Pages

Saturday, September 1, 2012

Nur Ain (Bahagian 7)

"Cik tak apa-apa? " Tanya seorang lelaki tua. "Saya okey.. " Jawab aku. "Alhamdulillah, boleh anak jalan, sebab pakcik dan kereta yang lain banyak di belakang anak. " Pinta lelaki tua itu dengan lembut. Lelaki tua itu sentiasa tersenyum. Dia tidak pula memarahi aku.                   
"Ya...ya...maafkan saya pakcik..."Aku terus memasukkan gear dan beberapa kali melihat ke belakang. Ternyata benar memang banyak  kereta di belakangku. Aku ketawa kecil.
Aku berhenti di hadapan rumah ibu hafiz. Aku lihat sebuah kereta avanza. Aku semacam kenal dengan kereta itu. Perlahan aku cuba dekati kereta itu. "Eh ini kereta pakcik tadi ni..kenapa dia ada di sini...saudara Hafiz ke..mungkin...." Perlahan aku berkata.
"Nur Ain memang suka termenung kan...dalam kereta pun termenung juga ya.." aku terdengar satu suara di belakangku. . Aku begitu kenal akan suara itu. Aku cuba untuk tenangkan diriku tetapi semakin aku cuba semakin itu hatiku berdebar-debar. Dengan perlahan aku memusingkan badanku. Aku hanya membisu. Aku lihat dia senyum memandang aku. Aku terus berlari masuk ke dalam rumah.
 "Assalamulaikum.." Aku memberi salam. "Waalaikummussalam.Nur Ain jemput masuk.." Jawab Ibu Hafiz. Belum sempat aku melangkah ke dalam rumah, aku lihat seorang lelaki tua berdiri di sebelah Ibu Hafiz. "Pakcik...pakcik ni kan...pakcik yang.." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, lelaki tua itu terus mencelah " Ya anak..Oooo...ni la Nur Ain yang kamu cerita tu.." Lelaki tua itu senyum lagi sambil mukanya beralih memandang Ibu Hafiz. "YA..." Jawab Ibu Hafiz dengan menarik tanganku ke sebelahnya.
"Abi...ni jam tangan abi..." Kata Ustaz Shahrul sambil menghulurkan jam tangan milik ayahnya. Banyak sangat soalan yang mahu aku tanyakan kepada Ibu Hafiz. Siapakah lelaki tua itu dan Ustaz Shahrul? Adakah mereka saudara Hafiz? tetapi kenapa Hafiz tidak pernah cerita dia mempunyai saudara, setahu aku Hafiz hanya cerita dia tidak punya saudara-mara, dia hanya ada ayah dan ibu sahaja dalam dunia ini kerana ayah dan ibunya anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim, di situlah ayah dan ibunya bertemu jodoh. Aku memandang Ibu Hafiz. "Nur Ain..nanti makcik jelaskan ya.." Senyum Ibu Hafiz dan tangannya masih memegang tanganku. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman.


Bersambung.....

PERMATA KAMI

Assalamualaikum...

Post kali ni dengan linangan air mata...(-_-) lakukanlah apa yang kamu suka..kami sesekali tidak memaksa..kami hanya mahukan yang terbaik untuk kamu..segala apa yang kami lakukan untuk kamu adalah untuk menjaga kamu..jika kamu rasa kami kongkong kamu...kami minta maaf...kamu adalah ibarat permata kami...kami tidak mahu orang lain mengambilmu...jauh sekali orang lain merosakkan kamu...kami sayang kamu....bukalah hati kamu..lihatlah bertapa kami sayang sangat pada kamu...kami tidak mahu kamu menyesal dengan perbuatanmu sendiri....kami tidak mahu kamu menangis kerana dirimu sendiri....kami nak kamu tahu kami akan turut menangis...kamu bukan siapa2...tapi kamu permata kami....betul kami bukanlah penentu hidup seseorang...tapi fikirlah apa yang kami lakukan adakah akan merosakkanmu...??...janganlah kamu ikut rasa hati...jangan ikut nafsumu...kelak kamu sendiri akan binasa..tapi gunalah imanmu..kelak kamu akan tersenyum..



~~kami mendoakan kamu sentiasa dibawah lindungan ALLAH ~~

Tuesday, August 28, 2012

Nur Ain (Bahagian 6)

"Aishah..awak beli buku apa?" Tanya aku. Aku di minta oleh Aishah untuk menemani dia dan Ustaz Shahrul ke sebuah kedai buku. Kata Aishah, dia mahu membeli buku untuk dijadikan salah satu hantaran perkahwinannya untuk Ustaz Shahrul.
Hampir sejam dia memujukku. Akhirnya aku akur dengan pujukkannya. Sebenarnya bukan aku tidak mahu menemaninya tetapi aku tidak boleh berhadapan dan berjumpa dengan Ustaz Shahrul kerana setiap kali bertemu dengannya hatiku berdebar-debar.
"Adalah...saya tengah cari ni..." Senyum Aishah. Aku membiarkan Aishah mencari bukunya. Aku lihat Aishah sampai terduduk di atas lantai mencari buku. Aku tersenyum melihat Aishah. Lalu Aku memusingkan badanku. Aku terpaku. Seorang lelaki berdiri kaku memandangku. Aku membisu. Lalu lelaki itu mengukirkan senyuman.
"Ya ALLAH..kenapa dengan hati ni..." Perlahan aku berkata. "Apa Nur Ain?" Tanya lelaki itu. "Ustaz Shahrul.." Kata aku. Perasaan aku ketika itu seperti aku berjumpa dengan orang yang sudah lama tidak aku temui, perasaan yang terlalu rindu, padahal setiap hari kami berselisih di sekolah, walaupun dia sudah berubah selepas dia bertunang dengan Aishah. Mungkin dia mahu menjaga batasnya sebagai tunangan orang, lebih lagi tunangnya adalah kawanku.
Aku pusing semula kepada Aishah. "Aishah!..Saya balik dulu ya..ada hal..." Bohong aku kepada Aishah. Aishah terus berdiri. "Ok..." Aishah berkata sambil memandang aku. Aku terus beredar tetapi sempat aku mendengar perbualan mereka. " Ustaz Shahrul pun ada disini..beli buku apa? " Tanya Aishah. "Ana nak beli buku La Tahzan.." Jawab Ustaz Shahrul.
"Nur Ain suka baca buku ya..buku apa ni?..buku La Tahzan...best ke?. Tanya Ustaz Shahrul sambil duduk dihadapanku. Aku selalu duduk di kantin sekolah menghabiskan masa membaca buku."Best..." Kata aku dan terus berdiri. Aku bukannya tidak mahu berbual dengannya tetapi aku rasa sungguh tidak selesa berbual dengan lelaki. Tok..tok..tok.. lamunan aku terhenti. Aku membuka tingkap keretaku.

Bersambung...

TERMINAT

Assalamualaikum...

Terminat dengan gambar ni..(^_^)



Sunday, August 26, 2012

NAK NIKAH


A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~

copy&paste (^_^)

Saturday, August 25, 2012

JODOH DAH SAMPAI

Assalamulaikum...

Hari ni majlis perkahwinan kawan ain, kawan masa kat sekolah menengah, masa stam, dan kat U...hehehe...sampai2 je terus salam..tapi paling kelakarnya...ade member ain sorang datang ni ttbe salam siap cium tangan lagi tu...pe lagi ain terus ketawa...hahahaha....(hilang dah sifat ayu ain...hohoho..) pas 2 bergambar dengan dia...malu sangat sebab dok bediri sebelah suami dia..( ye la..ain ni kan pemalu orangnya...hihihi)(^_^)..ape2 pun ain doakan kawan ain ni bahagia ke anak cucu..(^_~)


cantik...comey...sweet...(^_^)

Friday, August 24, 2012

Nur Ain (Bahagian 5)

Hampir 2 bulan pemergian isteri tercinta. Hafiz masih tidak dapat menerima kenyataan. Dia selalu termenung. Kadang-kadang tidak mahu makan dan minum. Dia kelihatan sungguh kurus. Aku sentiasa menziarahi Hafiz di rumah ibunya. Setiap kali aku menziarahinya, aku hanya dapat melihat Hafiz dari  luar biliknya, Hafiz masih kelihatan sama, langsung tiada perubahan, malahan dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa, dia hanya mengangguk sebagai mahu dan menggeleng tanda dia tidak mahu. Aku meminta izin kepada ibu Hafiz untuk bercakap dengan Hafiz untuk beberapa minit sahaja, pada mulanya ibunya tidak memberi izin tetapi apabila aku pujuk beberapa kali, akhirnya ibunya membenarkan aku berjumpa dan bercakap dengan Hafiz. Aku ditemani oleh ibunya. "Assalamualaikum Hafiz.." Aku memberi salam. Hafiz hanya duduk di kerusi dan memandang ke luar jendela, dia langsung tidak menghiraukanku, malah dia tidak menjawab salamku, aku terus memandang ibunya, ibunya mengangguk tanda memberi aku duduk di kerusi sebelah Hafiz. Ibunya masih disitu, memerhatikan kami. "Hafiz..dulu fiz selalu marah Ain sebab Hafiz kata mulut Ain berat sangat nak jawab salam Hafiz. Jawab salam itukan wajib..kan Hafiz? " Aku tersenyum. Hafiz mengalih mukanya ke arahku. "Nur Ain..." kata Hafiz dan dia terus menangis. Aku lihat ditangannya ada sekeping gambar seorang perempuan. Bisik hatiku mungkin itulah isterinya. Petang itu hanya itu perbualan aku dan Hafiz, aku membiarkan dia menangis, kata ibunya Hafiz tidak pernah menangis seperti itu, hatta apabila isterinya meninggal, Hafiz hanya diam dan sesekali nampak dia mengesat air matanya tetapi petang itu Hafiz seperti mahu melepaskan semua di dalam hati. Sebelum pulang ibunya berkata "Terima kasih Nur Ain..makcik harap Nur Ain dapat selalu ziarah Hafiz dan bercakap dengan dia..sebab makcik nampak Nur Ain dapat buat Hafiz bercakap..sebelum ni dia tak mahu bercakap dengan sesiapa, hatta dengan makcik dan pakcik." Ibunya senyum sehingga menitiskan air mata dan erat memelukku. Aku merasakan kata-katanya penuh dengan pengharapan. "InsyaALLAH.." itu hanya mampuku katakan.


Bersambung....

Thursday, August 23, 2012

MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum..

Hari ini ain pergi ke majlis pertunangan kawan ain..dulu kami sama2 kerja sebagai guru kafa..dia still mengajar lagi tapi ain berhenti sebab nak sambung belajar..(^_^)...teruja sangat tengok orangnya...sweet je...cantik...manis....(^_~)

(^_^)
::semoga bahagia kak zana (^_~)::

Wednesday, August 22, 2012

Nur Ain (bahagian 4)

"Ustazah..memang suka termenung ye.." Senyum Ustaz Shahrul. Aku terpaku dengan senyumannya. Manis. "Eh..ustazah...." Panggil Ustaz Shahrul. "Eh....astaghfirullah" Aku terus menundukkan kepala. "Ustazah menung apa? Ustazah teringat siapa? Tanya Ustaz Shahrul. "Nur Ain! " Jerit Aishah. Aku toleh. Aku lihat Aishah berlari ke arahku. "Hafiz..kemalangan.." Aishah memegang bahuku. "Hafiz? Siapa?" Tanya Ustaz Shahrul pada Aisyah. Matanya beralih kearahku. Tetapi aku tidak peduli dengan pertanyaannya. Aku dan Aishah berlalu pergi tetapi sempat aku menoleh kearahnya. Dia masih disitu melihatku.

Sejak peristiwa itu Ustaz Shahrul tidak lagi menegurku. Senyuman manis tidak lagi ku lihat. Dia hanya tunduk apabila selisih denganku.

 "Nur Ain...awak tahu tak? Tanya Aishah. Lamunanku terhenti. "Tahu apa? Aishah ni ganggu saya nak baca buku je. " Senyum aku pada Aishah. Aishah ketawa " Sorry..Ustaz Shahrul dah bertunang minggu lepas.." "Bertunang? Tahniahlah, bila dia nak kahwin? Tanya aku dengan spontan. "3 bulan lagi" Senyum Aishah. "Eh..awak ni senyum-senyum macam awak yang bertunang dengan Ustaz Shahrul. "Kata aku sambil meletakkan buku di atas meja. "Memang pun.." Kata Aishah sambil sengih-sengih. "Aishah ni janganlah bergurau .." Kataku sambil memandang tepat pada muka Aishah. Aishah memegang tanganku. "Aishah minta maaf, pertunangan ni berlalu dengan pantas, Aishah pun masih tak percaya lagi, minggu lepas keluarga Ustaz Shahrul datang rumah Aishah, mereka datang merisik, ayah Aishah minta kami bertunang terus, Ustaz Shahrul setuju dan Aishah pun setuju..." Penjelasan Aishah membuatkan hatiku bagaikan dihiris. Sungguh pedih. "Ain maafkan Aishah, Tahniah ye. " Aku terus memeluk Aishah. Aku tidak tahu mengapa aku berasa sedih. Perasaan sedih ini tidak sama dengan perasaan sedih ketika aku mengetahui Hafiz akan berkahwin. Sekarang perasaan yang jauh lebih sedih. Bisikku dalam hati. "Kenapa aku sedih....kenapa aku menangis bila aku tahu dia akan berkahwin dengan Aishah...sepatutnya aku gembira kerana kawan baikku akan berkahwin...adakah aku punya perasaan dengan Ustaz Shahrul....ahhh....tidak mungkin..." Aku cuba sekat air mataku. Aku tidak mahu Aishah melihat aku menangis. Aku tidak mahu dia berprasangka yang bukan-bukan. 



Bersambung.....

ITU YANG TERMAMPU

Assalamualaikum...


Hari ni dah raya keempat...tapi kami tak dapat nak pergi ziarah kubur ayah...tapi ayah..kami sentiasa doa dan menghadiahkan ayah Al-fatihah...itu yang mampu dapat kami buat sekarang...semoga ayah tenang di sana dan berada bersama2 dengan orang2 yang beriman...AAMIIN..(-_-)..

::19 tahun ayah pergi meninggalkan kami...sedetik pun kami tak pernah lupa pada ayah...ayah sentiasa dalam hati kami <3::