Pages

Monday, January 23, 2012

Cinta Shirah (part 1)

    "Ibu...Shirah tak nak...ibu tolaklah...please ibu.." pinta aku. Aku lihat muka ibu. Ibu semacam kesal dengan keputusanku. Ibu bangkit daripada kerusinya dan terus ke dapur. Tiada kata walaupun sepatah keluar daripada mulut ibu.
     Hatiku berkata adakah keputusan aku ini betul ataupun tidak. Ashraf terlalu baik, seorang mahasiswa yang cemerlang di UIA, setiap semester dia merangkul anugerah dekan, dia juga seorang aktif dalam program berkaitan dengan agama, sentiasa menjaga pergaulannya dengan akhwat di kampus. Berbanding dengan aku, seperti langit dan bumi.Tidak layak sama sekali  Aku bukanlah baik sangat, kadang-kadang sahaja pergi ke program agama, itupun tengok pada tajuk proram itu, kalau menarik aku pergi, kalau tidak aku lebih suka duduk didalam bilik layan facebook dan blog.
    "Ashraf!!..tunggu....buku awak" aku berkata dengan tercungap keletihan. Aku hampir terjatuh akibat mengejarnya. Buku Ashraf tertinggal di maktabah. Aku kira semacam diari kerana aku lihat Ashraf sentiasa membawanya kesana kemari. "Terima kasih.." jawab Ashraf. Dia tidak senyum sama sekali. Aku menggurutu dalam hati " ceh..terima kasih je....tak senyum lak tu..hmmm".
    Ashraf mencium dahiku. Ungkapan yang pertama yang menggentar hatiku. "abang dah jumpa bidadari abang, inilah bidadari abang...Nur Shahirah binti Musa" dia berkata sambil tersenyum lalu dia cium dahiku sekali lagi. Itu adalah senyuman pertamanya yang aku lihat. Manis.
     Perkahwinan kami sudah hampir 2 tahun. Sehingga sekarang kami tidak dikurniakan zuriat lagi, Aku semakin risau. Aku lihat Ashraf biasa sahaja. Dia sentiasa memujukku supaya bersabar. Aku teringat akan kisah Nabi Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya. Adakah aku perlu menjadi seperti Siti sarah. mencadangkan suamiku berkahwin lagi.   
     Di tengah malam, air mata aku tidak henti mengalir tatkala aku meluahkan perasaanku padaNYA. Selepas aku berkahwin, Ashraf mendidik aku supaya bangun malam, menunaikan solat-solat sunat, kata ashraf malam seperti ini sesuai dan selesa jika mahu mengadu perasaan kita padaNYA, selalunya aku akan bangun menunaikan solat sunat bersama Ashraf, tetapi aku lihat Ashraf agak keletihan, tidurnya lena sekali, tidak sampai hati aku untuk mengejutkannya. Ashraf seorang uztaz di sebuah sekolah rendah. Letih melayan karenah anak-anak muridnya. Ashraf sentiasa menceritakan gelagat anak muridnya, ada yang manja dan ada yang nakal. Mungkin anak-anak muridnya dapat mengubati hatinya. Tetapi aku fikir anak-anak muridnya tidak akan sama dengan anak sendiri. Air mataku semakin banyak keluar. Badanku terhenjut-henjut menahan tangisku. Aku takut Ashraf mendengar akan tangisanku. 
    Semakin hari, aku tiada selera makan, berat aku menurun mendadak, tekakku sentiasa rasa loya. Ashraf risau akan kesihatanku. Lalu dia membawa aku ke klinik. Aku berasa sungguh lemah, aku sandarkan kepalaku ke bahu Ashraf. Ahsraf meramas-ramas tanganku. Selesa.  "Puan Nur Shahirah binti musa.." namaku dipanggil. Aku berdiri. Ashraf memimpinku masuk ke ruang bilik doktor. Sampai ke pintu bilik doktor, aku pinta pada Ashraf supaya tunggu di luar sahaja. Pada mulanya Ashraf tidak mahu tetapi akhirnya dia akur setelah aku memujuknya.
    "Tahniah Puan nur shahirah...anda hamil.." kata doktor. Aku seakan tidak percaya. "Betul ke doktor?..." tanya aku untuk lebih kepastian. "Betul Puan...tapi...." raut wajah doktor bertukar muram. Aku keluar dari bilik doktor. Aku lihat Ashraf menuju kepadaku. Aku tersenyum. "Shirah hamil.." kata aku. Ashraf terus melakukan sujud syukur. 





Bersambung............

1 comment:

  1. menarik cerita ni,nanti postlah cepat skit smbungan nye ye ain..xsabar2 nak membaca.. (^_^)

    ReplyDelete