Pages

Saturday, August 11, 2012

Nur Ain (bahagian 3)

Aku tersentak. Lamunan aku terhenti. Handsetku berbunyi. Lagu Doaku untukmu oleh wali band. Aku biarkan sahaja handsetku. Aku tidak jemu mendengar lagu itu sehingga aku set untuk messages tone aku. Setelah habis lagu. Aku mencapai handset. Aku lihat nama Hafiz. Satu mesej diterima daripada Hafiz. "Apa pula kali ni..." bisikku di dalam hati.

Assalamualaikum..

Maaf menganggu Nur Ain..
Ana cuma nak bagi tahu..
Esok majlis perkahwinan ana...
Ana minta maaf..ana lewat bagi tahu Nur Ain..
Doakan perjalanan majlis ana bejalan lancar ye...


Aku genggam handsetku. Tanpa aku sedari air mataku sudah membasahi pipi. " Assalamulaikum Aisyah...." Kata aku sambil menangis. Aku tidak tahu kepada siapa untuk aku luahkan rasa sedih aku. Hanya Aisyah kawan rapatku sejak di sekolah menengah lagi. " Waalaikummusssalam..ye Ain..kenapa menangis ni?. " Jawab Aisyah dengan lembut sekali. Lama aku berdiam diri dan aku gagahi juga untuk menjawab soalan Aisyah. " Hafiz...esok majlis perkahwinan Hafiz..." Jawabku. "Nur Ain..bersabarlah..hafiz bukan jodoh Ain..." Kata Aisyah. " Tapi Ain sayang dia..Ain sayang dia sangat..Ain tak kuat untuk terima berita ni.." Belum sempat aku menghabis kata-kata. Aisyah memanggil namaku. "Nur Ain...Nur Ain....Nur Ain tahukan..jodoh dan ajal itu telah ALLAH tetapkan ketika kita dalam rahim ibu kita lagi, Nur Ain kena terima Hafiz bukan jodoh untuk Ain, sekuat mana Ain sayangkan dia tetapi kalau ALLAH kata Hafiz bukan untuk Ain, maka Hafiz tetap bukan untuk Ain, Nur Ain...ALLAH dah tetapkan jodoh yang terbaik buat Ain.Ain kena terima takdir yang telah ALLAH tetapkan ni. " "Ya, Ain tahu, Ain minta maaf, Ain terlalu ikut perasaan. " Kata Aku sambil mengesat air mataku. "takpa Ain, Aisyah faham, Ain jangan menangis lagi ye.." Suara Aisyah lembut memujukku. "Ya, Ain tak nak nangis dah, Terima kasih ye Aisyah, Selamat malam Aisyah, Assalamualaikum." Kataku. " Baguslah kalau macam tu, Sama-sama Ain, Senyum-senyum tau..Waalaikummussalam." Jawab Aisyah.





Bersambung........

No comments:

Post a Comment