Pages

Saturday, February 23, 2013

kELUARGA BAHAGIA

Assalamualaikum...

Tak tahu perkara ni akan berlanjutan macam ni...ape2 pun ain akan terus  berdoa agar kami disatukan semula dan bahagia macam dulu lagi....harap sangat2....rase macam nak nangis...air dah bertakung kat mata ni..tapi cube tak nak bagi dia jatuh.....(~_~)....ya ALLAH satukan kami semula...

(~_~)

keluarga bahagia <3


Friday, February 15, 2013

SAYANG DIA

Assalamualaikum..

Sayang budak kecik ni....Muhammad Fahri Azhan... <3

(^_^)

muka baru bangun tdo terus nk bagi ikan makan...(^_^)

Fahri bagi makan ikan....(^_~)
 

Thursday, February 14, 2013

BENGKAK MATA

Assalamualaikum...

Ok...pukul 3.25 a.m....asyik nangis je...tak tahu nak luah tangis ni kat sesape..sambil taip air mata asyik keluar je....ok baru pas tengok blog dia...kenape dia wat cam ni...kalau ade ape2 bagi tau ada masalah bagi tau je..kenape mesti pergi...(T_T)...aku tak boleh terima ko wat cam ni...puas nasihat n kasih sayang kitorang bagi...semuanya ko nak kitorang bagi....ape lagi tak cukup....kenapa ko tak faham2 lagi....ko boleh cakap aku ape2...tapi aku sayang ko walaupun ko dah wat macam2....kalau aku ade wat ape2 ko terasa aku mintak maaf....aku mintak maaf.....maaf sangat2....aku nak ko tau...kiter tak selamanye akan hidup....cube la hargai orang2 disekeliling ko...sebab diorang akan pergi jua...masa tu ko nak hidup sorang....ko hidup la....cube la besabar cket je sementara diorng masih ada....(T_T).....aku tak nak ko menyesal kemudian hari...

*aku harap ALLAH buka hati ko seluas2nye yg kitorang sayang ko sangat2*


KEK COKLAT KUKUS AIN HAWANI

Assalamualaikum...

Ni pertama kek yang ain buat...(^_^)....pengkritik tetap adalah abah ain...katanye..kurang gula...hahahahhaha..ok2..selepas ni ain cuba tambah yang mane kurang tu...(^_~)...thanks to abah....

ok x?...hahahah..comot cket....(^_^)....
hahahahha..lagi comot.....(^_~)
(^_^)
(^_^) ain rase sedap je..sebab ain yg buat...hahahahaha,,,

*bab masak ain tak ok sangat..tetapi berusaha nak jadi ok..n kalau boleh nak jadi terbaik...hohoho...*

(T_T)

Assalamualaikum..

Tak tahulah nak cakap cam mane..

satu family sedih...

kenapa buat kami macam ni...

(T_T)


Wednesday, February 13, 2013

Result sem 5...menyedihkan....waaaa..waaa...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...result dah keluar...tetapi kuputusan yang agak sedih....kerana satu subjek semua hancur....pe2 pun besyukur...satu sabjek tu tak kena ulang...Alhamdulillah sangat2...nak kembali semula niat ain sebelum masuk U..nak cari ilmu sebanyak mungkin..dan mengamalkannye....(^_^)...mungkin Allah nak tegur ain dengan result cam ni...untuk ain kembali semula pada niat yang asal...huhuhuhu....thanks to ALLAH...(^_~)

Ok la..tak nak citer ape2 pasal result dah..yang lepas biarlah lepas...yang akan datang usaha lagi dan pebetulkan niat semula...huhuhuhu...ok tadi ain dan family keluar makan...sebelum tu kitorang shopping cket...(^_^)..best...dan bahagia..

peace...(^_^)begambo sebelum ketibaan makanan..cewaaahhh....

adik dan mak yang tercinta...muaaaahhhh..... :*

Abg ipar sedaya upaya untuk menghabiskan makanan...hohohoho....

Fahri....makan kentang goreng je.... (^_^)..cedap ye fahri....

amin....dak cumel...(^_^)

my father....(^_^)
(^_^)...

ong gedek2...katak..oh..katak...tadi shopping tejumpa la patung katak ni..teruja sangat..comel tak ong gedek...?....(hanya seseorang je yang paham..hehehhe)...

 *pakai serba hitam sebab result pekse yang teruk sem 5*



Tuesday, February 12, 2013

Nur Ain (Bahagian 17)

"Ain...kita dah sampai." Kata Hafiz. Aku membuka pintu kereta dengan perlahan. "Terima kasih Hafiz" Aku senyum. Senyumanku tawar. "Ain...kenapa ni? Tanya Hafiz lagi. "Hafiz..esok Ain nak jumpa dengan Ibu Hafiz..Ain datang selepas zohor ye" Jawabku."Okey..nanti Hafiz beritahu Ibu.." Kata Hafiz sedikit teruja. Aku lihat Hafiz gembira. Ya, sudah lama aku tidak bertemu dengan Ibu Hafiz. Peristiwa tadi telah menyakinkan lagi keputusanku.

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam tetapi tiada suara kedengaran menyambut salamku. Sunyi sepi. "Eh..tiada orang ke? tapi aku dah beritahu Hafiz aku nak datang." Bisikku dalam hati. Beep...beep....beep...lantas handset aku berbunyi. Satu mesej diterima.....

Assalamualaikum...Nur Ain..
Maaf...
Hafiz dan Ibu  tak da kat rumah..

"La...kenapa tak beritahu awal" Geram aku. Tiba-tiba kepalaku terasa sakit. Aku masih ingat lagi pesanan doktor tempoh hari. "Ish..tak kanlah sakit kepala kena jumpa doktor, kalau makan panadol, sekejap hilanglah sakit ni, buang masa doktor je nak rawat pesakit macam aku ni yang sakit kepala je" Aku ketawa kecil.

Aku terus ke farmasi. "Dik, nak panadol" pinta aku kepada seorang pekerja di dalam farmasi itu. Semasa keluar dari farmasi, aku hampir terlanggar bahu dengan seorang lelaki tetapi nasib baik dia sempat mengelak. "Maaf.." Kata aku sambil menunduk kepalaku." Ain..." Panggil lelaki itu. "Eh, Aqil..." Jawabku terkejut. Sudah lama aku tidak bertemu dengan Aqil. Aqil adalah kawan sekelasku semasa di maktab perguruan dulu. Dia banyak menolongku ketika aku blur dalam membuat tugasan. Aku masih ingat lagi, seminggu lagi assignment yang mesti dihantar kepada lecturer tetapi aku lansung tidak buat apa-apa lagi kerana aku diserang demam panas, Aqil yang berusaha menyiapkannya.

"Ain...Aqil minta maaf.." Kata Aqil sambil menggenggam erat sebuah Al-Quran kecil ditangannya. "Maaf? Untuk apa? " Balasku. Aku hairan. Baru bertemu setelah bertahun lamanya tidak berjumpa, Aqil meminta maaf ?. Aqil agak terkejut melihat reaksiku. "Ermm...Aishah tak beritahu apa-apa ke pada Ain? " Tanya Aqil. "Beitahu apa?" Balasku pantas. " Sebenarnya...." Kata Aqil tetapi tidak sempat Aqil menhabiskan percakapannya, telefon aku berbunyi. "Assalamualaikum...Ain kat mana? " Tanya Hafiz cemas. Nadanya seperti seakan-akan mahu menangis. "Waalaikummussalam...Ain kat farmasi..." Balasku. "Kenapa Hafiz?...Apa??..." Aku terkejut.

Bersambung......

Nur Ain (Bahagian 16)

"Saya? " Ustaz Shahrul terkejut. Dia memandang aku. Lalu aku memalingkan muka. Aku berdiri."Kak..Ain minta diri dulu ya...esok Ain kerja.." Aku meminta izin kepada kakak Ustaz Shahrul. Kakak Ustaz Shahrul mengangguk. Perbualan mereka terhenti. "Ibu..ayah..ain balik dulu..." Lalu aku keluar. Ustaz Shahrul menegur. "Ain...biar saya yang hantar.." "Tak perlu, ain dah call teksi.." Balasku tanpa melihat mukanya. Aishah hanya diam membisu. Aku keluar dari rumah. Aku berjalan. Hujan mula turun renyai-renyai. Puas aku berjalan tetapi sebuah teksi tidak kelihatan. Aku memandang langit. Hari semakin gelap. Kedengaran suara dari arah pintu rumah Ustaz Shahrul. Aku segera berlari ke arah pokok. Aku tidak mahu mereka mengetahui aku masih lagi di situ. " Terima kasih Ustaz" Ucap ayah Aishah. "Sama-sama" Balas Ustaz Shahrul. Aku lihat Ustaz Shahrul Tersenyum. Mungkin dia menerima lamaran ayah Aishah. Bisikku. Aku menangis. Aku duduk di bawah pokok. Kereta Aishah telah meninggalkan perkerangan rumah Ustaz Shahrul. Aku duduk dibawah pokok. Aku memeluk kakiku. Hujan semakin lebat. "Ain..." Suatu suara mengejutkan ku. "Ustaz Shahrul..." Kataku dengan perlahan. Ustaz Shahrul sedang memegang payung dan tangan sebelah kirinya juga memegang payung. Dia menghulurkan payung itu kepadaku. Aku terus berdiri. "Terima kasih" Aku tidak menyambut payung itu. Aku berjalan dan terus berjalan. "Ain..." Jerit Ustaz Shahrul. Aku langsung tidak menoleh. Sebuah kereta berhenti di hadapanku. Aku lihat Hafiz keluar dari kereta dan mendapatkanku. Dia menyuruh aku masuk ke dalam kereta. Aku berpaling ke arah Ustaz Shahrul. Dia hanya memandang. Di dalam kereta, Hafiz tanya bermacam soalan tetapi tiada satu jawapan yang aku berikan kepadanya. Aku hanya menangis.

Bersambung.....

JANGAN SAMAKAN AKU

Assalamualaikum......

Jangan samakan aku dengan orang lain, aku berbeza...mungkin ada sesetengah yang anggap setiap perkara itu hanya biasa2 sahaja, tetapi tidak bagi aku..

Mungkin aku tak pandai becerita ape yang aku rasakan....aku hanya mampu menangis..untuk menjaga hati semua orang..tetapi tidakkah semua mengerti aku juga punya hati...(T_T)...

 
Mungkin kehadiran aku sekarang membuat mereka sakit hati, insyaALLAH...bila tibanya waktu aku akan pergi jua....

Ketika itu, mereka boleh tersenyum.....

Ya Allah!....Jika aku ini hanya membebankan mereka, menyakiti hati mereka, kau pisahkanlah aku dari mereka kerana aku mahu mereka bahagia tanpa aku....Aamiin...

(T_T)
 

Saturday, February 9, 2013

MAJLIS PERKAHWINAN SEPUPU

Assalamualaikum....

Hari ni ade dua majlis perkahwinan....majlis kakak sepupu....(sambut menantu...)...dan majlis kak erna...(ermmm..tak tahu nak istilah ape..tapi ayah dan mak dia...ain panggil papa dan mama...(^_^)..meriah sungguh.....bestnye..(best apenye?....).....hohohoho...

Ape2 pun tahniah dan semoga bahagia kekal ke anak cucu cicit dan seterusnya...(^_^)...

ni begambo sebelum bertolak...(^_^) senyum....

comey3....4 dak kerdil...kihkihkih....

semoga bahagia....^_~  

hepi3.....ain...adik...abang ipar....hohoho...

ni mak sedare...n my lovely brother....(^_^)

kakak...fahri...letih...sampai tetido.....Zzzzzzzzz

peace....hehehe......fahri n pakcunya....

senyum....(^_~)

ade nampak sesuatu x?...lesung pipit 2.....my lovely brother....same macam ain....(eh ade ke....hahahahah)

fahri makan kek.....

kakak dan adik.....siang dan malam...hahahahhaha...

ok la...tu je gambo yang ade....daaaa.....

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah ku lakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktu ku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bertaubat, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

 copy&paste....huhuhu

Thursday, February 7, 2013

MASA UNTUK BERLARI

Assalamualaikum...
 
Rasa nak delete je blog ni...
 
(T_T)
 
ye....aku tahu dugaan yang ALLAH bagi tak la sebesar mane...
 
tapi aku tak mampu...
 
betul tak mampu...
 
(T_T)
 

 
 
 
 

AKU ADA KE TAK ADA..SAME JE.....

Assalamulaikum...

Belum sihat lagi dah makan aiskrim?...ishhhh....degil ain ni...babab nanti...hohoho...hari ni sedih cket...terus keluar...parking kereta dan terus nangis dalam kereta..nangis sorang2....lepaskan apa yang terkumpul dalam hati...nangis yang semahu2nya....(T_T)...kenapa?...biarlah ALLAH je yang mengetahui..pas nangis..pergi beli barang...sorang2 je...beli sampul surat...kertas lukisan....dan sandel...(betul ke ejaan ain ni..?..)...ain dah bese sorang2...ain ade ke tak de ke dalam rumah ni same je...lebih baik tak de....untuk puaskan hati semua orang....ooohhh.....yep ain jenis simpan dalam hati...selagi boleh simpan ain simpan...tapi kalau tak boleh...sorry.......air mata juga tertumpah untuk merawat luka di hati....k la ain stop kat cni la....hidung tersumbat lak....sebab nangis je...ok daaaa.....

lepas beli barang2...ain beli aiskrim..makan dalam kereta....pas 2 dok termenung...dan terus balik rumah....

Kadang2 kiter nak berubah tetapi tak diberi peluang...asyik ungkit hal yang lepas..lame2 kiter rase tak perlu berubah...sebab kiter dianggap same....(T_T)

#maaf my brother, aku tak boleh nak wat ape ko nasehatkan...sebab aku bukan sape2 pun..tetap same dipandangannye....sorry...aku GIVE UP!!!#

Wednesday, February 6, 2013

SYAHID..SEMOGA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum...

Berita yang mengejutkan ain, seorang kawan ain kemalangan kat lipis...dapat tau pun dari facebook...group sek dulu...mase sek dulu tak pernah bercakap pun dengan kawan ain ni...


ni member post kat facebook...

isnin 4/2/2013

Mohon kpd smer kwan2 mndoakn shabat kte shahid yg sdang bertrung nyawa dihspital akibat kmalngan....smoge dye selamat....aminnnnn

skrng nie ad kt icu hspital tmerloh.....kdaan dye ngn wife dye kritikal....dkt0r ckp 50-50

selasa 5/2/2013
 
mohon sedekahkan al-fatihah buat isteri syahid yg telah pulang bertemu Penciptanya.semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman

arwah isteri syahid selamat dikebumikan di kuala lipis siang td...skg syahid dlm keadaan koma.. doc mengesahkan beliau mengalami pendarahan/bengkak dlm otak... tubuh badan sume ok.. maybe mse xcdent die terkena hentakan yg kuat di kepala... jadi kite sedekahkan AL-FATIHAH kpd arwah isteri beliau... dan doakan syahid cepat sembuh...

 Berita kemalangan ni keluar kat sinar..



semoga syahid cepat sembuh...sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ni....

sekarang syahid masih koma...(~_~)


Allah...sungguh besar dugaannya...ain tak dapat nak bayangkan apabila dia membuka mata nanti dan mengetahui isterinya yang tercinta pergi buat selama2nya...tak silap ain gak...kawan ain ni baru je kawen dalam bulan 12 baru2 ni....sedihnye...(T_T)..sape2 yang baca post ain ni...mari la same2 doakan kesembuhan kawan ain ni...dan doakan juga Allah memberi dia sifat sabar yang tinggi untuk menerima ujian ini....aamiin....
 
 
*kematian itu pasti, tidak cepat sesaat dan tidak lambat sesaat, dan juga tidak mengenal siapa, masa, dan usia....*

IMAN PALSU

Hebatnya Allah...Allah maha hebat.. Satu ketika seorang ulama pergi ke pasar untuk membeli barang. Apabila hendak membayar, ulama tersebut telah membayar pekedai, pekedai pun berkata "tuan syeikh wang yang anda gunakan adalah palsu". Tidak lama kemudian ulama tersebut telah menangis, orang2 disekitar hairan dan memberitahu "biarlah kami yang membayar untuk tuan, biarlah kami tunaikan keperluan tuan."
Ulama itu memberitahu, aku menangis bukan kerana tiada wang untuk membayar, tetapi bagaimana keadaan aku apabila aku berjumpa Allah dengan membawa iman, dan Allah memberi balik iman tersebut dan Allah memberitahu bahawa iman aku adalah palsu semata-mata...

Subnallah, ini adalah fikir seseorang bila ada rasa cinta, takut kepada Allah..Bagaimanakah kita tuan2...!!!!

Monday, February 4, 2013

KU TUJU INI BUATMU

Ku tuju ini buatmu..
Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu.

Ku tahu ini berat buat kita, tidak seperti pasangan kekasih lain dengan bermanja, gurau senda, dan luahkan sayang dengan sentuhan. Aku tidak mahu hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu.

Aku juga takut kelak walaupun bersama, anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada syariatnya..

Allah…
Aku lemah tanpa kekuatan darimu, fitrahku dan dirinya ingin berkasih sayang, tunjukkanlah kami jalan.. Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk menerima anaknya ini ingin menikah, bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan segala urusan duniawi, dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya dapat kami meneguhkan cinta kami, memperhebatkan ibadah, dan terus menjunjung cinta tertinggi hanya padaMU Illahi.

Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya Allah :'(

Jika dirimu baca di sini, aku ingin katakan yang sayangku tak pernah berubah tetapi bertambah.. Aku ingin mesra bermanja sehingga dirimu terkejut itu adalah diriku! TETAPI pada hari bahagia kita. Aku yakin dirimu juga ingin begitu. :')


c&p (^_^)

 

SUAMI YANG HALIM

 Assalamualaikum....(^_^)

"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." -Imam Al-Ghazali


sweetnye kn...(^_^)...sekadar gambar hiasan je....sorry empunya gambar....

Sunday, February 3, 2013

HADIAH TERINDAH

Assalamualaikum...

Sebuah pertemuan yang tidak akan saya lupa untuk selamanya, biarpun ia telah menjadi kenangan, saya akan terus peluk erat kenangan itu kerana ia adalah hadiah yang terindah buat saya, seseorang yang sentiasa berada dalam suka dan duka bersama saya, sentiasa memberi saya nasihat dan pendorong untuk terus semangat dalam hidup ini, dia tidak jemu dalam mendengar setiap keluhan dan masalah saya, walaupun sifat saya yang suka menghentikan percakapan tanpa meneruskannya, dia tetap sabar sehingga saya menyambungnya semula, dia tidak langsung memaksa saya, begitu indah peribadinya, saya harus terima setiap pertemuan ada perpisahan, beratnya saya nak lepaskan insan sebaik dia, terlalu baik bagi saya tetapi saya harus redha dan ikhlaskan, semuanya telah tertulis di dalam buku takdir saya, adakah akan hadir lagi seseorang sepertinya dalam hidup saya?, pertemuan dalam kegembiraan dan perpisahan dalam tangisan kerana dia adalah 1 dalam 1000 mungkin, dia yang suka mencari ilmu dari syiria sehingga yaman telah memberi semangat untuk saya terus mencari ilmu, menimba ilmu sebanyak mungkin, terima kasih kerana menjadi sahabat saya walaupun hanya sebentar cuma, semoga kau bahagia di bumi yaman bersama zaujahmu tersayang.....

Lagu ini saya tujukan pada sahabat saya NIK FARHAN, yang berada dibumi yaman, semoga kau sihat sentiasa dan dilindungi ALLAH sentiasa....

Kasih kaulah inspirasiku
Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku

Kau mengajarku erti kehiduran ini 
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya

Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti

Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Seringkali aku berdoa pada-Nya

Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Walau dirimu tiada lagi

Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku

 (^_^) awaklah sahabat saya.....

Saturday, February 2, 2013

LETIH

Assalamualaikum...
Seharian ain tidur sebab kurang sihat, ain biarkan sahaja yang berlaku disekeliling ain, alhamdulillah masih lagi ada insan yang bertanya khabar ain, terima kasih...(^_^)...semoga ALLAH juga memberi kesihatan yang baik pada insan ini....sedang ain baca2 post2 orang di facebook, ain terjumpa satu kata2..mungkin ain perlu buat...insyaALLAH...selain itu istikharah pilihan ain....(^_^)...tiada tempat ain mengadu melainkan hanya kepada ALLAH jua.... 
 Kadangkala kita harus belajar untuk melupakan, supaya kita dapat memberi ruang kepada peristiwa baru dalam ingatan..
Kadangkala kita perlu memaafkan supaya kita mengenali apa itu kekuatan...
Kadangkala kita perlu sahaja membiarkan supaya kita tidak lagi dalam kesengsaraan...
 Ain sudah terlalu letih..(~_~) 

♥ DIALOG SUAMI ISTERI DI DAPUR ♥

 isteri : Aih? awal bebeno abang balik hari ni?

suami: Mestilah,kan abang dah janji nak tolong Humaira masak hari ni kan?hari ni kita nak masak ape ye?
...

isteri: Kita masak tomyam lah!mesti syok gile..ok tak?

suami: Beresss! tomyam nak yang pedas..meletuppp punya!

isteri: hehe..terima kasih abang sebab selalu tolong humaira masak kat dapur ni

suami: itu dah jadi salah satu tanggungjawab abang untuk membantu isteri kat dapur.Takde hal la...hehe

isteri: ^__^ ♥
♥ Harap2 dapat suami macam ni gak...hahahaha.....berangan je ain ni....bweerrrkkk 
 
 

KERASNYA BATU

Semoga ALLAH kuatkan semangat saya

(T_T)

YA ALLAH...Kau keraskanlah hati ini seperti kerasnya batu agar hati ini tidak disakiti untuk perkara yang sia-sia...Aamiin....



Friday, February 1, 2013

Hebatnya Rasulullah sebagai suami.....

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ‎ adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.Jangan kita lupa Baginda juga adalah seorang suami...seorang suami yang begitu hebat..

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

  

 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

 


3) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

4) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s.. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'


 
5) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.