Pages

Wednesday, September 26, 2012

HAPPY...HAJAT TERCAPAI

Assalamualaikum...

Mata dah mengantok tapi still degil nak tido...hehehe...untuk memujuk mata untuk tido...so ain update la blog ni....post kali ni memang best...orang paling beriya2 nak makan pizza adalah ain...ajak member ni...ajak member 2....tapi akhirnya 2 orang je yang nak pegi..(^_^)....memang hepi nak pegi ni tapi tibe2 member tanye tau ke pizza hut kat nilai ni...erk...ain pun terkedu dan dok pikir...pe lagi ain terus je bukak google map..(cam xbetul je kan...ade ke cari pizza hut kat google map)...pas 2 tengah cari2 2 ttbe adalah seorang hamba ALLAH yg baik ni bagi tau kat mane pizza hut 2...pe lagi ain punya la hepi....siap2 dan terus pergi...jalan punya jalan tak jumpe pun pizza hut kat mane..perrgggghhh hampa sangat2..rasa nak patah semula balik hostel tapi kami gagahi untuk mencari dimanakah pizza hut 2...cari punya cari akhirnya jumpa la pizza hut....jauh gak perjalanan kami....(^_^)..memang betul2 nak makan sangat2...akhirnya dapat makan...hepi3....(^_~)

Besar tak pizza?...sedap...(^_^)..nyum3...


Muka ceria je..(^_^)..yela dapat makan pizza kan..hehehe...
Member berusaha untuk habiskan...hohoho...
senyum... (^_^)
senyum je la....(^_^)
ain ambek kecik je...sebab takut tak habis...hehehe..walaupun kecik je pas makan dah terasa kenyang....(^_^)
air ape ni ye....ain dah lupe....huhuhu...tp sedap..(^_^)
wahhhh...akhirnya habis gak...ALHAMDULILLAH...(^_^)
eh sape ni.........peace....(^_^)
#Pas ni nak pegi lagi tapi nak pegi ngan orang yang tersayang la...(ade ke?) insyaALLAH...#


(^_^)<---------Hepinya.....

asyik nak senyum je....(^_^)....(^_^)....(^_^)....

Tuesday, September 25, 2012

ITUKAH PERBEZAAN SAYA DAN MEREKA

Awak tak nak pandang saya..
Adakah rupa saya tak cantik..
Mungkin awak tidak mahu melihat saya...
Saya selalu tanya diri saya...
kenapa? mengapa?...
Mungkin sebab saya tak cantik 
Saya selekeh...
Langsung tidak pandai bergaya...
Hanya bertudung labuh...
Berkaca mata...

Awak malu nak bercakap dengan saya...
Adakah saya tak layak untuk bercakap dengan awak..
Mungkin awak mahu bercakap dengan insan terpilih sahaja...
Saya cuba tanya diri saya...
Kenapa begitu?
Inilah jawapan saya...
Saya tak pandai nak bercakap..
Langsung tak peramah...
Mungkin saya memboringkan...
Lagi satu mungkin rupa saya tak cantik sebab itu awak tak nak cakap dengan saya..
Mungkin takut awak termuntah pula tengok saya...
Sebab bila bercakap mestilah awak kena pandang saya...

Awak bercakap dengan orang lain 
Tetapi dengan saya?...
Awak tegur sapa dengan orang lain...
Tetapi dengan saya?..
Awak study dengan orang lain..
Tetapi dengan saya?..
Adakah saya dan mereka berbeza?
Saya cuba untuk bersangka baik..
Mungkin mereka cantik...
Saya faham..setiap orang mahu melihat benda yang cantik sahaja..
Mungkin mereka cerdik...
pandai...
Saya faham..setiap orang nak berkawan dengan orang cerdik..
supaya boleh jadi cerdik...
Mungkin mereka..mungkin mereka..mungkin mereka...
Banyak sungguh kelebihan mereka...
Daripada saya..saya tak mempunyai kelebihan..
Jika ada mungkin sedikit kalau hendak dibandingkan dengan mereka..
Seperti langit dan bumi...


Saya tak kisah kalau tiada siapa pandang saya..hatta seluruh manusia di dunia ini tidak lagi menghiraukan saya dan menganggap saya sperti tidak wujud..saya tidak kisah..dan jauh untuk bimbang...TETAPI...saya sangat kisah jika saya tidak dipandang lagi olehNYA..jika itu terjadi..musnahlah saya..hancurlah saya..(-_-)


::walaupunsayatakcantikdantakcerdikdimatamanusiatapisayaberusahauntukcantikdancerdikdimataDIA..::


#saya tetap bersyukur dengan segala telah diberikan olehNYA#

Sunday, September 23, 2012

Nur Ain (Bahagian 9)

Ketika aku cuba untuk menyarung kaki ke dalam kasut, Ustaz Shahrul menegurku, Suaranya lembut, menggentarkan jiwaku. "Nur Ain..boleh saya tanya sesuatu? " Tanya Ustaz Shahrul sambil berdiri di muka pintu. "Tanyalah tapi saya tak janji boleh jawab.." Balasku sambil membetulkan tudung. "Nur Ain suka abang Hafiz? Wajah Ustaz Shahrul begitu serius. Dia memandangku. Aku segera mengalih mukaku. Aku begitu tidak selesa dengan soalannya. "Maaf Ustaz, saya balik dulu, hari pun dah lewat, nanti risau pula Aishah.." Jawabku tergesa-gesa. Aku terus menuju ke kereta. "Nur Ain....saya minta maaf.." Jerit Ustaz Shahrul. Lagu Doaku untukmu berkumandang di handset ku, bisik hatiku "siapa pula hantar mesej lewat malam macam ni, ahhhh malaslah nak layan, mungkin celcom kot, diorang ni tak tidur ke, sibuk hantar mesej lewat malam macam ni.." Marah aku dalam hati. Sampai dirumah. Aku membuka pintu. Rumah gelap. Hanya beberapa lampu sahaja dihidupkan, mungkin Aishah sudah tidur, Aku duduk di atas sofa, Hari yang begitu penat sekali, hari ini aku tiada masa untuk berehat kerana selepas sekolah tadi aku terus menziarahi Hafiz, kedengaran sekali lagi lagu doaku untukmu di handset ku, aku pelik, lalu alu mencapai handset ku dan membukanya.

Mesej pertama..

Assalamualaikum...Nur Ain..
Maaf menganggu...
Saya minta maaf atas soalan saya tadi...
Saya tidak bermaksud untuk menyakiti hati Ain..
Tetapi Soalan itu penting buat saya...


Penting? Apakah maksud mesej Ustaz Shahrul ini.  Aku rasa tidak sedap hati dan terus membuka mesej kedua.

Mesej kedua..

Nur Ain..
Andai jawapan awak tidak...
Mungkin saya ada peluang...
Andai jawapan ya..
Saya akan undur diri...
Saya hanya mahu awak bahagia..
Awak bahagia..saya akan turut bahagia...


Ya ALLAH, Aku terkedu, bermacam soalan keluar dari kepala ku, apakah aku harus membalas mesejnya, apakah harus aku katakan padanya, mesejnya seperti meluahkan rasa suka pada ku, walaupun dia tidak menyatakan perkataannya sebenar, tetapi mesej itu sudah jelas tetapi kenapa dia berkata seperti itu, padahal dia sudah bertunang dengan kawan baikku, lelaki seperti apa dia ini, marah aku sambil memadam mesejnya. Aku tersentak. Aku terdengar seseorang menangis, Aku terus ke bilik Aishah. Aku temui Aishah menangis ditepi katilnya, aku lihat  banyak kad jemputan telah dikoyak dan digunting yang berselerakkan di atas lantai, aku berlari mendapatkan Aishah. "Aishah...Kenapa ni?" Tanya aku sambil duduk mengadapnya. Aishah tidak menjawab pertanyaanku. Dia hanya menangis. "Kenapa Aishah koyakkan kad-kad ni...?" Tanganku segera mengutip cebisan-cebisan kad tetapi di halang oleh Aishah. Dia menepis tanganku dan memandangku. "Ain...tolong keluar dari bilik Aishah...please ain.." Kata Aishah. "Tapi Aishah..." Jawabku. "Ain...Aishah merayu dengan Ain..." Kata Aishah sambil menolak badanku keluar dari pintu. Lalu Aishah menutup pintu dan menguncinya. "Ain cuma nak tahu kenapa Aishah menangis, Aishah ada masalah ke? " Aku mengetuk pintunya beberapa kali tetapi Aishah hanya diam membisu.

Bersambung....

Saturday, September 15, 2012

SILENT

(~_~) tak nak cakap dengan siapa2...(T_T)

SAYA PELIK

Assalamualaikum..

Jari jemari saya dari tadi menaip...apabila saya selesai menaip...saya delete semula..selepas itu saya taip semula...selesai menaip saya delete semula..perkara yang sama berulang kali saya buat..saya pelik kan? itu yang dikatakan oleh seseorang...orang yang saya sayang...tetapi tak pe la....mungkin dia tak maksudkan apa2...saya maafkan kata2 dia..(^_^) saya tak kisah orang nak cakap ape2 pun...asalkan orang lain happy...(^_^)...kebahagian orang lain lebih penting daripada kebahagian saya..(^_^)...sekarang saya tak minta dihargai...sebab saya tau orang akan hargai bila saya dah tak de nanti...(^_^)


Tuesday, September 11, 2012

AL-FATIHAH UNTUK YASMIN J HUNWICK

Assalamualaikum...

Innalillahiwainnailaihirojiun...al-fatihah untuk seorang blogger remaja yang bernama YASMIN yang telah meninnggal dunia pada 3 Jun yang lepas akibat kemalangan ...walaupun tak kenal..tapi kisah sebelum arwah meninggal telah membuat ain insaf dan sedar..nak tau apa ceritanya?...ain copy paste je dr satu blog ni...dan sempat gak ain menziarahi blog arwah..http://misschronicz.blogspot.com/ 



Petanda dia sebelum meninggal arwah Yasmin ada mengupload gambar di bawah ini di twitter dan namanya menjadi topik hangat di twitter kerana gambar ini. Arwah  seperti tahu saja dia akan pergi buat selamanya, dia seronok membaca buku 7 Malam Pertama di Kubur dan juga bercerita dia takut untuk tidur malam kerana sering bermimpi buruk.




Yasmin Hunwick bukan popular macam Hanis Zalikha tetapi jika anda masuk dan baca cerita di blog peribadinya anda akan kenal siapa dia. Saya masih lagi terkejut dan tergamam dengan berita ini, bagaikan mimpi. Yasmin merupakan anak sulung keluarga cik Johan dan dia selalu memuatnaik gambar keluarga, bercerita tentang sekolah dan kawan2nya. Arwah ada memuatnaik video dia bermain dengan adik adiknya, video dia praktik latihan piano dan mcm mcm lagi.
Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat Kedah/utara pekat kerana  bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengan kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun ni . Dalam blognya arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun

Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama


Biodata Yasmin Johan Eusoff
Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II

Dari FB ibu Yasmin:  “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”

Copy&Paste kat sini : http://nurizspace.com/2012/06/al-fatihah-buat-yasmin-j-hunwick-trending-di-twitter-remaja-yang-maut-dilanggar-lari.html

::Marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang2 yang beriman..AAMIIN::

Monday, September 10, 2012

HARI PERTAMA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...10/9/2012..first kuliah@kelas..happy sangat jumpa kawan2...(^_^)..hehehe...dalam gembira teruji dengan kesihatan...demam+selesema...doktor bagi cuti 1 sehari...citer pasal sakit ni... bila kiter sakit mesti kiter akan teringat pada seseorang...kalau ain la..ain akan ingat pada.........nak tau?..tengok la kat bawah ni..ain dah listkan...hehehehe.(^_^)

1. MAK






















2. mak
























3. Mak

























4. MAk




























5. mAk































6. MaK



















<3 mak ain <3
ni la orang yang selalu ain ingat...(^_^)
cayang mak!!!...muaaaaaaahhhhhhhhh

Thursday, September 6, 2012

Nur Ain (Bahagian 8)

"Nur Ain.." Tegur Ustaz Shahrul. Aku tersentak. "Ya Ustaz.." Jawab aku sambil tanganku ligat menyusun pinggan-pinggan yang telah aku basuh.
Selepas solat isyak tadi, kami makan bersama-sama, tetapi hanya Hafiz seorang sahaja yang tidak ikut serta. "Abang Hafiz ni ke yang Aishah cakap dulu tu? Tanya Ustaz Shahrul. "Ya.." Sepatah aku menjawab.
Banyak pula pinggan ini, runggut hatiku. Aku seperti mahu sahaja meninggalkan pinggan-pinggan tersebut dan keluar dari ruang dapur dengan segera tetapi apa pula kata Ibu Hafiz.
"Apa yang kamu berdua bualkan? " Tanya Ibu Hafiz. "Bual2 kosong je.." Jawab Ustaz Shahrul dengan spontan sambil tersenyum. Aku hanya menganguk tanda mengiyakan kata-kata Ustaz Shahrul.
Ibu Hafiz mengukirkan senyuman dan bejalan ke arahku. " Nur Ain..makcik nak mintak tolong? " Kata Ibu Hafiz. Aku lihat ditanganya ada sebuah dulang beisi bubur nasi dan segelas air kosong. " Ok makcik" Dulang telah beralih tangan. Aku segera menuju ke bilik Hafiz. Ibu Hafiz dan Ustaz Shahrul hanya mengikuti aku dari belakang.
Kata Ibu Hafiz, Hafiz tidak mahu makan, puas dia memujuk Hafiz supaya makan walaupun sedikit tetapi Hafiz tetap enggan makan.
"Assalammualaikum Hafiz.." Lembut aku memberi salam sambil meletakkan dulang di atas meja. "Waalaikummussalam " Jawab Hafiz perlahan. "Ain ada bawakan bubur nasi, Hafiz makan ya.." Aku meletakkan pingan berisi bubur nasi itu  di hadapan Hafiz. Tanpa berkata apa-apa, Hafiz terus makan. Ustaz Shahrul dan Ibu Hafiz terkejut. Kami bertiga saling berpandangan.
Aku mendengar Ibu Hafiz berkata kepada Ustaz Shahrul "Shahrul.. nampaknya kamu bakal dapat kakak ipar lagilah ni" Ibu Hafiz tersengih-sengih memandangku. Aku mampu tersenyum sahaja mendengar kata-kata Ibu Hafiz. Ustaz Shahrul tidak berkata apa-apa. Dia cuba untuk senyum tetapi aku lihat senyumannya tidak ikhlas. Kami setia menunggu Hafiz sehingga selesai makan.


Bersambung....  

Wednesday, September 5, 2012

LOVE STORY



Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."
 
::SEDIHNYA (-_-)::

Tuesday, September 4, 2012

PERUBAHAN

Assalamualaikum...

Citer pasal perubahan ni...teringin nak wat perubahan..tapi rasa tak yakin je...bleh ke nak istiqomah nanti dan ape lak pandangan orang len bila tengok perubahan nanti..hmmm....hehehehe... (^_^)

entah ape2 je kan...hehhehehe

Monday, September 3, 2012

(T_T)

Assalamualaikum...agak tekejut sangat....xtau nak cakap cam ne...sedih sangat...kalau tak suka bagi tau la..tak perlu wat TURN ON CHAT FOR ALL FRIENDS EXCEPT...(Ain Hawani)...sape tak rasa sedih..kalau xske sy kaco dalam fb or mane2...cakap kat saya secara baik...saya boleh terima...ya ALLAH..(T_T)...Cube hargai saya bila saya ada...kalau saya dah tak de nanti baru la nak hargai..masa tu dah terlambat...



(T_T)

Sunday, September 2, 2012

SUATU HARI NANTI

Nak jadi macam ni,
suatu hari nanti..
Moga Allah permudahkan..
InsyaAllah..♥

~* Pesanan untuk LELAKI :
Carilah BAKAL IBU untuk anak-anakmu, bukan isteri buatmu..apa yang pernah kita lakukan pada hari ini akan menjadi BAJA yang merosakkan anak-anak kita nanti..anak yang soleh akan lahir dari AYAH DAN IBU yang soleh dan solehah..♥♥

 
(^_^)
 
 
::YA ALLAH..PERTEMUKANLAH AKU DENGAN SESEORANG YANG DAPAT MEMBIMBING AKU KE ARAHMU..JANGANLAH ENGKAU PERTEMUKAN AKU DENGAN SESEORANG YANG BOLEH MENJAUHKAN AKU DENGANMU...AAMIIN..::

Saturday, September 1, 2012

Nur Ain (Bahagian 7)

"Cik tak apa-apa? " Tanya seorang lelaki tua. "Saya okey.. " Jawab aku. "Alhamdulillah, boleh anak jalan, sebab pakcik dan kereta yang lain banyak di belakang anak. " Pinta lelaki tua itu dengan lembut. Lelaki tua itu sentiasa tersenyum. Dia tidak pula memarahi aku.                   
"Ya...ya...maafkan saya pakcik..."Aku terus memasukkan gear dan beberapa kali melihat ke belakang. Ternyata benar memang banyak  kereta di belakangku. Aku ketawa kecil.
Aku berhenti di hadapan rumah ibu hafiz. Aku lihat sebuah kereta avanza. Aku semacam kenal dengan kereta itu. Perlahan aku cuba dekati kereta itu. "Eh ini kereta pakcik tadi ni..kenapa dia ada di sini...saudara Hafiz ke..mungkin...." Perlahan aku berkata.
"Nur Ain memang suka termenung kan...dalam kereta pun termenung juga ya.." aku terdengar satu suara di belakangku. . Aku begitu kenal akan suara itu. Aku cuba untuk tenangkan diriku tetapi semakin aku cuba semakin itu hatiku berdebar-debar. Dengan perlahan aku memusingkan badanku. Aku hanya membisu. Aku lihat dia senyum memandang aku. Aku terus berlari masuk ke dalam rumah.
 "Assalamulaikum.." Aku memberi salam. "Waalaikummussalam.Nur Ain jemput masuk.." Jawab Ibu Hafiz. Belum sempat aku melangkah ke dalam rumah, aku lihat seorang lelaki tua berdiri di sebelah Ibu Hafiz. "Pakcik...pakcik ni kan...pakcik yang.." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, lelaki tua itu terus mencelah " Ya anak..Oooo...ni la Nur Ain yang kamu cerita tu.." Lelaki tua itu senyum lagi sambil mukanya beralih memandang Ibu Hafiz. "YA..." Jawab Ibu Hafiz dengan menarik tanganku ke sebelahnya.
"Abi...ni jam tangan abi..." Kata Ustaz Shahrul sambil menghulurkan jam tangan milik ayahnya. Banyak sangat soalan yang mahu aku tanyakan kepada Ibu Hafiz. Siapakah lelaki tua itu dan Ustaz Shahrul? Adakah mereka saudara Hafiz? tetapi kenapa Hafiz tidak pernah cerita dia mempunyai saudara, setahu aku Hafiz hanya cerita dia tidak punya saudara-mara, dia hanya ada ayah dan ibu sahaja dalam dunia ini kerana ayah dan ibunya anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim, di situlah ayah dan ibunya bertemu jodoh. Aku memandang Ibu Hafiz. "Nur Ain..nanti makcik jelaskan ya.." Senyum Ibu Hafiz dan tangannya masih memegang tanganku. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman.


Bersambung.....

PERMATA KAMI

Assalamualaikum...

Post kali ni dengan linangan air mata...(-_-) lakukanlah apa yang kamu suka..kami sesekali tidak memaksa..kami hanya mahukan yang terbaik untuk kamu..segala apa yang kami lakukan untuk kamu adalah untuk menjaga kamu..jika kamu rasa kami kongkong kamu...kami minta maaf...kamu adalah ibarat permata kami...kami tidak mahu orang lain mengambilmu...jauh sekali orang lain merosakkan kamu...kami sayang kamu....bukalah hati kamu..lihatlah bertapa kami sayang sangat pada kamu...kami tidak mahu kamu menyesal dengan perbuatanmu sendiri....kami tidak mahu kamu menangis kerana dirimu sendiri....kami nak kamu tahu kami akan turut menangis...kamu bukan siapa2...tapi kamu permata kami....betul kami bukanlah penentu hidup seseorang...tapi fikirlah apa yang kami lakukan adakah akan merosakkanmu...??...janganlah kamu ikut rasa hati...jangan ikut nafsumu...kelak kamu sendiri akan binasa..tapi gunalah imanmu..kelak kamu akan tersenyum..



~~kami mendoakan kamu sentiasa dibawah lindungan ALLAH ~~