"Nur Ain..saya benarkan awak balik, tapi saya nak ingatkan awak..jika awak ada rasa sakit kepala, awak cepat datang ke hospital ye.." Kata Doktor Anis. "Baiklah doktor..terima kasih " Balas aku sambil memandang jam di dinding. "Ain tunggu siapa? Siapa yang jemput Ain? " Tanya Doktor Anis. Aku hanya membalas pertanyaan Doktor Anis dengan senyuman. Aku tidak tahu siapa yang menjemputku. Setengah jam aku tunggu tetapi tiada siapa yang datang. Ish..tak kanlah ada orang yang jemput kau Ain. Bisik aku dalam hati. Sedang aku mengangkat beg, kepala aku terasa sangat sakit, aku sentuh kepalaku, rasa yang sungguh sakit, Aku teringat pesanan Doktor Anis sebentar tadi. "Jika aku beritahu Doktor, pasti aku kena masuk wad lagi, tak naklah aku" Kata Aku. Aku cuba gagahi untuk bangun dan berjalan menuju ke pintu, belum sempat aku memulas tombol pintu, pintu telah dibuka dari luar. "Assalamualaikum..." "Ain ok..? " Tanya Ustaz Shahrul. Aku hanya mengangguk sahaja. Sepanjang perjalanan. aku hanya berdiam diri, begitu juga Ustaz Shahrul. "Ain...Ain...Ain..." panggil Ustaz Shahrul. "Eh..Ustaz..maaf saya tertidur.." Kata aku sambil menggosok mataku dengan tangan. " Tak apa Ain..kita sudah sampai rumah..tapi rumah Ain macam gelap je..mana Aishah? " Tanya Ustaz Shahrul hairan. Aku hanya mengangkat bahu menandakan aku tidak tahu." Terima kasih Ustaz.." Ucapku. Aku membuka pagar rumahku. Aku menoleh ke belakang. "Ustaz..mungkin ini kali terakhir kita jumpa" Kata aku. "Kenapa Ain? " Ustaz Shahrul cuba berjalan ke arahku. "Ustaz..please...Ain merayu.." Kata aku sambil bergegas masuk ke dalam rumah. "Ain..ini
handset saya..kalau ada apa-apa
call or mesej je saya ye.." Ustaz Shahrul memberi
handset keduanya. Katanya risau aku di hospital kerana tiada siapa menemaniku. Kelurga jauh di kampung. Mereka tidak tahu aku di masukkan ke hospital. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mereka risau. Aku memegang
handset. Aku cuba untuk membuka bahagian
contact. Tertera nama Aishah Tunangku. "Aishah? " Aku terkejut. "Ya ALLAH..adakah Aku punca Aishah menangis malam tu?..Mungkin Aishah tahu Ustaz Shahrul suka aku. " Aku menangis. Bunyi jam loceng menyedarkan aku. "Dah pukul 7.30..kenapa aku ni.." Aku pergi mengambil wuduk dan terus solat maghrib. Seusai solat maghrib, aku mengambil senaskah Al-Quran pemberian ayah, sudah 3 tahun ayah pergi mengadap Ilahi tetapi terasa semalam sahaja ia berlaku, Aku pegang erat Al-Quran itu dan aku letakkan ke dadaku. Titisan jernih keluar lagi di tubir mataku. Beep...beep...beep...aku tersentak, kenangan bersama ayah hilang, Aku mencapai
handset.
Salam..
Ain...
Aishah nak jumpa esok..
tempat biasa..
penting!!..
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment