Pages

Saturday, October 6, 2012

AKU SAYANG DIA KERANA ALLAH

Assalamualaikum..

Beliau seorang anak lelaki sulung di dalam sebuah keluarga, seorang yang mempunyai peribadi yang cemerlang dan juga seorang yang sangat kelakar, sesiapa sahaja akan berasa selesa jika mendekatinya dengan sikap rendah dirinya dan kesopanannya menghormati sesiapa sahaja..tidak kira tua atau muda...ada satu sifat yang ain kagum sangat2...beliau sedikit pun tidak mahu menyusahkan sesiapa hatta dengan keluarganya, dalam sibuk orang belajar mengejar pointer, beliau sibuk kerja untuk menampung perbelanjaan beliau di universiti, pernah diceritakan semasa belajar..beliau bekerja di sebuah kedai makan..upahnya hanya sepinggan nasi...beliau memilih untuk makan hampir malam supaya beliau tidak lapar pada malamnya dan bertahan sehingga esok, sangat tersentuh dengan cerita beliau, banyak sangat kesusahan dan kepayahan beliau alami, rasa kagum sangat apabila beliau mendapat ijazah kelas pertama dengan kepujian, setiap semester beliau mendapat senarai dekan, ain sering tertanya bagaimana beliau dapat mengimbangkan pelajarannya dengan kerjanya, kerjanya bukan satu kerja beliau lakukan tetapi banyak kerja..asalkan beliau tidak menyusahkan keluarganya, lagi satu sifatnya yang buat ain cukup kagum, setiap kali beliau hendak melakukan perkara penting, beliau akan telefon bondanya..minta doa dan restu si ibu, sebelum masuk dewan peperiksaan..beliau akan telefon mak walaupun masa tu semua dipinta masuk ke dalam dewan..tiada orang lain yang beliau ingat melainkan mak, nak masuk pertandingan pun beliau akan telefon mak dulu, apa2 pun beliau akan telefon mak dulu, apabila mak ada dengan beliau bersama2 kawan2nya..beliau tidak langsung segan memperkenalkan maknya, malah berbangga sangat2, Alhamdulillah...hari ni beliau berjaya dalam temuduga mendapat lesen kaunselor, syukur sangat2 dan call beliau tadi wish tahniah..sebelum call beliau..call mak dulu..mak cerita...tadi beliau call mak..sebelum nak masuk bilik temuduga..masa itu beliau orang yang kelima..saat beliau call mak...tiga orang telah ditemuduga..tetapi sempat beliau memikirkan mak dan memohon doa daripada mak...bertuahnya orang memiliki anak sepertinya...yang tidak pernah lupa maknya..tidak pernah lupa adik beradiknya..yang tidak pernah lupa arwah ayahnya...kami semua tidak pernah dilupakan dalam doanya..beliau adalah contoh terbaik buatku...beliau adalah abangku yang tercinta.. <3 (^_^)

"YA ALLAH..ENGKAU AMPUNILAH DOSA2NYA..KAU PANJANGKANLAH UMURNYA...KAU LINDUNGILAHNYA..KAU KUATKANLAH SEMANGAT...KAU MASUKKANLAH ABANGKU KEDALAM SYURGAMU...SESUNGGGUHNYA AKU SANGAT SAYANG KEPADANYA... "


mak dan abang (^_^) <3

suka sangat mengikuti perkembangan blog dia... dan tak sangka gak abang ain ni pun mengikut perkembangan blog ain...hehehehe...

ni blog abang ain... http://ataullahanas.blogspot.com/

Tiada abang sebaik dia dan paling terbaik dalam dunia melainkan dia... (^_^)

Pesanan ain pada abang ain:
#jangan pernah rasa putus asa...
#jangan hiraukan pandangan orang lain kerana pandangan ALLAH itu lebih bermakna..
#selalu ceria2...
#ingatlah..setiap dugaan itu ada ganjarannya dan dugaan itu adalah kasih sayang ALLAh pada kita..
#jangan risau...dan bersedih...kerana ALLAH bersama dengan kita..
#jika kita rasa dekat dengan ALLAH..kita tak akan pernah rasa kecewa..
#kuatkan semangat....(^_^)


No comments:

Post a Comment