السلام عليكم
Di dalam bas, dari sebuah cerita ke sebuah cerita kami
kongsikan, maklumlah kami tidaklah kerap bertemu, sesekali sahaja bertemu, jika sudah bertemu macam-macam
perkara kami bualkan, gelak ketawa,
sedih, merajuk semuanya ada, tidak terlintas di fikiran aku untuk mengajukan satu soalan, soalan
yang berkaitan dengan soal perasaan, mungkin bagi sesetengah orang tidak akan
dapat menerima pertanyaanku, tetapi
seseorang disebelahku adalah seorang yang telah mengharungi pelbagai ranjau
kehidupan, jika aku mengingati apa yang berlaku timbul rasa menyesal dalam diriku dan kagum
melihat usaha dan tekadnya untuk berjuang mencari ilmu dibumi usim ini,
Saya: Mesti awak teringat kat dia kan..(sambil wat muka
sedih..-_-)
Dia: Siapa ain?
Saya: Arwah….
Dia: Oooo…tu la ain…bila masa2 je ALLAH ambil semula ain…
Saya: ye……(-_-)
Pandanganku alihkan ke luar, kata-katanya ringkas tetapi
cukup buat aku tersedar kembali, apa yang aku miliki sekarang bukanlah milikku,
ia hanya sekadar pinjaman belaka, suatu saat nanti akan dikembalikan kepada
TUAN PUNYA SEGALA2NYA, banyangan silih berganti di benak fikiranku, keluarga, “si
dia”, dan sahabat2, semuanya adalah pinjaman buatku untuk menjadi pelengkap
hidupku, suatu saat nanti mereka juga akan kembali, ya ALLAH…adakah aku sudah
bersedia untuk setiap perkara itu….(-_-)..
Aku pinta biarlah aku pergi dulu sebelum mereka..(~_~)
No comments:
Post a Comment