Pages

Tuesday, September 25, 2012

ITUKAH PERBEZAAN SAYA DAN MEREKA

Awak tak nak pandang saya..
Adakah rupa saya tak cantik..
Mungkin awak tidak mahu melihat saya...
Saya selalu tanya diri saya...
kenapa? mengapa?...
Mungkin sebab saya tak cantik 
Saya selekeh...
Langsung tidak pandai bergaya...
Hanya bertudung labuh...
Berkaca mata...

Awak malu nak bercakap dengan saya...
Adakah saya tak layak untuk bercakap dengan awak..
Mungkin awak mahu bercakap dengan insan terpilih sahaja...
Saya cuba tanya diri saya...
Kenapa begitu?
Inilah jawapan saya...
Saya tak pandai nak bercakap..
Langsung tak peramah...
Mungkin saya memboringkan...
Lagi satu mungkin rupa saya tak cantik sebab itu awak tak nak cakap dengan saya..
Mungkin takut awak termuntah pula tengok saya...
Sebab bila bercakap mestilah awak kena pandang saya...

Awak bercakap dengan orang lain 
Tetapi dengan saya?...
Awak tegur sapa dengan orang lain...
Tetapi dengan saya?..
Awak study dengan orang lain..
Tetapi dengan saya?..
Adakah saya dan mereka berbeza?
Saya cuba untuk bersangka baik..
Mungkin mereka cantik...
Saya faham..setiap orang mahu melihat benda yang cantik sahaja..
Mungkin mereka cerdik...
pandai...
Saya faham..setiap orang nak berkawan dengan orang cerdik..
supaya boleh jadi cerdik...
Mungkin mereka..mungkin mereka..mungkin mereka...
Banyak sungguh kelebihan mereka...
Daripada saya..saya tak mempunyai kelebihan..
Jika ada mungkin sedikit kalau hendak dibandingkan dengan mereka..
Seperti langit dan bumi...


Saya tak kisah kalau tiada siapa pandang saya..hatta seluruh manusia di dunia ini tidak lagi menghiraukan saya dan menganggap saya sperti tidak wujud..saya tidak kisah..dan jauh untuk bimbang...TETAPI...saya sangat kisah jika saya tidak dipandang lagi olehNYA..jika itu terjadi..musnahlah saya..hancurlah saya..(-_-)


::walaupunsayatakcantikdantakcerdikdimatamanusiatapisayaberusahauntukcantikdancerdikdimataDIA..::


#saya tetap bersyukur dengan segala telah diberikan olehNYA#

No comments:

Post a Comment