Assalamualaikum...
Innalillahiwainnailaihirojiun...al-fatihah untuk seorang blogger remaja yang bernama
YASMIN yang telah meninnggal dunia pada 3 Jun yang lepas akibat kemalangan ...walaupun tak kenal..tapi kisah sebelum
arwah meninggal telah membuat ain insaf dan sedar..nak tau apa
ceritanya?...ain copy paste je dr satu blog ni...dan sempat gak ain
menziarahi blog arwah..http://misschronicz.blogspot.com/
Petanda dia sebelum meninggal arwah Yasmin ada mengupload gambar di
bawah ini di twitter dan namanya menjadi topik hangat di twitter kerana
gambar ini. Arwah seperti tahu saja dia akan pergi buat selamanya, dia
seronok membaca buku 7 Malam Pertama di Kubur dan juga bercerita dia takut untuk tidur malam kerana sering bermimpi buruk.
Yasmin Hunwick bukan popular macam Hanis Zalikha
tetapi jika anda masuk dan baca cerita di blog peribadinya anda akan
kenal siapa dia. Saya masih lagi terkejut dan tergamam dengan berita
ini, bagaikan mimpi. Yasmin merupakan anak sulung keluarga cik Johan dan
dia selalu memuatnaik gambar keluarga, bercerita tentang sekolah dan
kawan2nya. Arwah ada memuatnaik video dia bermain dengan adik adiknya,
video dia praktik latihan piano dan mcm mcm lagi.
Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan
inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa
sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat
Kedah/utara pekat kerana bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengan kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun ni . Dalam blognya
arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan
instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun
Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan
sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah
di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi
berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor,
16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai
Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang
berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum
dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang
menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama
Biodata Yasmin Johan Eusoff
Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan ,
agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan
menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Dari FB ibu Yasmin: “Salam semua di fb, di saat ini
saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin
Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan
ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan
mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan
amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss
her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember
her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga
roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Copy&Paste kat sini : http://nurizspace.com/2012/06/al-fatihah-buat-yasmin-j-hunwick-trending-di-twitter-remaja-yang-maut-dilanggar-lari.html
::Marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang2 yang beriman..AAMIIN::
TQ Ain Hawani... aunty baru sempat comment. TQ kerana mengingati arwah. - Ibu Arwah
ReplyDeleteSame2 aunty..Semoga arwah ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman...Aamiin....
ReplyDeleteAwak seorang penulis yang hebat
ReplyDelete