Pages

Sunday, October 14, 2012

Nur Ain (Bahagian 10)

"Aishah.." Panggil ku sambil mengetuk pintu biliknya. Lalu Aishah membuka pintu. Aku lihat di tangannya ada sebuah beg bagasi. "Aishah nak pergi mana? " Tanya aku. Aku memandang mukanya tetapi Aishah tidak menghiraukan ku sama sekali. Aishah terus menuju ke keretanya. Aku berlari mendapatkan Aishah. "Aishah..kenapa ni?..kenapa Aishah macam ni..?...Ain ada buat salah ke?.." Aku memegang tangannya. Pada masa itu aku tidak mampu menahan air mata terus jatuh daripada tubir mataku. Aishah tetap diam membisu. Tiada sepatah kata pun keluar daripada mulutnya. Dia memasukkan beg bagasinya ke dalam bonet. "Aishah...kalau Ain ada buat salah dengan Aishah..Aishah bagi tahu Ain..." Aku terus merayu dengannya. Tetapi rayuanku tidak diendahkanya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin lalu berlalu pergi. Aku sempat mengetuk tingkap keretanya sehingga aku jatuh tersembam ke atas tanah. Aku kira Aishah akan memberhentikan keretanya setelah melihat aku terjatuh tetapi aku melihat dia terus memecut laju keretanya. Aku rasa ada cecair panas keluar daripada dahiku. Terasa begitu pedih. Lalu aku kesat cecair itu dengan tudungku. "Ya Allah..darah.!.." Aku terkejut. Dunia menjadi gelap.
Aku membuka mata. Kepalaku terasa sangat sakit. Aku pegang kepalaku dan aku cuba bangun. "Nur Ain..tak boleh bangun..." Kata Ustaz Shahrul. "Ustaz? " balasku. "Macam mana saya boleh ada di sini?.. kenapa Ustaz ada disini? Aishah mana?" Tanya Aku sambil memegang kepala. Kepala ku terasa sangat sakit dan pening.  Ustaz Shahrul hanya tersenyum. "Banyaknya soalan Nur Ain..saya jawab satu-satu dulu ye.." Aku mengangguk dan merebahkan semula badanku. " Pagi tadi saya jumpa Nur Ain depan pagar, Ain tak sedarkan diri..jadi saya minta tolong jiran Ain makcik Habsah dan anaknya dukung Ain ke dalan kereta, Aishah pula saya tak tahu.." Kata Ustaz Shahrul lalu menghulurkan segelas air kepadaku. "Terima kasih Ustaz." Gelas bertukar tangan. "Sama-sama Nur Ain.." Ustaz Shahrul hanya tersenyum. "Nur Ain..rehat ye...saya nak balik dulu..petang nanti saya datang lagi ye..." Ustaz Shahrul mengambil gelas daripada tanganku dan terus bangun dari tempat duduknya. Aku hanya mengangguk tanda memahami apa yang dikata olehnya. Aku memerhati sahaja gerak gerinya. Sedang dia hendak keluar daripada bilik. Aku memanggilnya. " Ustaz...!!..". Dia memaling muka ke arahku lalu berkata " Ya Nur Ain..". Dia senyum. " Ustaz ada masalah dengan Aishah ke? " Tanyaku. "Aishah?.." Dia mengerutkan dahinya. Aku lihat mukanya seperti dia tidak tahu apa-apa. "Assalamualaikum..." Hafiz memberi salam.

Bersambung....

1 comment: