bilikku, aku tersenyum sendiri. "Maaf, Aishah lambat.." Suara Aishah menghilangkan kenangan itu. "Tak ape..." Aku senyum. "Aishah tak nak panjangkan cerita..Kenapa Ain sanggup rampas dia daripada Aishah...Ain tahu kan Aishah dah nak kahwin dengan dia, apa yang ain dah cerita pada dia sehingga dia mengubah keputusan " Aishah langsung tidak memandangku. "Ain tak tahu.." Aku menangis. " Yeke tak tahu " Kata Aishah dengan sinis. "Aishah, please percayakan Ain, Ain tak tahu, Ain tak cakap apa pun pada dia, Ain tak balas mesej dia, Aishah..Ain bukan orang macam Aishah sangkakan, Ain tak penah rampas sesiapa, Ain tak tahu dia buat keputusan macam tu, " Tangisanku semakin kuat. Aku berusaha menjelaskan kepada Aishah. Suasana di sekelilingku tidak aku pedulikan, Biarlah orang nak memandang dan ketawa, asalkan Aishah mempercayai kata-kataku tetapi Aishah langsung tidak mempercayaiku. Aishah mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat aku lupakan. " Ain...kalau Ain cemburu tengok Aishah kahwin, Ain cakap pada Aishah, Aishah tahu..Ain sedih tak dapat kahwin dengan Hafiz sebab tu Ain tak nak tengok Aishah kahwin...tak nak tengok Aishah bahagia kan..Aishah menyesal dapat kawan macam Ain, sekarang Aishah tak jadi kahwin, satu keluarga Aishah malu sebab Ain, Aishah benci Ain..." Aishah terus pergi meninggalkan aku. Badanku terhenjut-henjut menahan tangisan. Suasana gelap. Aku rebah.......
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment