"Ustazah..memang suka termenung ye.." Senyum Ustaz Shahrul. Aku terpaku dengan senyumannya. Manis. "Eh..ustazah...." Panggil Ustaz Shahrul. "Eh....astaghfirullah" Aku terus menundukkan kepala. "Ustazah menung apa? Ustazah teringat siapa? Tanya Ustaz Shahrul. "Nur Ain! " Jerit Aishah. Aku toleh. Aku lihat Aishah berlari ke arahku. "Hafiz..kemalangan.." Aishah memegang bahuku. "Hafiz? Siapa?" Tanya Ustaz Shahrul pada Aisyah. Matanya beralih kearahku. Tetapi aku tidak peduli dengan pertanyaannya. Aku dan Aishah berlalu pergi tetapi sempat aku menoleh kearahnya. Dia masih disitu melihatku.
Sejak peristiwa itu Ustaz Shahrul tidak lagi menegurku. Senyuman manis tidak lagi ku lihat. Dia hanya tunduk apabila selisih denganku.
"Nur Ain...awak tahu tak? Tanya Aishah. Lamunanku terhenti. "Tahu apa? Aishah ni ganggu saya nak baca buku je. " Senyum aku pada Aishah. Aishah ketawa " Sorry..Ustaz Shahrul dah bertunang minggu lepas.." "Bertunang? Tahniahlah, bila dia nak kahwin? Tanya aku dengan spontan. "3 bulan lagi" Senyum Aishah. "Eh..awak ni senyum-senyum macam awak yang bertunang dengan Ustaz Shahrul. "Kata aku sambil meletakkan buku di atas meja. "Memang pun.." Kata Aishah sambil sengih-sengih. "Aishah ni janganlah bergurau .." Kataku sambil memandang tepat pada muka Aishah. Aishah memegang tanganku. "Aishah minta maaf, pertunangan ni berlalu dengan pantas, Aishah pun masih tak percaya lagi, minggu lepas keluarga Ustaz Shahrul datang rumah Aishah, mereka datang merisik, ayah Aishah minta kami bertunang terus, Ustaz Shahrul setuju dan Aishah pun setuju..." Penjelasan Aishah membuatkan hatiku bagaikan dihiris. Sungguh pedih. "Ain maafkan Aishah, Tahniah ye. " Aku terus memeluk Aishah. Aku tidak tahu mengapa aku berasa sedih. Perasaan sedih ini tidak sama dengan perasaan sedih ketika aku mengetahui Hafiz akan berkahwin. Sekarang perasaan yang jauh lebih sedih. Bisikku dalam hati. "Kenapa aku sedih....kenapa aku menangis bila aku tahu dia akan berkahwin dengan Aishah...sepatutnya aku gembira kerana kawan baikku akan berkahwin...adakah aku punya perasaan dengan Ustaz Shahrul....ahhh....tidak mungkin..." Aku cuba sekat air mataku. Aku tidak mahu Aishah melihat aku menangis. Aku tidak mahu dia berprasangka yang bukan-bukan.
Bersambung.....
Ain, cepat2 sambung. i've already follow all of ur story about Nur Ain.. :)
ReplyDeleteeh....citer xbest pn....saje2 wat..hehehe...(^_^)
ReplyDelete