Pages

Thursday, January 26, 2012

Cinta Shirah (Part 2)

    Sejak Ashraf mengetahui kehamilanku, Ashraf tidak membenarkan aku melakukan kerja-kerja rumah. Hatta masak sekalipun. Setiap keinginanku dipenuhi oleh Ashraf.
    Pernah sekali aku meminta buah durian yang datang dari sarawak. Puas Ashraf mencari kesana kemari, tetapi dia tidak menemuinya, akhirnya aku merajuk, aku mengurung diri di dalam bilik, aku menangis seperti anak kecil, puas Ashraf memujukku. Akhirnya aku tertidur.
     Di tengah malam aku terjaga daripada tidur. Aku lihat di atas meja solekku ade sehelai kertas. Hatiku risau. Baru aku teringat  aku merajuk gara-gara Ashraf tidak dapat menemui buah durian itu. Aku belum membacanya lagi tapi aku sudah menangis, aku kira Ashraf telah meninggalku kerana perangai aku. Lalu surat itu jatuh daripada tanganku. "Sayang abang...abang minta maaf..abang dah jumpa durian tu..abang gurau je...". Aku segera kesat air mataku dan terus menuju ke dapur. Aku lihat Ashraf sedang berusaha membuka buah durian itu. Ashraf tidak menyedari kehadiranku. Lalu aku terus memeluknya. "Abang...sayang minta maaf" kata aku sambil membenamkan mukaku ke dada Ashraf. "eh...sayang abang kenapa menangis? dah dapat durian pun menangis juga.." kata Ashraf sambil menahan tawanya. "shirah ingat abang nak tinggalkan shirah..shirah minta maaf...lepas ni shirah tak buat lagi...shirah tak akan merajuk lagi..." balasku. Tangisanku semakin kuat. "Sayang..abang tak akan pernah tinggalkan sayang..sudah ye sayang...jangan menangis lagi...jom kita makan durian..dari sarawak ni tau" jawab Ashraf sambil mengesat air mataku.
    Kandunganku sudah genap 8 bulan, aku lihat Ashraf begitu gembira untuk menyambut kelahiran anak kami. Pada suatu hari, Ashraf baru pulang dari kerja, aku lihat Ashraf membawa bungkusan plastik yang penuh dengan permainan. Aku tersenyum. "Sayang...abang beli permainan untuk anak kita..." kata Ashraf sambil mengeluarkan permainan daripada plastik, Aku masih lagi berdiri didepan pintu. Ketika aku berjalan menuju ke Ashraf, tiba-tiba keadaan menjadi gelap lalu aku rebah.

Bersambung......

No comments:

Post a Comment