Mesej pertama..
Assalamualaikum...Nur Ain..
Maaf menganggu...
Saya minta maaf atas soalan saya tadi...
Saya tidak bermaksud untuk menyakiti hati Ain..
Tetapi Soalan itu penting buat saya...
Penting? Apakah maksud mesej Ustaz Shahrul ini. Aku rasa tidak sedap hati dan terus membuka mesej kedua.
Mesej kedua..
Nur Ain..
Andai jawapan awak tidak...
Mungkin saya ada peluang...
Andai jawapan ya..
Saya akan undur diri...
Saya hanya mahu awak bahagia..
Awak bahagia..saya akan turut bahagia...
Ya ALLAH, Aku terkedu, bermacam soalan keluar dari kepala ku, apakah aku harus membalas mesejnya, apakah harus aku katakan padanya, mesejnya seperti meluahkan rasa suka pada ku, walaupun dia tidak menyatakan perkataannya sebenar, tetapi mesej itu sudah jelas tetapi kenapa dia berkata seperti itu, padahal dia sudah bertunang dengan kawan baikku, lelaki seperti apa dia ini, marah aku sambil memadam mesejnya. Aku tersentak. Aku terdengar seseorang menangis, Aku terus ke bilik Aishah. Aku temui Aishah menangis ditepi katilnya, aku lihat banyak kad jemputan telah dikoyak dan digunting yang berselerakkan di atas lantai, aku berlari mendapatkan Aishah. "Aishah...Kenapa ni?" Tanya aku sambil duduk mengadapnya. Aishah tidak menjawab pertanyaanku. Dia hanya menangis. "Kenapa Aishah koyakkan kad-kad ni...?" Tanganku segera mengutip cebisan-cebisan kad tetapi di halang oleh Aishah. Dia menepis tanganku dan memandangku. "Ain...tolong keluar dari bilik Aishah...please ain.." Kata Aishah. "Tapi Aishah..." Jawabku. "Ain...Aishah merayu dengan Ain..." Kata Aishah sambil menolak badanku keluar dari pintu. Lalu Aishah menutup pintu dan menguncinya. "Ain cuma nak tahu kenapa Aishah menangis, Aishah ada masalah ke? " Aku mengetuk pintunya beberapa kali tetapi Aishah hanya diam membisu.
Bersambung....
(^_^) bile nak ending nie,xsabar2 nak tunggu ni..
ReplyDeletecepat2 update ye (^_^)...