Aku memandang ke arah jam dinding, jarum pendek menunjukkan kearah 5, wajah Ustaz Shahrul masih tidak kelihatan, "Nur Ain tunggu siapa? " Hafiz bertanya. "Aishah tak datang lawat Ain ke? " Tanya aku semula. "Hafiz cuba call dia tapi dia tak angkat..." Jawab Hafiz sambil membetulkan kaca matanya "ermmm...Ain gaduh dengan dia ke? " Hafiz bertanya lagi. "tak." Jawab ku ringkas. Aku diam. Hafiz semakin sembuh. Kata ibunya, Hafiz semakin sembuh dan telah menerima kenyataan permergian arwah isterinya, Kata ibunya lagi, mungkin ini di sebabkan oleh aku. "Nur Ain...boleh makcik tanya sesuatu? " Tanya Ibu Hafiz. Ketika itu kami duduk di beranda rumah. Aku hanya mengangguk. "Ain suka dengan Hafiz? Makcik nak Ain jadi menantu makcik" Ibu Hafiz senyum memandangku. "Nur Ain..." Hafiz memanggil. Aku tersentak. "Hafiz balik dulu ya". Aku hanya memandang Hafiz sehinnga bayangannya lenyap di sebalik pintu. Baru sahaja aku mahu melelapkan mata. Satu suara kembali menerjah di ruang pintu. "Assalamualaikum..." Ustaz Shahrul tersenyum sambil menunjukkan sebuah bungkusan di tangannya. "Waalaikummussalam.." Jawabku Aku tidak tahu kenapa setiap kali kehadirannya aku rasa bahagia. Setiap masalah dapat dilupakan hanya memandangnya. "Saya ada bawakan kek untuk Ain.." Ustaz Shahrul mengeluarkan kek di atas meja dihadapanku. "Selamat Hari Lahir Nur Ain ". "Macam mana ustaz tahu hari lahir saya? " tanyaku sambil membetulkan kedudukanku. "Rahsia..." Jawab Ustaz Shahrul. "Ain..kek ni warna hijau..tapi kek ni kek coklat..puas saya cari kek hijau...akhirnya ummi saya yang tolong buatkan..." Jelas Ustaz Shahrul sambil memotong kek. "Kenapa warna hijau? " Tanyaku. "Eh...Ain kan suka warna hijau..." Balasnya. Eh, bagaimana dia tahu aku suka warna hijau, kalau aku tanya lagi mesti dia kata aku ni banyak tanya pula, lebih diam sahajalah, bisikku dalam hati. "Ain makan ye..." Ustaz Shahrul menghulurkan sebuah pinggan. Di atas pinggan itu ada sepotong kek. Kek itu tertulis namaku. "Terima kasih Ustaz" Aku begitu terharu. Selama ini tidak pernah orang memberi aku hadiah sebuah kek.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment