Pages

Saturday, September 1, 2012

Nur Ain (Bahagian 7)

"Cik tak apa-apa? " Tanya seorang lelaki tua. "Saya okey.. " Jawab aku. "Alhamdulillah, boleh anak jalan, sebab pakcik dan kereta yang lain banyak di belakang anak. " Pinta lelaki tua itu dengan lembut. Lelaki tua itu sentiasa tersenyum. Dia tidak pula memarahi aku.                   
"Ya...ya...maafkan saya pakcik..."Aku terus memasukkan gear dan beberapa kali melihat ke belakang. Ternyata benar memang banyak  kereta di belakangku. Aku ketawa kecil.
Aku berhenti di hadapan rumah ibu hafiz. Aku lihat sebuah kereta avanza. Aku semacam kenal dengan kereta itu. Perlahan aku cuba dekati kereta itu. "Eh ini kereta pakcik tadi ni..kenapa dia ada di sini...saudara Hafiz ke..mungkin...." Perlahan aku berkata.
"Nur Ain memang suka termenung kan...dalam kereta pun termenung juga ya.." aku terdengar satu suara di belakangku. . Aku begitu kenal akan suara itu. Aku cuba untuk tenangkan diriku tetapi semakin aku cuba semakin itu hatiku berdebar-debar. Dengan perlahan aku memusingkan badanku. Aku hanya membisu. Aku lihat dia senyum memandang aku. Aku terus berlari masuk ke dalam rumah.
 "Assalamulaikum.." Aku memberi salam. "Waalaikummussalam.Nur Ain jemput masuk.." Jawab Ibu Hafiz. Belum sempat aku melangkah ke dalam rumah, aku lihat seorang lelaki tua berdiri di sebelah Ibu Hafiz. "Pakcik...pakcik ni kan...pakcik yang.." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, lelaki tua itu terus mencelah " Ya anak..Oooo...ni la Nur Ain yang kamu cerita tu.." Lelaki tua itu senyum lagi sambil mukanya beralih memandang Ibu Hafiz. "YA..." Jawab Ibu Hafiz dengan menarik tanganku ke sebelahnya.
"Abi...ni jam tangan abi..." Kata Ustaz Shahrul sambil menghulurkan jam tangan milik ayahnya. Banyak sangat soalan yang mahu aku tanyakan kepada Ibu Hafiz. Siapakah lelaki tua itu dan Ustaz Shahrul? Adakah mereka saudara Hafiz? tetapi kenapa Hafiz tidak pernah cerita dia mempunyai saudara, setahu aku Hafiz hanya cerita dia tidak punya saudara-mara, dia hanya ada ayah dan ibu sahaja dalam dunia ini kerana ayah dan ibunya anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim, di situlah ayah dan ibunya bertemu jodoh. Aku memandang Ibu Hafiz. "Nur Ain..nanti makcik jelaskan ya.." Senyum Ibu Hafiz dan tangannya masih memegang tanganku. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman.


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment