Aku sedar, Aku lihat ada seorang budak perempuan berdiri di sisiku, sangat comel dan tersenyum kepadaku, lesung pipit di pipinya menambah lagi kecomelannya, geram aku dibuatnya, lalu aku duduk dan mengangkatnya ke atas ribaku, budak perempuan itu hanya diam dan merenung wajahku. "Assalamualaikum" Suatu suara yang sudah aku kenali. "Waalaikummussalam..Ustaz Shahrul.." Jawabku. "Aishah...pergi panggil ibu, kata pada ibu..kak Ain dah bangun " Kata Ustaz Shahrul. "Baiklah Paksu..". "Eh..boleh bercakap rupanya.." Aku senyum lantas mencubit pipinya. "Paksu..dukung Aishah.." Aishah merengek minta di dukung. "Aishah dah besar kan?...Aishah kata nak jadi macam saidatina Aishah..tak ingat ke kisah yang Paksu ceritakan tu..." Ustaz Shahrul menyentuh ubun-ubun kepala si kecil itu. "Ye, baru Aishah ingat" Aishah ketawa dan terus berlari keluar dari bilik. "Aishah jangan lari..nanti terjatuh.." Ustaz Shahrul juga keluar mengejar Aishah. Bahagianya mereka, bisikku dalam hati. Ustaz Shahrul beritahu anak saudaranya itu terjumpa aku ketika aku tidak sedarkan diri, lalu anak saudaranya itu memberitahunya dan kebetulan juga mereka bersiar-siar di taman itu. "Kak Ain nak balik dah? " Tanya Aishah. "Ye..boleh tak kak Ain panggil Aishah kecil..?" Pinta aku. Aku meminta untuk memanggilnya dengan nama Aishah kecil supaya dapat membezakan nama Aishah kawanku. "Boleh..." Jawab Aishah kecil lalu memeluk aku. "Aishah kecil sayang kak Ain kerana ALLAH" Kata Aishah kecil. Aku terkejut. Kata-katanya membuatkan hati ini menangis. "Nur Ain....!!!...Aishah sayang Ain kerana ALLAH.." jerit Aishah. "Ain pun sayangkan Aishah Umairah kerana ALLAH!!! " Balasku. "Aishah..jom balik...Ain sejuklah.." Kata aku pada Aishah sambil aku mengosok kedua belah tanganku. Aishah ketawa. "Siapa yang ajak Aishah datang bercuti kat cameron ni? " "Ye...tapi tak tahu sejuk macam ni.." Aku rasa baju sejuk tidak membantuku. "Ok...jom kita balik..." Aishah mengambil seledang di dalam begnya dan melilitkan ke leherku. "Kak Ain...." Panggil Aishah kecil. Lamunan terhenti. "Kak Ain pun sayangkan Aishah kecil kerana ALLAH..." Aku mencubit pipinya. Ustaz Shahrul hanya memerhati kami berdua. Aku melambai-lambai tanganku. Berat sungguh meninggalkan Aishah kecil. Walaupun hanya seketika bersamanya, rasa sayang sudah timbul di dalam hati. "Ain..boleh ziarah Aishah kecil lagi.. " Kata Ustaz Shahrul sambil membuka pintu kereta. Kakaknya meminta Ustaz Shahrul menghantar aku pulang, dia risau jika aku pulang sendirian, takut aku pengsan sekali lagi. "Ain...!!!" Jerit satu suara. Lalu aku berpaling.
No comments:
Post a Comment