Pages

Thursday, September 6, 2012

Nur Ain (Bahagian 8)

"Nur Ain.." Tegur Ustaz Shahrul. Aku tersentak. "Ya Ustaz.." Jawab aku sambil tanganku ligat menyusun pinggan-pinggan yang telah aku basuh.
Selepas solat isyak tadi, kami makan bersama-sama, tetapi hanya Hafiz seorang sahaja yang tidak ikut serta. "Abang Hafiz ni ke yang Aishah cakap dulu tu? Tanya Ustaz Shahrul. "Ya.." Sepatah aku menjawab.
Banyak pula pinggan ini, runggut hatiku. Aku seperti mahu sahaja meninggalkan pinggan-pinggan tersebut dan keluar dari ruang dapur dengan segera tetapi apa pula kata Ibu Hafiz.
"Apa yang kamu berdua bualkan? " Tanya Ibu Hafiz. "Bual2 kosong je.." Jawab Ustaz Shahrul dengan spontan sambil tersenyum. Aku hanya menganguk tanda mengiyakan kata-kata Ustaz Shahrul.
Ibu Hafiz mengukirkan senyuman dan bejalan ke arahku. " Nur Ain..makcik nak mintak tolong? " Kata Ibu Hafiz. Aku lihat ditanganya ada sebuah dulang beisi bubur nasi dan segelas air kosong. " Ok makcik" Dulang telah beralih tangan. Aku segera menuju ke bilik Hafiz. Ibu Hafiz dan Ustaz Shahrul hanya mengikuti aku dari belakang.
Kata Ibu Hafiz, Hafiz tidak mahu makan, puas dia memujuk Hafiz supaya makan walaupun sedikit tetapi Hafiz tetap enggan makan.
"Assalammualaikum Hafiz.." Lembut aku memberi salam sambil meletakkan dulang di atas meja. "Waalaikummussalam " Jawab Hafiz perlahan. "Ain ada bawakan bubur nasi, Hafiz makan ya.." Aku meletakkan pingan berisi bubur nasi itu  di hadapan Hafiz. Tanpa berkata apa-apa, Hafiz terus makan. Ustaz Shahrul dan Ibu Hafiz terkejut. Kami bertiga saling berpandangan.
Aku mendengar Ibu Hafiz berkata kepada Ustaz Shahrul "Shahrul.. nampaknya kamu bakal dapat kakak ipar lagilah ni" Ibu Hafiz tersengih-sengih memandangku. Aku mampu tersenyum sahaja mendengar kata-kata Ibu Hafiz. Ustaz Shahrul tidak berkata apa-apa. Dia cuba untuk senyum tetapi aku lihat senyumannya tidak ikhlas. Kami setia menunggu Hafiz sehingga selesai makan.


Bersambung....  

5 comments:

  1. suka sgt citer nie..nnti smbung lgi ye cik ain..(^_^)

    ReplyDelete
  2. ye..terima kasih kerana sudi membaca.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Cik Ain cuba la hntr citer ni kt publisher..mesti laku klu jual..untung2 bleyh jdi top seller...pape pn cter ni sgt sweet...hrp Cik Ain terus brkarya..teruskn brkarya ye Cik Ain! sy pminat setia karya2 Cik Ain.. ^_^

    ReplyDelete
  5. eeiii...merepek je....citer xsedap la... (^_^)

    ReplyDelete