Pages

Tuesday, August 28, 2012

Nur Ain (Bahagian 6)

"Aishah..awak beli buku apa?" Tanya aku. Aku di minta oleh Aishah untuk menemani dia dan Ustaz Shahrul ke sebuah kedai buku. Kata Aishah, dia mahu membeli buku untuk dijadikan salah satu hantaran perkahwinannya untuk Ustaz Shahrul.
Hampir sejam dia memujukku. Akhirnya aku akur dengan pujukkannya. Sebenarnya bukan aku tidak mahu menemaninya tetapi aku tidak boleh berhadapan dan berjumpa dengan Ustaz Shahrul kerana setiap kali bertemu dengannya hatiku berdebar-debar.
"Adalah...saya tengah cari ni..." Senyum Aishah. Aku membiarkan Aishah mencari bukunya. Aku lihat Aishah sampai terduduk di atas lantai mencari buku. Aku tersenyum melihat Aishah. Lalu Aku memusingkan badanku. Aku terpaku. Seorang lelaki berdiri kaku memandangku. Aku membisu. Lalu lelaki itu mengukirkan senyuman.
"Ya ALLAH..kenapa dengan hati ni..." Perlahan aku berkata. "Apa Nur Ain?" Tanya lelaki itu. "Ustaz Shahrul.." Kata aku. Perasaan aku ketika itu seperti aku berjumpa dengan orang yang sudah lama tidak aku temui, perasaan yang terlalu rindu, padahal setiap hari kami berselisih di sekolah, walaupun dia sudah berubah selepas dia bertunang dengan Aishah. Mungkin dia mahu menjaga batasnya sebagai tunangan orang, lebih lagi tunangnya adalah kawanku.
Aku pusing semula kepada Aishah. "Aishah!..Saya balik dulu ya..ada hal..." Bohong aku kepada Aishah. Aishah terus berdiri. "Ok..." Aishah berkata sambil memandang aku. Aku terus beredar tetapi sempat aku mendengar perbualan mereka. " Ustaz Shahrul pun ada disini..beli buku apa? " Tanya Aishah. "Ana nak beli buku La Tahzan.." Jawab Ustaz Shahrul.
"Nur Ain suka baca buku ya..buku apa ni?..buku La Tahzan...best ke?. Tanya Ustaz Shahrul sambil duduk dihadapanku. Aku selalu duduk di kantin sekolah menghabiskan masa membaca buku."Best..." Kata aku dan terus berdiri. Aku bukannya tidak mahu berbual dengannya tetapi aku rasa sungguh tidak selesa berbual dengan lelaki. Tok..tok..tok.. lamunan aku terhenti. Aku membuka tingkap keretaku.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment