Pages

Saturday, December 15, 2012

USTAZ DON DANIYAL ^^_

Assalamualaikum...

Semalam ain pergi ke talk CINTAKAH KITA PADA-NYA with USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID dan CIK AMNA FAISAL (bekas pengacara tvalhijrah)...majlis bermula dalam pukul 8.30 pm...agak teruja menunggu kehadiran ustaz don...ustaz mulakan majlis dengan surah ad-duha berqiraat....bila dengar je...memang meremang la...sedap dan merdu la suara ustaz...memang terbaik la ustaz....ustaz banyak cerita kisah-kisah nabi dan para sahabat...antaranya kisah yang paling ain ingat kisah tentang selawat nabi...

Pada suatu ketika itu, ada seorang lelaki tua dan seorang lelaki muda duduk dihadapan kaabah, lelaki tua itu membaca Al-Quran, berzikir dan banyak lagi yang beliau lakukan. Tetapi lain pula dengan lelaki muda ini, beliau hanya berselawat ke atas nabi. Lalu lelaki tua itu betanya kepada lelaki muda tersebut. "Wahai anak muda, kenapa kamu hanya berselawat? bukankah banyak lagi zikir-zikir yang lain lagi." Lelaki muda itu pun berkata "Aku mempunyai seorang bapa dan bapaku itu telah meninggal di atas ribaku, tetapi wajahnya hitam, aku bersedih dan menangis sehingga aku tertidur, di dalam tidurku aku telah bermimpi seorang lelaki datang kepada ayahku dan mengusap muka ayahku, lalu wajah ayahku bertukar menjadi putih, aku pun bertanya kepada lelaki itu, lelaki itu bekata kamu tidak mengenaliku? aku menjawab tidak, lalu lelaki itu berkata aku adalah NABI MUHAMMAD, aku datang memberi syafaat kepada ayahmu kerana selawatnya ke atas ku. 

ain terdiam bila dengar ustaz don cerita kisah ni...
ain tanya balik diri ain...
bila ain selawat ke atas nabi selain dalam solat...
(T_T)
rasa nak nangis...
andai pengakhiran ain macam 2..
siapa nak tolong ain?
nak selawat pun susah....
(~_~)




No comments:

Post a Comment